Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 8 August 2009

RM 200,000.00 Untuk Dewan Komunikasi Oleh Abdull Halid Saat

Photo di atas hanyalah gambaran pelukis sahaja.

Ayer Hitam 7 Julai – Sebuah dewan yang diberi nama “Dewan Komunikasi” akan dibina di DUN Semarang dengan menelan belanja seanyak RM 200,000.00. Dewan ini akan dibina bersebelahan dengan Pusat Khidmat wakil Rakyat DUN Semarang / Pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam akan menempatkan sebuah ruang untuk untuk masyarakat berkomunikasi dalam pelbagai bentuk dan cara. Bangunan tersebut juga akan menempatkan sebuah ruang untuk kemudahan computer dan internet disamping terdapat dua buah bilik utuk pentadbiran Rakan Muda dan Persatuan Bulan Sabit Merah. ADUN Kawasan Semarang, YB Datuk Samsol Bari Jamali berkata, dewan komunikasi ini akan memberi peluang dan faedah kepada golongan muda untuk mengasah bakat dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang teknologi maklumat, kebudayaan dan pengurusan pengajuran acara. “Pada ketika ini kerja reka bentuk sedang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Batu Pahat sebagai agensi pelaksana” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah selepas menghadiri mesyuarat tindakan daerah. Katanya lagi peruntukan ini diperolehi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah melalui Menterinya YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj Apdal ketika merasmikan persidangan UMNO Cawangan-Cawangan secara berkelumpuk pada 16 Mei 2009 yang lalu. Menurut YB, UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menjaga kepentingan generasi muda dan masa hadapan mereka dengan menyediakan kemudahan seluas-luasnya untuk mereka menimba ilmu. Beliau yang juga Ahli Majlis Perunding Belia mengharapkan agar golongan muda menggunakan kesempatan ini untuk berlumba atau bersaing memajukan diri masing-masing supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain yang maju.(By M)

1 comments:

Anonymous said...

Di harapkan dengan adanya Dewan Komunikasi Dun Semarang yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan dapatlah golongan remaja memafaatkannya dan melakukkan aktiviti seperti celik IT.Disamping itu juga dapat megaktifkan kembali persatuan Bulan Sabit Merah Dun Semarang yang sebulum ini amat aktif di dalam daerah batu pahat.Kepada golongan muda yg disia-siakan kemudahan yang telah disediakan...