Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 26 August 2009

YAYASAN BASMI KEMISKINAN BERKUNJUNG KE PARIT SIRAJ


Tuan Haji Bing Selamat sedang menyampaikan sumbangan YBK kepada penerima

Ayer Hitam 25 Ogos - Seramai 20 oarang fakir miskin / ibu tunggal dari kawasan kampung Parit Sonto berpeluang beramah mesra dengan pegawai dari Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) Selangor sempena lawatan mesra Yayasan tersebut ke Parit Siraj Ayer Hitam pada 17 Ogos 2009 yang lalu. Rombongan pegawai YBK yang diketuai Tuan Haji Bing Selamat sempat meluangkan masa bermesra dengan golongan tidak bernasib baik ini dan menyampaikan sumbangan khas untuk menyambut ramadan/hari raya 1430 hijrah. Menurut Ketua Kampung kawasan Pt. Sonto, Encik Sujot Merakom, semua penerima sumbangan ini terdiri dari empat kampung iaitu Kg. Hj Siraj, Kampung Salleh Khairon, Kampung Sonto dan kampung Pt. Semo.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

0 comments: