Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday, 19 August 2009

AMALAN GOTONG ROYONG TETAP SEGAR


YB Datuk Samsol Bari Jamali sedang menyiapkan kerja mengecat sementara encik Mohd Fitri dari PPNJ membantu menyediakan bahan.

15 Ogos Pt. Surau -" Amalan berkerja sama dan dilahirkan dalam bentuk bergotong royong masih segar dalam masyarakat Melayu" kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kaw. Semarang ketika diminta mengulas kualiti amalan ini. Katanya lagi, amalan ini segar kerana iltizam kepimpinan yang berterusan supaya warisan ini terus kekal dari gegnerasi ke generasi. "Walau pun masyarakat hari ini dilanda cabaran kesibukan dan mengejar material, namun amalan ini tetap masih bertahan dan semakin subur dalam bentuk yang baru. Dulu kita bergotong royong menggunakan parang dan cangkul tetapi hari ini kita menggunakan pelbagai mesin yang memberikan banyak kemudahan kepada kerja kita" katanya di rumah encik Hanzah Jumak, Parit Surau Mk 8 Batu Pahat. Rumah encik Hamzah Jumak merupakan sebuah rumah yang terpilih untuk di baik pulih sempena projek perkongsian bijak JPMM DUN Semarang dengan Pejabat Pembangunan Negeri Johor ( PPNJ ) di Parit Surau Mukim 8 Batu Pahat.
(Sumber S/U UMNO Halid Saat) By Ga Plexs M

0 comments: