Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 16 August 2009

HAYATI KEHADIRAN RAMADAN.......................... Oleh Abdull Halid bin Saat


13 Ogos 2009 Ayer Hitam JPMM DUN Semarang bersama JASA Daerah Batu Pahat serta UMNO Bahagian Ayer Hitam akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak 1430 Hijrah. Forum yang menampilkan tiga penceramah ini akan di adakan
Pada 20 Ogos 2009
Jam 9.00 malam
Perkarangan Masjid Parit Seri Mendapat Mukim 7 Batu Pahat.
Pada kali ini JPMM DUN Semarang menampilkan dua orang penceramah utama iaitu Ustaz Mohd Said Sarjo dan Ustaz Kasbolah bin Kosni Pegawai Dakwah Pejabat Agama Batu Pahat. Menurut YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang, forum ini bertujuan khusus untuk masyarakat membuat persiapan rohaniah bagi menghadapi cabaran semasa berpuasa. Katanya lagi, panduan yang akan diberikan oleh penceramah sekiranya di hayati dan diamalkan secara istiqamah akan membentuk jiwa yang bersih dan dapat menghapuskan dosa. “Ada empat faktor yang dapat menjana kecemerlangan umat Islam iaitu kepatuhan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat, tabah dalam menghadapi ujian dan tekun dalam mengerjakan ibadah” kata beliau semasa ditemui di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Semarang di sini.(Sumber Halid Saat) By Ga Plex / M

0 comments: