Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 6 August 2009

SEPANJANG JALAN KENANGAN - KHIDMAT MASYARAKAT SEBATI RAKYAT by Halid Saat


Seramai 90 orang belia di DUN Semarang telah bekampung tiga hari dua malam di Permatang Duku, Parit Betak Pontian bagi menjayakan program “Khidmat masyarakat sebati rakyat”. Program ini merupakan agenda perkongsian bijak antara dua parlimen iaitu Parlimen Ayer Hitam dengan Parlimen Pontian. Program yang bermula pada 18 Mei 2008 hingga 20 Mei 2008 di isi dengan pelagai aktiviti antara lain ialah majlis membaca yasin dan ceramah agama, gotong royong, persembahan kebudayaan, motivasi, sukan rakyat, mesra keluarga angkat dan pendidikan keluarga. Program ini juga dihadiri oleh para pemimpin tempatan iaitu YB Hasni in Mohamad Ketua UMNO Bahgian Pontian dan YB Ahmad Maslan Ahli Parlimen Pontian. Program ini ditutp secara rasminya oleh Y Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam merangkap ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapanya, YB Datuk Samsol Bari Jamali merasa sangat gembira kerana hubungan antara dua parlimen ini akan melahirkan belia yang berilmu dan mampu membentuk satu generasi muda yang berdisiplin, menghargai masa, mempunyai nilai ahlak yang tinggi dan mentaati prinsip-prinsip rukun negara.(Sumber S/U UMNO Halid saat) By M

0 comments: