Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday 21 August 2009

JANGAN SEDIAKAN PELUANG............................. YB Datuk Samsol Bari Jamali


19 Ogos Pt. Semarang - Sebanyak tiga puluh tiga pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS)berhimpun di Dewan Muafakat Semarang Parit Semarang Ayer Hitam untuk meraikan penubuhan rasmi SRS bagi kawasan kampung Semerik. Kawasan Kg. Semerik mengandung empat kampung rangkaian dan masing-masing menubuhkan SRS mereka sendiri iaitu SRS Kg. Pt. Semarang, SRS Kg. Pt. Hj Hamid, SRS Kg. Pt. Lapis Semarang dan SRS Kg. Pt. Kuari.Upacara perasmian penubuhan SRS ini disempurnakan oleh YB ADUN Semarang, Datuk Samsol bari Jamali dan dihadiri sama oleh DSP Ahmad Asmadi bin Muhamat Salim Wakil Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Chief Inspector Maimunah binti Sujak Pegawai Hal Ehwal Awam, Ketua Polis Balai Ayer Hitam Sarjan Mejar Zainudin bin Hashim serta pemimpim masyarakat di dalam Kawasan DUN Semarang.Upacara perasmian yang dihadiri oleh 400 anggota SRS ini telah bersetuju meningkatkan iltizam mereka khasnya untuk memantapkan khidmat bakti keselamatan ketika suasana menjelang bulan ramadan dan menyambut aidil fitri.Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Samsol Bari Jamali meminta orang ramai supaya jangan menyediakan peluang kepada sesiapa melakukan jenayah."Kecuaian, sikap tidak kisah dan tidak utamakan keselamatan adalah antara faktor yang menyediakan peluang kepada penjenayah" katanya ketika diminta mengulas gejala jenayah.Ketua Kampung Semerik, Encik Mohd Kamal Harun pula berkata pihaknya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa keselamatan untuk menjaga dan mengawal kawasan kampung supaya nikmat keamanan dan kedamaian ini dapat dikecap sentiasa.Sementara itu DSP Ahmad Asmadi bin Muhamat Salim berkata, pihaknya sentiasa memberikan kerjasama kepada pasukan SRS untuk menganjurkan kursus-kursus keselamatan bagi memberikan kefahaman kepada anggota SRS khususnya dari aspek undang-undang.(Sumber S/U UMNO Halid Saat) By Ga Plexs M

0 comments: