Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 9 August 2009

Jangan jadi orang pandai tapi tidak boleh diikut……….By Abdull Halid Saat



Ayer Hitam 9 Ogos
“Jangan jadi orang pandai tapi tidak boleh diikut dan jangan jadi orang bodoh tapi tidak boleh diajar” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO bhg Ayer Hitam ketika berucap merasmikan mesyuarat agong permulaan Koperasi Bela Rakyat ( KOBERA ) kawasan Semarang di Dewan Pejabat UMNO Bhg Ayer Hitam. Beliau menasihatkan semua ahli KOBERA supaya jangan menjadi orang yang bodoh sombong kerana sikap tersebut boleh menghalang kemajuan diri dan tersekatnya ilmu mengalir. Setiap ahli koperasi digalakkan menambah ilmu pengetahuan dengan mengamalkan sikap ingin belajar, suka bertanya dan rajin mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh agensi yang menyelia KOBERA. Beliau yang juga ADUN bagi kawasan semarang merasa kecewa pada zaman ini bila ramai orang yang pandai tetapi tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat. Mereka hanya bijak memberi komen dan kritik tetapi tidak ada sumbangan yang diberikan dari segi idea dan komitmen untuk sama membina satu masyarakat yang lebih maju. Lebih buruk lagi bila mereka menganggap hanya idea mereka sahaja yang terbaik sedangkan idea secara kolektif adalah lebih sesuai untuk membangunkan masyarakat dan Negara. “Mereka pandai tapi sayang tidak boleh diikut……….” katanya ketika berucap dihadapan 103 ahli KOBERA kawasan Semarang yang menjayakan mesyuarat agung permulaan KOBERA. Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap ramainya orang pandai tetapi bila semakin pandai masyarakat jadi huru hara dan menghakis budaya muafakat. Oleh itu beliau meminta semua masyarakat di DUN Semarang supaya memperkukuhkan pegangan agama dengan mengamalkan secara bersungguh nilai-nilai murni seperti kasihkan sesama mahluk Allah, mencintai orang miskin dan anak yatim, budaya tolong menolong di samping mengamalkan amalan rutin. Turut hadir di majlis tersebut ialah En. Mohd Fahruzrazi Mohamed Nor Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia daerah Batu Pahat dan Ketua-Ketua Kampung dalam kawasan DUN Semarang.(Sumber S/U UMNO Abdull Halid Saat) by M

0 comments: