Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 24 September 2009

Masih ada yang sayang – MPP UTHM


Ayer Hitam 23 September – Kelab Kerjaya dan Kaunseling UTHM bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM serta Pelajar Kolej Kediaman Kelisa telah berjaya menganjurkan program “Masih ada yang sayang” pada 13 September yang lalu bertempat di Masjid Jamek Kg haji Ghaffar Mk 7 Batu Pahat. Program ini melibatkan lima puluh siswa dan siswi UTHM hadir ke Masjid Kg Hj Ghaffar pada jam 10.00 pagi. Kehadiran mereka memaparkan cinta dan kasih sayang kepada masyarakat dan justru itu dijalin ikatan lahiriah dengan bergotong royong memersihkan masjid. “Masjid tempat taqarrub kepada Allah dan tempat ikatan hubungan sesama saudara Islam, lantas sewajarnya ia dijaga serta dipelihara kehormatannya” kata sdr. Amir Hamzah ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69

Friday 18 September 2009

TERIMA KASIH PARA DERMAWAN, AJK PUTERI DAN DATUK SAMSOLBARI BIN JAMALI, ADUN SEMARANG

AYER HITAM/PT SHUKOR 17/09/09
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam merakamkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang menyumbangkan kuih raya, toto, pakaian, kain pelikat, kain batik, kain tudung, makanan bermasak, bahan masakan basah dan kering,tong air bersih dan wang ringgit. Kepada ahli-ahli rombongan, saya ucapkan terima kasih juga kerana sudi bersama-sama saya. Semoga segala pengorbanan masa dan tenaga kalian akan diberkati Allah SWT. Buat pengetahuan semua, YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, Ketua UMNO Bahagian / ADUN Semarang memaklumkan bahawa permohonan rumah telah dibuat dan pakcik Zabdi telah menerima bantuan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat sebanyak RM 300.00 sebulan. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga permohonan rumah baru untuk pakcik zabdi diluluskan. Amin..

Beginilah keadaan rumah Pak Cik Zabdi.
( Sumber http://puteriayerhitam.blogspot/Nurrie78)Bym69

Program Puteri Menyusur Akar - Kunjungan Menjelang Syawal



Ayer Hutam/Parit Shukor 17.09.09
Alhamdulillah, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam telah mengunjungi Pakcik Zabdi buat kali kedua dalam siri program Puteri Menyusur Akar - Kunjungan Menjelang Syawal di Kampung Parit Shukor Darat tepat jam 6 petang pada 17 September 2009. Pakcik Zabdi menyambut kehadiran kami dengan senyuman. Beliau sedang menyiapkan pangkin. Katanya, anaknya yang tinggal di Kedah akan pulang beraya..Jadi boleh mereka duduk-duduk di pangkin sambil bercerita.
( Sumber http://puteriayerhitam.blogspot/Nurrie78)Bym69

Wednesday 16 September 2009

Bunyi loceng...


BIADAB! Itulah perkataan paling sesuai untuk dihamburkan kepada perwakilan MIC dari Pahang, Peter Sukumaran yang mencadangkan supaya diletakkan 'kalungan selipar' kepada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad.

BIADAB!BIADAB!BIADAB! Peter Sukumaran(Seleeper Sukumaran) yang mencadangkan supaya diletakkan 'kalungan selipar' kepada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya sebagai ahli UMNO dan Melayu ynag berfikiran waras dan tidak mabuk, masih tahu menghormati orang lain, bangsa lain di Tanah Melayu ini. Apa jenis manusia yang menggunakan kata-kata sewenang-wenangnya, ingatlah Sleeper(*Peter.s) orang lain pun ada perasaan dan maruah, bukan awak seorang. Kalau setakat nak mengampu Samy tu, Adalah sesuatu yang aneh apabila walaupun 'menumpang' di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - milik UMNO - ada perwakilan MIC yang tidak sedar diri dan cuba menunjuk jaguh. Mereka tahu Samy sukakan pujian, justeru mereka memuji-muji,jamgan lukakan hati bangsa Melayu, Begitu juga dengan beberapa perwakilan MIC yang mengkritik Dr. Mahathir, mereka harus sedar di mana bumi mereka pijak, sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menghina mana-mana pemimpin utama orang Melayu.

semua ahli MIC juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan calon mereka pada pilihan raya sebelum ini termasuk di kawasan Samy Vellu adalah kerana sokongan pengundi Melayu.

kenapa bangsa lain , Peter S @Sleepe tak berani usik dan sentuh, TAKUT ke? ini sikit-sikit Melayu dan UMNO. Jangan anggap orang macam saya tak boleh "MENGAMUK". Ketua kamu Samy tu pun cakap tak serupa bikin, Dulu tahun
200*#*....semasa diberi peluang merasmikan perayaan PONGGAl kat UTHM, buat pengumuman hendak perbaiki dan buat "DIVIDER" sepanjang jalan Batu Pahat Kluang, tapi mana sampai sekarang habuk pun tarak. Ya saya tahu yang banyak mati di jalan ini ramai Melayu apa nak peduli.
Hinggakan jalan Batu Pahat-Kluang diwartakan antara 10 jalan yang berisiko tinggi di Malaysia. Wahai anak Muda Pewaris Bangsa bersatulah di bawah satu payung, agar kita terus"HIDUP UMNO"..(Rujukan Utusan M) Pendapat By M69

PT. Semarang Darat raikan anak yatim..

Datuk Samsolbari Jamali menyampaikan sumbangan.

Ayer Hitam 14 September – Seramai lima belas anak yatim dan dua puluh fakir miskin di Parit Semarang Darat bermesra dengan YB ADUN Semarang dalam satu majlis berbuka puasa di Surau Parit Semarang Darat di sini. Dalam majlis tersebut YB Datuk Samsol Bari Jamali yang juga Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan anak yatim di kawasan tersebut. Dalam ucapannya, beliau sangat gembira dengan kemudahan prasarana yang ada di Kg Parit Semarang lantaran perjuangan yang dijana oleh Ketua UMNO Cawangan dan rakan-rakannya. “Semua yang kita lihat hari ini bukanlah datang bergolek tetapi ianya adalah diusahakan oleh mereka yang berjuang tanpa memikirkan imbuhan tetapi memikirkan nasib ahli masyarakat” katanya lagi.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69

Tuesday 15 September 2009

PUTERI UBAH - Kembara Kebajikan Ramadhan 2009



Maklumkan..pada 17 sept, pu3 akan mengunjungi pakcik zabri bin kadiri pada jam 5 petang..dlm prgrm kunjungan menjelang syawal(Kunjungan kali ke dua) Pakcik Zabri tinggal di Kampung Parit Shukor..tinggal di rumah yang diperbuat daripada kayu leban. Masa kami datang, pakcik nie sedang membersihkan kayu-kayu leban.Di rumahnya, tidak ada bekalan elektrik dan air. Menggunakan air tadahan hujan dan air dari parit untuk kegunaaan harian. Pakcik ni sakit buah pinggang manakala isterinya sakit jantung.Mereka hidup serba kekurangan kami akan bawa sumbangan daripada penderma spt tong air bersih, bahan makanan basah, pakaian dan sebagainya.
( Sumber http://puteriayerhitam.blogspot/Nurrie78)Bym69

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran




Pada 13 September 2009, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam telah menjalinkan kerjasama bersama UMNO Bahagian Ayer Hitam, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Ayer Hitam dan Kelab Rakan Muda Ayer Hitam telah melaksanakan program Tadarus dan Khatam Al Quran di Masjid Jamek Kampung Haji Ghaffar. Lebih 200 orang peserta telah menyertai program ini.

Pelajar Kolej kediaman Taman Kelisa UTHM ikut tadarus

Pelajar Sek Men Arab Pt Raja, ikut program tadarus.
Penuntut UTHM manjamu selera secara"Ambengan"

Ayer Hitam 13 September – Seramai empat puluh orang pelajar dari asrama kediaman Taman Kelisa Universiti Tun Hussein Onn Pt. Raja ikut serta dalam program tadarus, khatam Al Quran serta berbuka puasa di Masjid Kg Hj Ghaffar Batu 6 Ayer Hitam.Tadarus yang bermula pada jam 2.30 petang itu di anjurkan secara bersama oleh JPMM DUN Semarang, UMNO Bahagian Ayer Hitam, Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Gerakan Belia 4B ( M ) Kawasan Ayer Hitam, Pejabat Belia Dan Sukan Batu Pahat, MBD Batu Pahat serta Badan Masjid dan penduduk Kg. Hj Ghaffar. Menurut jurucakap UTHM, kehadiran pelajar tersebut bemula dari jam 10.00 pagi bagi membantu Jawatankuasa Masjid Hj Ghaffar menyediakan persiapan untuk menjayakan program tersebut. Mereka bergotong royong dan bersama penduduk kampung membersihkan masjid Kg Hj Ghaffar. Program yang disusun secara bersepadu ini juga akan menampilkan para pelajar Sekolah Arab Parit Raja seramai lima puluh orang bagi bersama-sama bertadarus dan khatam Al Quran. Menurut penyelaras program sdr. A Rashid A Hamid, program ini merupakan satu platform untuk menyatukan pemikiran umat Islam dan sebagai medan pertemuan antara golongan muda dengan golongan dewasa. Program yang dihadiri lebih tiga ratus orang ini di rasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa gembira kerana program tadarus kali ini sangat tersusun dan melibatkan semua peringkat daripada anak-anak, remaja, pemuda, ibu bapa hinggalah kepada imam-imam dan guru-guru.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69

Sunday 13 September 2009

Giat MARA bantu golongan miskin di DUN Semarang


Ayer Hitam 8 September – Majlis Amanah Rakyat melalui Giat MARA akan menyalurkan bantuan untuk membaiki rumah golongan miskin di kawasan Dun Semarang bermula bulan Oktober ini. Jurucakapnya memberitahu iaitu setiap kampung sekiranya ada bolehlah memajukan senarai nama kumpulan sasar untuk membolehkan pegawai bertugas membuat lawatan dan seterusnya menilai kelayakan pemohon. Antara kelayakan yang diperlukan dalam program ini ialah pemohon mestilah berdaftar dengan e-kasih yang diselaras di Pejabat Daerah Batu Pahat melalui SPKR. Di bawah program ini Giat MARA akan menyalurkan bantuan untuk memperbaiki rumah yang usang dan penghuninya pula terdiri dari rakyat yang miskin. ADUN Semarang YB Datuk Samsol Bari Jamali memberitahu, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran Giat MARA di DUN Semarang dan berharap agensi ini terus diberi perananan yang luas untuk memberi khidmat kepada masyarakat. “Saya gembira Giat MARA terlibat dengan tanggung jawab terhadap masyarakat walaupun sebelum ini ia dikenali sebagai sebuah agensi menyemai kemahiran dan teknikal sahaja” katanya ketika ditemui di majlis mesra kepimpinan selepas bersolat terawikh di surau Taman Bahagia Ayer Hitam. Pada majlis tersebut beliau mengumumkan peruntukan RM 5000.00 untuk menambah baik surau Taman Bahagia Ayer Hitam.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69

Saturday 12 September 2009

Belia Pt. Semarang giat berkompang,,



Pt. Semarang 10 September –
Seramai 50 orang belia di kampung Pt. Semarang sedang giat menjalani latihan kompang sebagai asas asuhan menyintai kampung halaman di kalangan belia. Latihan ini di kendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Semerik dan mengadakan latihan setiap malam jumaat. Menurut jurucakapnya iaitu sdr. Sulaiman Tukimin, setiap ahli bukan sahaja dilatih bermain kompang tetapi mereka juga dilatih mahir bermasyarakat dan mendalami adat sopan masyarakat traditional. Disamping itu juga mereka dididik berdisiplin dan menghargai waktu supaya dapat membawa diri sekiranya berhijrah atau berkerja di luar kampung.(Oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN SEMPENA MENYAMBUT AIDUL FITRI

Jangan jadi penghalang
Ayer Hitam 12 September – Semua pepimpin masyarakat diingatkan supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kerja-kerja amal jariah kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka yang berhak menjadi terpinggir dan terpisah. Kegagalan pemimpin masyarakat mengenal pasti dan mengemas kini rekod golongan miskin biasanya menjadi batu penghalang kepada usaha kerajaan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang tertinggal atau terlepas pandang untuk dibantu. Ingatan demikian disampaikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ketika menyampaikan sumbangan untuk menyambut aidul fitri kepada golongan fakir miskin di Bahagian Ayer Hitam. Majlis penyampaian sumbangan ini di hadiri oleh para amil, ketua-ketua UMNO Cawangan, Ahli JKKK dan seluruh kepimpinan masyarakat di Bahagian Ayer Hitam. Seramai 700 orang fakir miskin menerima sumbangan tersebut yang keseluruhannya bernilai lebih RM 50,000.00. Sumbangan berupa barangan bahan makanan kering seperti beras, gula, garam, bahan minuman dan lain-lain. Dalam majlis ringkas tersebut YB Datuk ir. Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer HItam menyumbang RM 10,000.00, Mohd. Kamal Harun melalui syarikatnya TRSB menyumbang RM 10,000.00, dan Umno cawangan-cawangan RM 3500.00 bagi tujuan membiayai kos barangan tersebut. Menurut Yb lagi, peluang untuk menyumbang masih terbuka dan sesiapa yang berhajat untuk bersedekah bolehlah menyalurkannya melalui Biro Kebajikan yang dipengerusikan oleh Hj Ismail bin Khairon.(Oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69

Friday 11 September 2009

"SELAMAT HARI RAYA" Datuk Samsolbari Bin Jamali

klik Kad

Wednesday 9 September 2009

Gandakan Amalan










Ayer Hitam 6 September – Seramai lebih empat ratus ahli Pergerakan wanita bertadarus dan khatam Al Quran di masjid jamek Ayer Hitam sempena menyambut pengisian bulan Ramadan al Mubarak 1430 Hijrah. Kumpulan pembaca Al Quran pada majlis ini di bahagi kepada sepuluh zon dan diketuai oleh seorang urusetia.Pada majlis ini juga diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faisal Mohamed Timbalan pengarah bahagian zakat Dan Baitulmal Negeri Johor. Beliau menyeru semua umat Islam supaya menggandakan amalan semasa bulan Ramadan khasnya membaca sebarapa banyak Al Quran, menyebarkan ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan membuat kerja-kerja amal solih. Katanya lagi pada bulan Ramadan ini di galakkan bersedekah dan membuat seberapa banyak kebajikan. Mengulas tentang kutipan zakat, beliau berteimakasih kepada umat Islam di Johor kerana kutipan zakat pada tahun ini melebihi 100 juta berbanding pada tahun sebelumnya yang hanya mencapai sekitar 80 juta sahaja. Ustaz Mohd Faisal Mohamed pernah bertugas di daerah Batu Pahat sebagai Pegawai Tadbir Agama sekitar tahun 2004 hingga 2007. Tadarus al Quran anjuran Wanita Bahagian Ayer Hitam di tutup secara rasmi oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahgian Ayer Hitam.
(Oleh sub-halid@yahoo.com.my)By M

Ambil berat keselamatan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ( tiga dari kiri ) sedang mendengar ucapan YB ADUN Kawasan Semarang

Ayer Hitam 8 September – Umat Islam dinasihatkan tidak bersikap cuai semasa menyambut perayaan aidil fitri pada 1430 hijrah kerana kecuai akan memberi peluang kepada penjenayah melakukan jenayah. Perkara ini diingatkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat Tuan Ibrahim Mohd Aris semasa berbuka puasa bersama masyarakat Ayer Hitam di masjid Jamek Ayer Hitam. Katanya lagi penjenayah lahir dari masyarakat dan sudah pastilah masyarakat yang lebih arif tentang maklumat dan kegiatan penjenayah di kawasan mereka. Oleh itu beliau meminta hubungan masyarakat dengan polis sentiasa erat dan membentuk kerjasama secara tersusun untuk menangani masalah jenayah. Majlis berbuka puasa anjuran bersama Balai Polis Ayer Hitam bersama DUN Semarang dihadiri oleh seluruh masyarakat di Parlimen Ayer Hitam termasuk pemimpin masyarakat dan ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela ( SRS ). ADUN Kaw. Semarang dalam ucapannya memuji usaha kepimpinan Balai Polis Ayer Hitam atas pelbagai usaha mendekatkan polis dengan masyarakat.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69

Monday 7 September 2009

Puteri Menyusur Akar - Kembara Kebajikan Ramadhan 2009


Pada 06 September 2009, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam telah melaksanakan program Puteri Menyusur Akar - Kembara Kebajikan Ramadhan. Program ini dilaksanakan di DUN Yong Peng dan DUN Semarang. Kami telah berpecah kepada dua kumpulan. Bagi DUN Yong Peng, ia diketuai oleh Saudari Siti Aileza Ahmad @ Ismail, Naib Ketua Puteri Bhg manakala di DUN Semarang diketuai oleh Saudari Nuriyati Md Ithnin, Ketua Puteri Bhg.Team DUN Yong Peng telah mengunjungi 13 buah rumah manakala bagi DUN Semarang sebanyak 19 buah rumah.
(Sumber dari Blog Generasi Wanita Prihatin/PU3 UBAH Nurrie78)by M

Saturday 5 September 2009

Pemuda rancang anjur “seminar perancangan kewangan” Oleh sub_halid@yahoo.com.my

Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam sedang berbaris merayakan sambutan mengenang jasa Dato Onn Jaafar di Bandar Penggaram Batu Pahat

Ayer Hitam 5 September - Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Ayer Hitam akan berkerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) untuk memdidik generasi muda merancang kehidupan dan kewangan mereka bagi tujuan persediaan mengharungi cabaran mendatang dalam bidang ekonomi dan kehidupan. “Generasi muda khususnya para pelajar akan berhadapan dengan cabaran yang sangat berbeza dengan cabaran generasi hari ini” kata sdr. Abd Rashid Abd hamid Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam. Katanya lagi, keperluan pendidikan perancangan kewangan dan kehidupan ini telah menjadi satu keutamaan bilamana generasi muda akan datang akan berhadapan dengan kenaikan kos pembelajaran, sara hidup yang semakin meningkat dan peluang perkerjaan yang penuh persaingan. Seminar ini dirancang akan dilaksanakan secara berkala selama satu bulan iaitu bulan November 2009. Sasaran utama ialah para pelajar, golongan remaja, belia dan ibu bapa pelajar. Pada seminar ini kumpulan sasar didik dan diberi kesedaran betapa pentingnya amalan budaya merancang, berjimat cermat, teliti dalam membuat keputusan, kebijaksanaan meletakkan keutamaan dan bahaya pembaziran. Dalam program ini pihak PNB akan menyediakan khidmat penceramah dan kemudahan yang berkaitan sementara pemuda UMNO akan menyediakan tempat, kumpulan sasar dan kemudahan seminar.(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

Pemuda UMNO Olak Batu by Ejat


Pergerakan Pemuda UMNO Olak Batu telah mewakili Parlimen Ayer Hitam Ke Program Pendaftaran Persatuan Belia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Muar.yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Dato Razali bin Ibrahim,merangkap Ahli Parlimen Muar dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Program tersebut melibatkan 26 Parlimen yang berada di dalam Negeri Johor.Setiap Parlimen dikehendaki menghantar 4 Persetuan Belia untuk di daftar ke ROY.Terima Kasih saya ucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor,kerana menyediakan topeng mulut untuk mengelakkan jangkitan H1N1.Diharapkan banyak lagi Persatuan Belia di Parlimen Ayer Hitam dapat ditubuhkan.

(Sumber oleh ejat )ByM

Thursday 3 September 2009

200 jemaah Parit Nipah hadir berbuka puasa

AYER HITAM: Kira-kira 200 jemaah dari sekitar Parit Nipah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, menghadiri majlis berbuka puasa DUN itu dan program Semarak Ramadan Berita Harian di Masjid Sabak Uni, di sini, malam tadi.
SAMSOL Bari (empat dari kiri) bersama Mior Kamarul (empat dari kanan) dan Ketua Bank Islam Wilayah Selatan, Faisal (lima dari kanan) pada majlis program Semarak Ramadan Berita Harian di Masjid Sabak Uni 30.08.09

Majlis yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali itu, juga bertujuan menyampaikan sumbangan oleh beberapa syarikat kepada Samsol untuk diagihkan kepada masjid dan surau kariah itu.
Samsol Bari dalam ucapannya berkata, Masjid Sabak Uni mengadakan majlis berbuka puasa seperti itu setiap tahun, dan pembabitan beberapa syarikat korporat dalam majlis tahun ini adalah baik kerana melaluinya syarikat berkenaan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Katanya, sumbangan itu juga terbit daripada nikmat yang diperoleh daripada kemerdekaan negara yang dikecapi.

Beliau berkata, rakyat harus mensyukuri nikmat kemerdekaan kerana melaluinya rakyat dapat menjalankan amalan agama masing-masing, dan orang Islam juga dapat mengembangkan syiar Islam.
Sehubungan itu katanya, sejarah kemerdekaan negara harus dipelajari dan diketahui oleh rakyat, terutama di kalangan generasi muda untuk seterusnya disampaikan dan diwarisi generasi akan datang.

"Tidak ada orang yang terkecuali dalam hal ini, masing-masing punya peranan... orang kaya melalui sumbangan mereka, ulama dengan menyampaikan ilmu dan orang miskin dengan apa yang boleh dilakukan mereka termasuk doa," katanya
(BH on-line)By M69

Tuesday 1 September 2009

Puteri UMNO Pelopor Budaya Meniru?....


Tuduh..... PUTERI UMNO PELOPOR BUDAYA MENIRU sebab buat senaman poco-poco.. Menurut info yang dipaparkan..asal usul poco-poco ni dari Filipina bukannya Indonesia.. ditarikan semasa menghadiri upacara mingguan..dan pergerakan tarian ini berupa salib yang dimulakan dari gerakan kiri..Kalau benarlah info yang diberikan ini.. Puteri juga tidak akan meneruskan amalan senaman ini. Yang Puteri kesal.. apala salahnya kalau menegur dengar cara yang baik..janganlah suka melabel..Kita nie semua bukannya sempurna..Kita pun suka kalau org menegur kita kalau apa yang kita buat nie bertentangan dengan agama..Senaman ini bukan sahaja dilakukan oleh Puteri malah ramai orang..Puteri pun belajar senaman ini dari orang lain..Jadi janganlah nak menuduh Puteri ni Pelopor Budaya Meniru yea... (Di petik dari Blog Generasi Wanita Prihatin/PU3 UBAH Nurrie78)

Sumber: http://passembrong.blogspot.com

Ajey...saya setuju dengan PU3, nak menegur tu gunalah kesopanan, budaya mana pulak yang mereka ikut... agaknya bentuk rupa seperti ini ker yang mereka puja dan sanjung....suka melabel...

Wanita zon Sabak Uni ucap terima kasih.


Sabak uni 01 September - Pergerakan Wanita Zon Sabak Uni mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tadarus dan khatam Al Quran yang adakan pada 30 Ogos 2009 yang lalu. Majlis di adakan di Masjid sabak Uni melibatkan seluruh masyarakat wanita di zon Sabak Uni, DUN Semarang. Jurucakapnya, Puan Raminem binti sarnon berkata, penganjuran yang julung-julung kali diadakan oleh wanita zon Sabak Uni ini mendapat sambutan dan sokongan yang luar biasa dari pelbagai pihak. "Ramai yang menghulurkan derma dan bantuan antaranya badan masjid Sabak Uni, wanita Umno cawangan-cawangan , orang perseorangan dan banyak lagi" katanya ketika ditemui disini. Beliau yang juga Pen. Bendahari Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada ahli jawatankuasa masjid Sabak Uni kerana memberikan ruang serta tempat untuk menjayakan program tersebut. Program yang melibatkan 200 orang wanita itu ditutup secara rasmi pada jam 12.00 tengahari oleh Puan Hajah Rahemah Idris Ketua Wanita Umno Bahagian Ayer Hitam.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69