Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 30 August 2009

Tingkatkan kualiti bacaan…… saranan Cikgu Mus @ Mohsin bin Ibrahim



Tingkatkan kualiti bacaan……Sabak Uni 29 Ogos - Semua ahli masyarakat di Sabak Uni diseru supaya membudayakan Al Quraan pada sepanjang masa dan bukan pada bulan Ramadan sahaja. Disamping itu iltizam meningkatkan kualiti bacaan mesti diterjemahkan dengan belajar secara berterusan dan berguru. Demikian saranan Cikgu Mus @ Mohsin bin Ibrahim Pengerusi Masjid Sabak Uni ketika menyampaikan ucapan di majlis penutup Tadarus Dan Khatam Al Quran anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Zon Sabak Uni di Masjid Sabak Uni. Sementara itu Puan Hjh Rahemah binti Idris Ketua Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam berkata, beliau menyambut baik saranan Cikgu Mus dan pada program tadarus wanita seterusnya akan dipastikan ada penglibatan seorang guru Al-Quran bagi setiap kumpulan yang memaca dengan menggunakan teknik baca dan semak.”Janganlah kita berkecil hati jika ditegur kerana teguran itu menjadikan kita lebih berkualiti dalam pembelajaran” katanya lagi ketika menutup rasmi program tersebut. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Parlimen Ayer Hitam menjemput semua wanita di Bahagian Ayer Hitam hadir bertadarus di Masjid Ayer Hitam pada 6 September bermula jam 8.30 pagi.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

0 comments: