Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 16 August 2009

PPNJ Jayakan Program Semarak Merdeka ...........By Abdull Halid Saat

Pasukan Futsal Dun Semarang
Pengarah PPNJ memerhatikan YB Datuk Samsol Bari Jamali membetulkan kain pelekat sebelum sepak mula dilakukan
Pengarah PPNJ memberikan kata-kata semangat kepada anak buahnya

Parit Surau 15 Ogos 2009 – Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Johor berkunjung ke Kampung Parit Surau Mk. 8 Batu Pahat bagi menjayakan program Semarak Merdeka bersama warga DUN Semarang dan pendudk kampung Parit Surau. Program ini direka khas dengan pengisian yang boleh memberikan kesedaran kepada setiap peserta iaitu ‘kehidupan tetap diteruskan walaupun badai cabaran datang bersilih ganti’. “Dengan usia kemerdekaan ke 52 tahun rupa-rupanya masih ada saudara kita yang masih daif dan memerlukan bantuan” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang ketika ditemui semasa gotong royong Semarak Merdeka di sini. Program Semarak Merdeka ini dianjurkan secara bersama antara Pejabat Pembangunan Negeri Johor dan JPMM DUN Semarang serta kerjasama penduduk Kg. Parit Surau. Pengisian utama dalam program ini ialah gotong royong semarak merdeka, sukan rakyat, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan tarik tali. Peserta dari Pejabat Pembangunan Negeri Johor diketuai oleh Encik Mohd Hatta bin Nordin yang juga Pengarah PPNJ dan dibantu oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Tuan Haji Kamsani bin Sumadi. Pada majlis tersebut Tuan Pengarah PPNJ memberikan peruntukan untuk menaik taraf gelangang Pusat Rekreasi Parit Surau dan mengkaji semula keperluan untuk melebarkan jalan kampung khususnya menaik taraf bahu-bahu jalan yang sedia ada. Bagi acara sukan pihak PPNJ telah memenangi pertandingan futsal dan tarik tali sementara pertandingan bola jaring dimenangi oleh wanita Parit Surau. (Sumber Halid Saat) By Ga Plex / M

0 comments: