Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday 21 August 2009

Puteri Yang Prihatin


Kebajikan merupakan salah satu aspek yang diberi tumpuan oleh UMNO Bahagian Ayer Hitam.Justeru, pada 10 Mei 2009 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama-sama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam telah mengadakan program Ziarah Kasih sempena ulang tahun UMNO pada 11 Mei. Sedikit sumbangan telah dihulurkan sebagai tanda ingatan dan salam ukhwah kepada mereka yang memerlukan. Ia telah menimbulkan seribu keinsafan kepada Pergerakan Puteri bahawa di sebalik pembangunan yang berlaku di P.148 Ayer Hitam, masih lagi terdapat golongan yang susah seperti Ibu Tunggal, Warga Tua dan yang menghadapi masalah kesihatan. Mereka memerlukan bantuan kita. Insaflah rakan-rakan Puteri bahawa jika kita berada dalam kesukaran, ada lagi orang lain yang lebih susah daripada kita.(Sumber Puteri UMNO Ayer Hitam/Nurrie78)By M

0 comments: