Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 30 June 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 51 YB DunSemarang.


Kami warga UMNO dari pelbagai lapisan akar umbi mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 51pada 1 Jul 2011,kepada YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali. Semuga YB terus di berkathi ALLAH SWT dan dapat terus menerajui UMNO dengan jayanya. Kami berdoa semuga YB DSBJ dipanjangkan usia, kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.Amin. M69

Tahniah! Taman Manis 2 Pt Raja.

klil foto untuk lebih jelas.ByM69.

Tuesday 28 June 2011

Ekspidisi Basikal Taman Manis


Aktiviti yang sempurna dan patut diteladani dari Persatuan Basikal Taman Manis. Selain dapat kesempurnaan kesihatan ianya juga mengeratkan lagi ikatan silaturarahim antara penduduk Taman Manis dan Dun Semarang. Mengikut sumber, terdapat lebih 150 peserta dalam acara ekspidisi dan oleh kerana sambutan yang menggalakan, acara seperti ini akan di adakan lagi pada masa hadapan. Ekspidisi ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Samsolbari Jamali ADUN Semarang.Tahniah kepada AJK Penganjur di atas aktiviti tersebut.

Monday 20 June 2011

Terima Kasih..Kerajaan BN dan UMNO


Kami warga UMNO Dunsemarang,khasnya ibu-bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah di SMK Datuk Menteri kawasan DunSemarang, ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemberian secara percuma komputer riba 1 Malaysia. Dari sumber yang diterima seramai 816 pelajar telah menerima komputer tersebut pada 23 Mei 2011. Semuga dengan pemberian ini akan dapat memberi nafas baru untuk anak-anak DunSemarang dalam menerokai bidang ilmu dan ICT. Seramai 60 pelajar cina dari 270 orang mendapat komputer riba, 2 orang dari 3 orang pelajar india dan 754 pelajar dari 1864 [pelajar Melayu. Pemberian ini berdasarkan pendapatan keluarga yang diperolehi dari sumber pelajar dan disahkan oleh Pengerusi JKKK.
Kami juga tidak lupa pada jasa UMNO Bhg Ayer Hitam, terutama YB DatuK Haji Samsolbari bin Jamali yang berusaha meneguhkan UMNO dan kepimpinan BN, justru telah membawa anak-anak kami ke bidang ICT dengan pemberian Komputer 1 Malaysia.By M69.

Thursday 16 June 2011

Operasi Monyet dan Babi?


SEMERIK...Kuari, Lapis Semarang, Semarang dan PT Hj Abd Hamid.
AJK penduduk dan Warganya akan melaksanakan satu program membentras monyet dan babi hutan yang sering mangganggu dan memusnahkan tanaman penduduk kampung. Menurut sumber, penduduk kampung telah cuba bertahan terhadap karenah haiwan ini dan telah bermacam langkah di lakukan namun hasilnya kurang memuaskan. Antaranya membuat perangkap dan memindahkan ke habitat lain. Program ini akan di bantu dengan kerjasama RELA dan Pasukan Pemburu Babi Hutan. Operasi menembak akan dilaksanakan pada 19.06.11 hari Ahad dan penduduk kampung disarankan agar menjauhi kawasan operasi tersebut.
Namun ada juga pendapat yang kurang setuju terhadap langkah menembak monyet, mereka mencadangkan agar di bina perangkap monyet yang lebih aktif dan dipindahkan ke kawasan hutan seperti Endau Rompin. Adalah lebih baik derma dari penduduk di gunakan untuk membeli peluru di gantikan sebagai kos pengangkutan membawa Penghijrahan Monyet ke Habitat baru yang kebih sesuai.
Fenomena ini sebenarnya kita tidak boleh salahkan Monyet atau pun Manusia. Namun manusia lebih matang dan boleh berfikir, oleh itu gunakanlah fikiran, akal anugerah Allah untuk bertindak dengan lebih baik. Fikirkan lah.

Thursday 9 June 2011

Terima Kasih..."UMNO..Dahulukan Rakyat".di Pt Khalil


Ayer Hitam. Jun 2011.Bantuan kilat dihulurkan UMNO bhg Ayer Hitam melalui Biro Kebajikan sebanyak RM 500 beserta keperluan harian. Jabatan Agama Islam Daerah
Batu pahat turut menghulur bantuan RM 1000 manakala JKM membantu
sebanyak RM400. Lain-lain bantuan akan cuba diusahakan UMNO Bahagian
Ayer Hitam bagi membolehkan En Subari sekeluarga dapat menjalani
kehidupan normal semula secepat mungkin. Pihak UMNO Bhg. sentiasa
komited membantu mereka yang memerlukan selaras dengan cogankata "UMNO
Dahulukan Rakyat".(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Pt Khalil..Terbakar.


Batu 19 Kg Pt Khalil Ayer Hitam. 8 hb Jun 2011. Sebuah rumah milik En Subari Bin Hj Idris telah terbakar.
Kebakaran bermula lebih kurang jam 6.45 petang ketika kejadian
En Subari Bin Hj Idris dan ahli keluarga yang lain tiada dirumah. Dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumah dan dapat kebakaran dipadamkan dengan tindakan pantas Pasukan Bomba Yong Peng bersama Pasukan Bomba Sukarela Ayer Hitam.
Kerugian dianggar berjumlah RM 150,000. Semoga En Subari Bin Hj Idris sekeluarga bersabar dengan ujian Allah ini. Kami warga UMNO DunSemarang mengucapkan takziah dan berharaf agar orang ramai di Dun Semarang dan Umno Bhg Ayer Hitam dapat menghulur bantuan kepada En. Subari dan kelurganya.(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Tuesday 7 June 2011

Akan BERLAKU...satu masa nanti...Generasi Melayu LEKA?

ATAU
Seperti ini
Melayu Sapu Melayu..orang lain sedia TONG..
Menjemput tatamu
Lim Kit Siang dah bersuara yg rakyatyg tidak puas hati dgn Kerajaan akan berkumpul macam di Tahir Square di Mesir baru2 ini.
Kita semua tahu yg Mat Sabu adalah seorang pakar membuat demonstrasi. Disebabkan Mat Sabu berhutang budi kpd Lim Guan Eng dan DAP Penang, maka DAP akan membiayai dan mengarahkan Mat Sabu utk mengumpulkan lebai2 PAS beramai2 dan membuat rusuhan.
Kaum Melayu sedang dibuai mimpi2 indah dgn asyiknya menonton video seks Anwar dari 4 sudut dan mengkagumi saiz torpedonya.
Sedarkah anda bhw Armada Amerika berada hampir saja dekat Singapura kononnya utk latihan perang?
Bila rusuhan berlaku diantara tentera Kerajaan dan puak2 perusuh, tentera Amerika akan masuk campur dgn membantu puak perusuh spt yg berlaku di negara2 Arab baru2 ini.
Kaum Cina DAP akan membiayai perusuh2 dan melihat dari jauh sahaja.
Inilah cara yg paling sesuai utk Cina DAP menguasai politik Malaysia.
Melayu mudah lupa ...........Catatan dari saudara Mohd dari blog...
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/06/mat-sabu-gelar-harun-din-langau-sampah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fgelombangrakyat+%28Gelombang+Rakyat%29

Saturday 4 June 2011

UMNO BHG AYER HITAM & Dun Semarang... "DAULAT TUANKU"


Kami Semua Rakyat UMNO BHG AYER HITAM dan DUNSEMARANG Mendoakan Kesejahteraan Mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN "
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.


Allah Lanjutkan Usia Tuanku


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006.

Friday 3 June 2011

1 REJAB dari YB Datuk Hj Samsolbari Jamali.


Dun Semarang YB Datuk Hj Samsobari bin Jamali, mengucapkan ,
Selamat beribadah di bulan Rejab...
.......Bulan rejab Syahrullah (Bulan Allah) ...Diampunkan dosa orang orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah...Puasa bulan Rejab wajib baginya :
a. diampunkan dosanya yang lalu
b. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan
c. terlepas dari dahaga di hari Kiamat....
(Al-Hadis)

Sabda Rasulullah SAW.... hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakn kamu dengan seribu kemulian di hari kiamat.....(Al-Hadis).
(Terima kasih, sumber dan teks dari YB DSBJ)

Wednesday 1 June 2011

UMNO DunSemarang, Kasihkan Kami..Terima Kasih


Peserta Sukarelawan UMNO Ziarah Kasih DunSemarang.


Ziarah Kasih Komuniti 1 Malaysia Dun Semarang 22 hb April 2011.
Ziarah Kasih Komuniti 1 Malaysia Dun Semarang 2011 telah selamat dilaksanakan pada 22 hb April yang lalu. Aktiviti kebajikan yang menjadi sebahagian dari acara Program Komuniti 1 Malaysia ini bermula selepas selesai Solat Jumaat.

Para peserta berkumpul di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan sebelum aktiviti bermula. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas YB Datuk Haji Samsolbari Jamali, ADUN Semarang. Seramai 120 orang peserta bermotorsikal yang terdiri dari ahli-ahli UMNO dan masyarakat setempat dibahagikan kepada 5 kumpulan bergerak ke 70 rumah sasaran yang dikenalpasti memerlukan bantuan untuk menyampaikan sumbangan.


YB.DSBJ bersama kanak-kanak kurang upaya.


YB. DSBJ Menziarahi wargatua yang uzur.
YB Datuk Haji Samsolbari mengetuai salah satu kumpulan mengunjungi rumah-rumah terpilih di Kampung Seri Paya dan Kampung Sri Londang Darat. salah satu acara istimewa adalah gotong royong meleraikan rumah En. Amat Bin Rait di Kampung Sri Londang Darat untuk membolehkan rumah baru dibina.
YB DSBJ bersama Peserta Ziarah Kasih di Rumah
En. Amat Bin Rait di Kampung Sri Londang Darat

Aktiviti kemasyarakatan berteraskan kebajikan seperti ini telah menjadi darah daging UMNO Bahagian Ayer Hitam yang sentiasa mengambil berat golongan yang memerlukan
(Terima Kasih.Sumber Berita dan Foto pej. UMNO Ayer Hitam)

Pt. Bingan Sepakat dan Maju.. bersama DunSemarang

Sambutan ketibaan YB Dun Semarang DSBJ.




Bersama peserta Kontigen

Program Sepakat Daerah Batu Pahat 23 hb April 2011 :
Komuniti 1 Malaysia.


Program ini telah dilangsungkan dengan suasana meriah di padang Sek Keb Parit Bingan. Seramai 560 orang dari 14 kotinjen mewakili mukim-mukim dalam Daerah Batu Pahat hadir dengan semangat 1 Malaysia bagi menjayakan program ini.

acara pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai, sarapan dan perasmian program.


Ucapan Perasmian oleh YB DunSemarang

Hadir menyempurnakan program ini adalah Exco Belia Dan Sukan Negeri Johor, YB Haji Md Jais Sarday sambil diiringi YB Datuk Haji Samsolbari Jamali, ADUN Semarang. Ketibaan rombongan disambut dengan persembahan kebudayaan masyarakat setempat.


Acara Berbasikal PALING lambat

Acara menarik UPIH permainan tradisi anak Melayu dan Jawa

Pt Bingan.

Acara sukaneka berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dengan pelbagai acara sukan rakyat seperti tarik upih, lari kaki tiga, basikal lambat dan lain-lain. adanya Program seperti ini dapat merapatkan silaturahim antara anggota masyarakat amnya.

(Terima Kasih, Sumber berita dan Foto dari Pej. UMNO Ayer Hitam)