Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 29 August 2011

Salam Aidilfitri dari DunSemarang


Tuesday 23 August 2011

Sri Paya dapat Kerusi Roda

Kg Seri Paya 22hb Ogos 2011 : Sempena Ramadan Al Mubarak dan menyambut aidilFitri 1431 hijrah YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ADUN Semarang serta Task Force Kebajikan Parlimen Ayer Hitam melawat Encik Jalaludin Madar di Kampung Seri Paya Mk 8 Batu Pahat. Pada kunjungan ringkas itu, YB Datuk Samsol Bari menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi kegunaan dan kemudahan beliau untuk menyambut aidil fitri pada tahun ini. Encik Jalaludin Madar mengalami kedeceraan di kepala dan badan akibat dihempap buat sawit ketika membuat kerja penuaian di kebun beliau.

Sumbangan amal Parlimen Ayer Hitam sempena Ramadan Al Mubarak

Wakil-Wakil Rakyat dalam Parlimen Ayer Hitam merealisasikan bulan ramadan dengan mengadakan penyampaian kepada 826 orang fakir miskin dengan nilai barangan RM 45,430.00 pada 20hb Ogos 2011 di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. UMNO Bahagian Ayer Hitam yang menjadi penyelaras kepada program ini memberitahu iaitu dari pada jumlah tersebut sebayak 488 orang dari DUN Semarang dan 338 orang dari DUN Yong Peng. Selain dari wakil-wakil rakyat, turut memberi sumbangan ialah Bank Rakyat Malaysia sebanyak RM 20,000.00, Pasaraya Selesa RM 5000.00 dan para individu dan usahawan tempatan. Atas kedermawanan ini pihak UMNO Bahagian mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang terlibat menyalurkan sumbangan.

Pendahulua​n PTPTN dan Sumbangan Bakti Parlimen Ayer Hitam Dun Semarang

YB Datuk Ir Dr Datuk Wee Ka Siong ( MP ) YB Datuk Samsol Bari Jamali ( Adun Semarang dan YB Lim Kee Moi ( Adun Yong Peng ) bergambar dengan 26 bakal mahasiswa dari Parlimen Ayer Hitam yang menerima pendahuluan RM 1500.00 dari PTPTN setiap orang dan 10 pelajar miskin yang mendapat sumbangan dari BAKTI sebanyak RM 600.00. Majlis penyampaian disempurnakan pada 20hb Ogos 2011 jam 10.30 pagi di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Monday 22 August 2011

PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG

Ayer Hitam DunSemarang 22.8.2011 PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG.
YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang, Pengurus Kawasan TNB Batu Pahat dan Pasukan Sukarelawan DUN Semarang merakamkan gambar selepas upacara rasmi memasukkan bekalan elektrik ke rumah warga emas ( Pn Norasiah Sarmawi 95 tahun ) di Kg Parit Amil Mk 7 Batu Pahat. ADUN Semarang bersama TNB Batu Pahat telah membuat perkongsian bijak untuk membantu dengan membaik pulih rumah beliau, memasukkan bekalan elektrik dan bekalan air serta akan menyediakan bilik air yang lebih baik dan selesa.Puan Norsiah Sarmawi tinggal seorang diri lantaran lebih selesa bersendirian walaupun anak-anak beliau bersedia untuk tinggal bersama.Pada masa yang sama TNB Batu Pahat juga menyampaikan cek bantuan sebanyak RM 500.00 kepada dua buah surau di sekitar kampung Parit Amil iaitu Surau Kg Parit Amil Laut dan Surau Kg Parit Hj Dahlan Mk 7.
(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69

Mana ....Pembela Islam SeMalaya...

Adakah ini semua konperasi UMNO...mana pembela islam..yang mereka war war kan...Tahniah kepada Pemuda UMNO. Mengapa Pemuda lain tiada tindakan..tidur.dan sekongkol dengan penyebaranya. Kami warga DunSemarang amat kesal dan akan banghkit menentang sebarang pencerobohan terhadap agama Islam. Ingatlah..Komunis tidak berjaya bertapak di Tanah melayu ini..kerana orang Melayu bersatu dan teguh di Bawah Panji Panji islam..mereka yang menyokong komunis ketika itu adalah BONEKA KOMUNIS CINA.....ingatlah..ISLAM adalah segalanya.

Anak yatim diraikan...


Seramai 234 orang anak-anak yatim dalam Parlimen Ayer Hitam di raikan sempana bulan Ramadan dan menjelang hari raya tahun ini. Majlis di adakan di Kg Parit Hamid Mk 8 di hadiri oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang ) dan YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong ( Timbalan Menteri Pelajaran / Ahli Parlimen Ayer Hitam ) serta para guru dan murid-murid ( anak yatim ) dari 25 buah sekolah rendah di Parlimen Ayer Hitam. Semua anak yatim menerima sumbangan wang tunai, bag sekolah, kurma serta berbuka puasa bersama-sama wakil-wakil rakyat. Majlis ini dikelolakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam turut dihadiri oleh Hj Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua Bahagian, Pn Hajah Rahemah Idris Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sdr Mohd Fadil Muskon Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69

Wednesday 17 August 2011

Sumbangan LCD DSBJ di Surau Al-Ikhwan Taman Manis.

Taman Intan/Taman Manis Pt Raja 5.Ogos 2011. YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam / Adun Semarang menyampaikan sumbangan Bendera Jalur Gemilang kepada wakil-wakil taman perumahan iaitu rangkaian Taman Manis dan rangkaian Taman Parit Raja sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ke 54. Sebelum itu dalam ucapanya, YB Datuk Samsolbari Bin Jamali memuji masyarakat rangkaian Taman Manis dan rangkaian Taman Parit Raja kerana dapat membuktikan / mengamalkan budaya hidup muafakat yang melahirkan masyarakat maju dan sejahtera. Pada masa yang sama beliau meluluskan bajet RM3000.00 alat pandang dengar ( lcd ) untuk Surau Al Ikhwan supaya memudahkan kegiatan pembelajaran dijalankan di surau tersebut.
Majlis berbuka puasa di Surau Al Ikhwan Taman Seri Indah / rangkaian Taman Manis, Parit Raja Batu Pahat. pada 5hb Ogos 2011. Suasana sangat mesra dan meriah dengan hidangan kurma dan kuih muih.
(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69

Sunday 14 August 2011

Mencari Mahfirah....DSBJ


Assalamualaikum..Telah melangkkah kita ke sepuluh hari pertama Ramadhan yang menjanjikan rahmat....Esok dan seterusnya kita mulai pencarian mahfirah di dalam Ramadhan semuga Allah menerima segala amal ibadah dan terkabul segala hajat kita..amin. Dari YB Datuk Haji Samsulbari bin Jamali.

Tuesday 9 August 2011

Gelagat Jemaah Cilik Pt Raja


Jemaah paling cilik di majlis berbuka puasa di Surau Al Ikhwan Taman Sri Indah Parit Raja pada 5hb Ogos 2011. Amboi seleranya......makan sorang je ke...satu dulang besar tuuu. Hadir di majlis tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam serta rombongannya dan para pemimpin taman-taman perumahan sekitar Taman Manis.

Gotong Royong Perdana Taman Suria


Ayer Hitam, DunSemarang.Pengerusi Jawatankuasa Penduduk ( Cikgu Sahak ) dan penduduk Taman Suria / Ros memerhatikan YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang menanam pokok sempena gotong royong perdana pada 18hb Jun 2011 di sekitar Taman Suria dan Taman Ros Ayer Hitam. Gotong royong di adakan dengan kerjasama Majlis Daerah Yong Peng dan UMNO Bahagian Ayer Hitam. (S/U Halid Saat) ByM69

YB DSBJ Bersama Rakyat.


Yong Peng, Kangkar Baru. YYB Datuk Hj SamsolBari Jamali Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam menyampaikan hadiah cabutan nombor bertuah di majlis pemimpin bertemu rakyat di Pekan Kangkar Baru pada 19hb Jun 2011. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Ahli Parlimen dan YB Lim Kee Moi ADUN Kawasan Yong Peng. Program tersebut di isi dengan persembahan 1 Malaysia dan ucapan motivasi kepimpinan untuk memajukan masyarakat beracuan 1 Malaysia (Sumber dan Foto S/U Halid Saat)