Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 31 January 2010

Siapa PUTAR dan BELIT?


Gerai Medan Bahagia Ayer Hitam bukan satu isu yang besar kalau kita semua ada sikap TOLERANSI dan tahu siapa Kita. Kemelut ini semua dapat di atasi dengan mudah jika tiada di pengaruhi Emosi dan segelintir insan yang memang benci pada Melayu dan UMNO. Datuk Samsol telah berusaha sedaya mungkin tapi manakah kerjasama yang diharafkan bahkan tomahan diterima. ...TAHUKAH Kita kronologi sebenar dan sinopsis Gerai Medan Bahagia Ayer Hitam. Adalah amat memilukan dan memalukan jika segala ungkapan yang dihujahkan tidak sepadan dengan pakaian dan ketayap yang di Sarungkan. Apakah BENAR ADUN SEMARANG YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, tidak membantu. BENARKAH? Siapa sebenarnya yang tidak mahu di Bantu? Siapa yang lebih sibuk..Datuk atau Bekas Penjaja Medan Bahagia. Rujuklah surat dari wakil Penjaja dan Peniaga Medan Bahagia, buat penilaian...Lihatlah apa mereka buat dan katakan"Apa yang menyedihkan, wakil rakyat DUN Semarang seolah-olahnya tidak sedar bahawa beliau adalah wakil rakyat yang mana tugasnya adalah untuk mewakili rakyat namun apa yang berlaku ADUN tersebut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ditambah lagi, ADUN tersebut memberitahu kepada para penjaja bahawa beliau takut untuk menangani isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatannya. Justeru saya mencabar beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan memberi ruang kepada orang lain yang lebih bersedia untuk mewakili kepentingan rakyat" ungkapan dan ayat ini di petik dari http://minda-kembara.com/ benarkah? jagan putar dan belit
Lihat komen mereka:
messi1234 said...
hai... si penjual kerepek punya surat pun kau orang UMNO - putarbelit, fitnah dan adu domba dalam blog ni apa nak jadi kau orang ni semua duduk dalam comitee UMNO Ayer Hitam buat malu aje hoi......Si penjual kerepek tu ahli2 UMNO, kalau tak takan Mohd Aziz wakil rakyat dulu tolong mereka dapatkan tempat dan berniaga disitu.
messi1234 said...
"tiada yg kecil dalam perjuangan, yg besar wujud krn sokongan yang kecil...manakala yg besar menyumbang kepada kesejahteraan yg kecil.. " DSBJ 3.01.2010 - temberang rupanya si samdol ni.....
messi1234 said...
ini kronologi hantar satu salinan kepada SPRM untuk disiasat, betul ke? tidak? sebab kalau nak lepas tengkok macam2 alasan bolih buat...dol...samdol
Anonymous said...
Begitulah adanya segelintir manusia yang sentiasa mencari kelemahan orang lain tetapi malangnya gulungan ini hanyalah suku yang suka berbohong dan mengelirukan fakta. Puak ni yang dilihat baik dia takkan berbunyi tetapi yang dilhat pada pandangan mata kasarnya tak baik, dengan pantas akan menghentam sembrono tanpa mencari fakta sebenar. Nah..sekarang faktanya dah depan mata.. Jadi sepatuntnya puak-puak yang melemparkan segala dusta kepada UMNO dan pimpinan UMNO bahagian merasa malu dengan kata nista dan tohmahan yang telah dibuat. Tapi, adakah puak ni sanggup menerima dan mengakui kesilapan mereka? Sudah pasti tidak, sebabnya mereka ni adalh kalangan orang yang telah diracuni pemikiran ekstrim untuk melihat bangsanya sendiri hancur dan kecundang..puak ni sudah dipengaruhi racun iri dan kesumat Parti berAkidah Songsang ..PAS..

Thursday 28 January 2010

Apa Bezanya?

NameWee dan AdukaTaruna apakah ada perbezaan. Aduka menghina Sultan Johor manakala NamewEE menghina hampir keseluruhan Umat Melayu. Negara dan Agama Islam.. Siapa pula diberi penghormatan dan di maafkan. Mengapa? Aduka Taruna tidak boleh dimaafkan seperti NameWee. Memang sewajarnya. Tapi anak Muar Johor lagi besar,hebat dan angkuh penghinaannya terhadap negara. Adakah AZAN hanya bagai ayam berkokok....Ingatlah wahai Umat Melayu. Islam. Bersatulah kita untuk generasi akan datang. Jangan sampai KEPALA BABI naik mimbar...Fikirlah..... ByM69

Monday 25 January 2010

Tinggalkan Tanah Melayu...!

ANTARA Blog yang tidak layak sebagai manusia yang Tinggal Di Tanah Melayu yang permai,aman,selesa dan harmoni. Blogger yang layak di gelar G0-Blog, al-Bongok, wal Kemplo A/l-GemBluk. Kita selama ini amat menghormati Sultan, tetapi dgn mudah ianya menghina. Menghina Sultan bererti menghina Melayu.Kalau tak suka tinggal di sini, SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU dan CARI negeri lain. Siapa sebenarnya Animal....
Ingatlah anak bangsaKu pada Tahun 2010 kita terus-terusan di hina, cuba fikir 2 tahun akan datang ke mana kita? Oleh itu daftarlah mengundi demi explorasi dan kelangsungan umat Melayu dan Islam.Photo ihsan http://hamidahosman.blogspot.com/
Kami Di Dun Semarang mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan terhadap Sultan Johor. Terima kasih Sungai Rapat. Bersatulah kita dan UNDILAH UMNO. ByM69.

KISAH kecil RAKYAT JOHOR.

Ayer Hitam JOHOR. Kg Cahaya Baru. "Walaupun saya seorang dari keluarga yang kurang mampu, tapi saya juga ingin turut sama BERKABUNG dan menghormati kemangkatan Sultan, Saya pakai apa yang termampu oleh saya,Tiada siapa memaksa, saya ingin juga menjadi rakyat yang setia dan sayangkan negara saya, doakan saya" itu kata seorang pelajar yang saya temui.Demi sayangkan dan semangat cintakan Tanah Air, beliau tidak merasa malu untuk turut berkabung seadanya. TAHNIAH! adakah semua rakyat JOHOR boleh turut sama berbuat demikian? Adakah ADUKA TaRAUNA mampu berbuat demikain? JANGAN menghina Sultan sendiri. Bym69.

Kesetiaan Pada Raja dan Negara


Hikmah pensyariatan ihdad (berkabung)
Taat pada Ulil Amri yang taat pada ALLAH dan RASULNYA. Maka kita sebagai rakyat yang prihatin dan menghormati Raja dan Sultan, haruslah kita sama-sama menghormati kemagkatan Almarhum Sulatn Iskandar Al-Haj dengan berkabung. Kita boleh buat kesimpulan pada mereka yang sudi dan tidak sudi berkabung.
Adapun diantara hikmah Islam mensyariatkan berkabung (ihdad) ini secara umumnya adalah sebagai menzahirkan rasa sedih terhadap kehilangan seseorang dengan cara yang terbatas dan terkawal, tidak seperti kelakuan orang-orang jahiliah apabila berlakunya kematian, mereka akan menangis dengan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi serta mengoyak-ngoyakkan baju dan barbagai-bagai lagi perkara yang dilarang oleh syarak.
Perbuatan-perbuatan seperti di atas adalah perbuatan orang jahiliah yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Baginda yang maksudnya: “Tidak termasuk golongan kami mana-mana orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan orang jahiliah” (Hadis riwayat Al-Bukhari). By M69

Pemuda UMNO Cawangan Yong Peng bermuafakat dengan bergotong royong


Yong Peng 24 Jan-UMNO Cawangan Yong Peng berkerjasama meningkatkan muafakat mereka dengan bergotong royong membina sistem pengcahayaan untuk gelanggang sepak takraw yang terletak di Taman Seri Aman Yong Peng. Ketua UMNO Cawangan, Tuan haji Akhpah bin Abd Hamid berkata program ini adalah kerja uasaha sama Pemuda UMNO Cawangan Yong Peng bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam. Program gotong ronyong ini melibatkan pemuda, remaja dan penduduk dewasa Taman Seri Aman dan sekitarnya. Dengan tersedianya sistem pengcahayaan ini semua pemuda di Taman Seri Aman berpeluang beriadah di waktu malam dan mereka boleh mengisi lapang dengan aktiviti sehat dan menguntungkan.(Sub_halid) By M69

Biro Kebajikan Dapat Peruntukan Enam Buah Kerusi Roda


Kg Hj Ghaffar 24 Jan 2010 – ADUN Kawasan Semarang YB Datuk Samsol bari Jamali menyediakan peruntukan enam buah kerusi roda untuk Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam menjalankan tugas sukarelawan mereka. Dengan adanya peruntukan Kerusi roda tersebut, mana-mana pesakit kritikal yang memerlukan kerusi roda bolehlah berhubung dengan Tuan Hj Ismail Khairon Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian untuk mendapatkan khidmat. Menurut Tuan Hj Ismail Khairun, khidmat kerusi roda tersebut ialah secara pinjaman dan sekiranya pesakit tersebut tidak memerlukan lagi maka ia hendaklah dikembalikan kepada pihak biro. Katanya lagi, pihak biro akan meneruskan usaha membangkitkan samarak sukarelawan di UMNO Bahagian Ayer Hitam demi hendak memastikan rakyat yang tidak bernasib baik terbela.Katanya UMNO adalah JUARA RAKYAT.
(Sub_Halid@yahoo.com.my) By M69

Sunday 24 January 2010

Daulat TuanKu! Daulat TuanKu! Daulat TuanKU!.

DYMM Baginda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

"Saya, Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya. Saya bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan timbang rasa pada semua rakyat.
"Saya akan memelihara dan menghormati agama Islam, adat istiadat Melayu dan memegang teguh pada undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor dan Undang-Undang negeri," katanya. DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar. BY M69

Saturday 23 January 2010

Al-Fatihah..Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Sultan Johor,Sultan berjiwa rakyat, Sultan Kasihkan rakyat. Sultan kasihkan Tanah Air, Sultan kebanggaan Rakyat JOHOR, DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat malam ini(22.01.10) selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
INGATLAH! INGATLAH! INGATLAH! Pulau Batu Putih Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik/Singapura/Temasek , sebaliknya hak kerajaan Johor.

“Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia. Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda....
Semuga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atasNya.Al-Fatihah. ByM69

Friday 22 January 2010

Jalan MAUT....

Lorong Satay Pt Raja 16.01.2010 ...Maut
Taman UPC ayer Hitam..Maut
Jejatas Sabak Uni
SABAN hari. Siang dan Malam jalan Batu Pahat Kluang tidak akan lekang dari tragedi kemalangan. Majoriti yang terlibat adalah Melayu. Mengapa, sebab kita telah alpa dan di alpakan dalam projek pelebaran Jalan 4 lorong ala lebuh raya. Mana janji SAMY VEllu semasa datang Ke UTHM pada tahun 200* pada perasmian Pesta Ponggal UTHM, Beliau berkata dan berjajnji untuk membina Pembahagi Jalan/'Divider' sepanjang Jalan Kluang Batu Pahat dengan kadar segera, TAPI sehingga beliau tidak lagi menjadi MENTERI, apa yang diucapkan tidak pernah terlaksana dan ramai telah MAUT di jalan ini. Wahai anak bangsa Ku berhati-hatilah di jalan Raya ini. By M69

Ziarah Kasih Di Seri Sentosa

Adik Mohd Herauzhan bin Abd Jalil berumur 8 tahun
Bersama Ibu dan S/U Umno Bhg Ayer Hitam.
Adik Mohd Herauzhan bin Abd Jalil berumur 8 tahun bermastautin di Kampung Parit Khalil ( Seri Sentosa ) terpaksa tinggal dirumah sahaja kerana tubuh badannya tidak berupaya seperti mana kawan-kawannya yang lain. Mengidap demam panas semasa kecil menyebabkan tubuhnya tidak berupaya bergerak secara normal. Baru-baru ini rombongan dari UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai oleh En Abdull Halid Saat ( S/u UMNO Bhg Ayer Hitam ) menziarahi adik Mohd Herauzhan dan meninjau keadaanya yang tinggal bersama ibu dan neneknya. Menurut Sdr Abd Rashid Hamid (S/u Biro Kebajikan), Adik Mohd Herauzhan telah mendapat bantuan sara hidup secara berkala dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan slogan "tradisi membela rakyat"UMNO Bhg Ayer Hitam. (sumber S/U Halid Saat) By m69

Ziarah Kasih Terus Subur UMNO Bhg Ayer Hitam

Pasukan Ziarah Kasih UMNO Bhg Ayer HItam.
Zarah Kasih Di Kg TEMEHIL Y.P
Ayer Hitam 22 Jan- UMNO Bahagian Ayer Hitam terus menjalankan kerja memenuhi tanggung jawab social dengan menggerakkan aktiviti Ziarah Kasih yang ditunjangi oleh Biro Kebajikan. Terkini Biro Kebajikan telah berziarah ke Kg Temehil Yong Peng dan Taman UPC Ayer Hitam. Sebayak 22 rumah telah berjaya diziarahi yang terdiri dari keluarga miskin, orang kurang upaya dan wanga emas. Menurut Tuan Haji Ismail Khairon Pengerusi Biro Kebajikan iaitu pihaknya kan berziarah ke zon jalan Labis Yong Peng pada 24 jan 2010. Antara lokasi yang di lawati ialah Kg Hj Kamisan, Kg Ngamarto dan Ladang Chaah. Katanya lagi, UMNO bahagian Ayer Hitam sejak dahulu lagi memang prihatin dengan maslalah rakyat dan pasukannya berkerja dengan mengambil semangat juang pemimpin terdahulu khasnya Allayrham Tun Abd Razak sebagai Presiden UMNO dan Bapa Pembangunan Malaysia.(Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69

Thursday 21 January 2010

Siapa JUJUR? Gerai Medan Bahagia "ROBOH"

TAHUKAH Kita kronologi sebenar dan sinopsis Gerai Medan Bahagia Ayer Hitam. Adalah amat memilukan dan memalukan jika segala ungkapan yang dihujahkan tidak sepadan dengan pakaian dan ketayap yang di Sarungkan. Apakah BENAR ADUN SEMARANG YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, tidak membantu. BENARKAH? Siapa sebenarnya yang tidak mahu di Bantu? Siapa yang lebih sibuk..Datuk atau Bekas Penjaja Medan Bahagia. Rujuklah surat dari wakil Penjaja dan Peniaga Medan Bahagia, buat penilaian...
"Apa yang menyedihkan, wakil rakyat DUN Semarang seolah-olahnya tidak sedar bahawa beliau adalah wakil rakyat yang mana tugasnya adalah untuk mewakili rakyat namun apa yang berlaku ADUN tersebut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ditambah lagi, ADUN tersebut memberitahu kepada para penjaja bahawa beliau takut untuk menangani isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatannya. Justeru saya mencabar beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan memberi ruang kepada orang lain yang lebih bersedia untuk mewakili kepentingan rakyat" ungkapan dan ayat ini di petik dari http://minda-kembara.com dan http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1349.
Saudara yang berkata demikian saya sarankan datanglah berjumpa secara bersemuka dengan YB Datuk Samsol, untuk mendapat gambaran sebenar.Apakah budaya Melayu setakat gertak dan mencabar sesama Bangsa? Mengapa Sauadara tidak merujuk,bertanya, Wakil Parlimen AYER HITAM, apakah usaha dan peranan Beliau dalam membantu ISU ini. Mengapa Saudara tidak bertanya? Mengapa mesti Dun Semarang yang menjadi sasaran 100%. Lagi memilukan umat Islam "Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami telah mengadakan solat hajat di atas jalan raya di hadapan gerai tersebut kerana hanya pada Allah sahaja yang dapat diserahkan segalanya" Apakah perbuatan yang dilakukan ini akan meningkatkan IMEJ ISLAM dan MELAYU, Adakah mereka sedar bahawa perbuatan mereka menjadi bahan ejekan dan cemuhan dan ada diantaranya tanpa wuduk pun turut serta sembahyang, besar sungguhkah bencana tersebut.Akurlah pada peraturan kehidupan dan Undang-undang. Segala musibah ini tidak akan berlaku jika kita semua akur pada peraturan dan undang-undang. ByM69

Sunday 17 January 2010

Medan Bahagia Ayer Hitam VS BB Ayer Hitam.

Beberapa kekeliruan timbul sejak terlaksananya PROJEK BB Ayer Hitam dan para Peniaga Medan Bahagia Ayer Hitam. Segala kemelut ini dapat diselesaikan dengan kemaufakatan dan akal fikiran yang waras tanpa menuduh pihak-pihak tertentu kurang adil dan tiada membantu, Saya telah mendapat penerangan yang jelas tentang isue ini. Berikut adalah sebahagian butiran yang di terima, fikirlah dengan rasional dan penuh kesabaran. UMNO Jelas Juara Rakyat bukan seperti sesetengah pihak hanya "Juara Orak Arik"
Berikut ulasan Datuk Samsol Bari Bin Jamali. Adun Semarang.
"Kita tidak boleh memperjuangkan sesuatu dgn mewujudkan konflik, apatah lagi apabila apa yang kita perjuangkan itu memerlukan kerjasama, pertimbangan dan simpati serta budi bicara pelbagai pihak"
"kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain, jika apa yg kita mahukan tidak tercapai sedangkan peraturan tidak dipatuhi dgn sempurna"
"Ada perkara yg kita mohon hanya memerlukan kelayakan dan syarat mudah, tetapi adakalanya kita hanya memerlukan simpati dan budi bicara sesetengah pihak"
"Permohonan Syarikat Tenaga Profesional pada 2006 untuk mengambil alih Gerai dan pengurusan Gerai dan arahan pindah ke LOT 12&14 pada 2006/2007 tidak di patuhi oleh Para Peniaga"dan "Pihak Syarikat juga tidak menepati perjanjian yang dipersetujui"
"Saudara-saudara rujuklah surat di atas dan buat lah penilaian yang sewajarnya siapa saya dan siapa peniaga"
"Saya di MAKI Pemaju dan Saya di Maki Peniaga, mana satu pihak yang saya bantu dan sokong? Pemaju tuduh saya di pihak Peniaga sementara Peniaga tuduh saya di pihak Pemaju.....kewajaran saya, saya ingin membantu semua pihak mengikut lunas dan undang-undang yang tertera dgn ikhlas dan jujur" DSBJ.Post BY 69.
Saya juga mendapat satu salinan tentang KRONOLOGI Pemindahan Gerai, boleh lah rujuk pada saya dan boleh saya e-mail untuk lebih jelas dan telus dari M69.
Cerita lanjut link http://umnocahayaputera.blogspot.com/

Saturday 16 January 2010

Bulan Gerhana. Anak Derhaka, Islam ?


Aneh! FENOMENA Alam ini.
Bulan telah kerap berani dan hilang kesopanan apabila sering meghalang Matahari dan akibatnya GERHANA. Apakah kesan gerhana pada Alam ini. Terlalu banyak samada jangka panjang atau pendek, ianya juga akan turut mempengaruhi emosi manusia di alam ini, persekitaran kehidupan tumbuhan dan haiwan.Demi kesinambungan orbitNYa, Bulan terpaksa melintas dihadapan Matahari, itulah nikmat kebesaran ALLAH S.W.T. Dan apabila ANAK LELAKI telah mulai berani membuang bapa akibatnya DERHAKA lah gerak gerinya, kesangsaraan dan kebejatan soSIAL akan menanti dalam diri dan masyarakat sekitar."seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini , sanggup jadi seorang dayus dan membuang Bapa yang telah banyak berkorban demi orang lain. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut" DANapabila ada ISLAM menggadaikan Nama ALLAH untuk orang lain akibatnya NERAKA menantinya. Kecelaruan dan kekufuran akan berleluasa dikalangan anak anak muslim. melayu. Mari kita rujuk ayat ini" Seorang anak lelaki/Parti Politik XXX tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya/Agamanya. Sayang kan bini/Parti $$$ punya pasal, sanggup jadi seorang DAYUS. ...sila tukar sendiri ayat seterusnya...Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut," BEGITULAH JUGA...demi kepentingan POLITIK mereka sanggup berbuat apa sahaja...kalau Islam sanggup dipermainkan..apatah lagi Negara, Bangsa, Bapa...Ibu isteri anak..." Fikirlah wahai anak bangsa Ku.Bangunlah wahai umat Islam, Melayu dan UMNO dan berjuanglah dengan apa yang termampu oleh kita. Jangan sampai anak-anak kita menghadiahkan salib dan kitab ajaran Kristian baru kita sedar. Jangan kita meritih apabila jenazah anak kita dikebumikan diperkuburan Kristian kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur. Jangan slahkan sesiapa. ByM69

Thursday 14 January 2010

Kaedah Sembahyang Sunat Gerhana Matahari SEPARA..

Pada 15 Januari 2010, Malaysia akan menikmati satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana matahari..
Kali ini Malaysia akan menikmati gerhana matahari separa, dimana matahari akan ditutup oleh bulan sebanyak 43% sahaja.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari.. ini membuatkan kawasan bumi yang mengalami siang akan mengalami gerhana kerana bulan telah menghalang atau melintasi depan matahari, sesetengah kawasan akan mengalami gerhana separa dan sesetengah lagi akan mengalami gerhana penuh..
Gerhana kali ini akan berlaku pada hari jumaat kira-kira jam 3 petang hingga 5.37 petang. Gerhana kali ini digelar sebagai "Annular" atau "gerhana cincin"...Hal ini kerana bulan lebih kecil sedikit berbanding matahari, apabila bulan melintasi depan matahari secara fasa annularity, matahari akan membentuk seolah-olah sebentuk cincin.
Kita berdoa agar kita semua akan sentiasa dirahmati ALLAH. Marilah kita sembahyang Sunat/Solat Gerhana Matahari : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana matahari. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.Waktu melakukan solat gerhana matahari ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga matahari nampak sempurna kembali.

Cara melakukannya

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana matahari itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana matahari tidak dinyaringkan, ini brbeza dengan solat gerhana bulan dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang. AMIN ByM69.

Saturday 9 January 2010

UMNO JUARA RAKYAT.


"20 Tahun, Pandang-pandang HIDUP (Pandangan Hidup).
40 Tahun, Pegangan HIDUP.
60 Tahun Perjuangan HIDUP.
70 Tahun, Kenangan HIDUP".
Jadikanlah UMNO ini sentiasa MUDA.
DSN.09.01.2010 11.50am. ByM69.

HUBAYA-Hubaya jangan TUDUH Melayu, ISLAM dan UMNO....


Aku ingin memberi peringatan kepada semua pencetus HURU HARA di Tanah Melayu ini. Jangan menuduh melulu tentang Insiden Gereja Terbakar dan menuding jari pada arah MELAYU atau ISLAM atau UMNO. Arah hala mesti dituju dahulu pada pencetus dan pencabar utama Kalimah ALLAH. Kemungkinan BESAR ada di antara penduduk Tanah Melayu yang tidak berterima Kasih tinggal di sini mengambil kesempatan atas KELOMPANGAN/LOPEHOLE untuk menangguk di air yang telah di keruhkan untuk kepentingan tersendiri. Jika ini berlaku nampaknya agenda untuk menghapuskan Melayu, UMNO dan Islam akan berjaya. Jangan lupa diwaktu kekecohan ini yang sentiasa kecoh..kecoh..kecoh..ini cHIN pING akan kembali dan berkuasa. DAHULU semasa UMNO memerintah selangor...AMAN tapi lihat sekarang..banyak onak dan onarnya. Jangan samapai mencucuk mata dan jadi PUTIH. RUJUK injin JET, siapa orang yang ditangkap, siapa Pembeli dan Taukew utamanya.(KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007) Semua tuduh Melayu dan Islam...tapi uh!Siapa Sarjana ITU dan Siapa Pulak orang Awam itu rujuk COLOR kita akan tahu nama dan BinNYA.. Jadikan lah seperti SingaPURA..tidak mudah percaya pada rakyatnya yang bukan seCOLOR denganNYA. BYm69.

Friday 8 January 2010

BERSATU Membela Gereja.......

Pencerobohan Masjid Babri dan Pemusnahannya.....
"Setelah lama melihat politik pertentangan, kita dapat melihat sekurang-kurang kesemua pemimpin politik setuju dalam hal ini: Perbuatan membakar gereja di Kuala Lumpur adalah satu perbuatan bodoh. Saya berharap ia bukanlah perbuatan orang Islam kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan hal sedemikian".

"Apa pun kita tunggulah siasatan polis dan memandangkan perbuatan ini bukan saja mencemarkan nama negara tetapi juga Islam itu sendiri (akibat perbuatan orang Islam yang menuding jari kepada sesama sendiri), maka saya berharap polis dapat merungkai persoalan ini dengan segera".

Adakah ini satu amalan penjajah, PECAH DAN PERINTAH.

Indahnya Alam Malaysia(Tanah Melayu) ini. Bila nama Allah dan Islam ingin di PROVOKasi, bermacam perpecahan berlaku, tiada suara bersatu. Mereka dari kelompok BN pun sunyi sepi dan amat TAKUT untuk bersuara untuk sesama membantu rakan dalam BN. Tiada siapa sudi membantu dan malahan beberapa kecaman dilemparkan. TETAPI anehnya bila gereja tERbakar "kesemua pemimpin politik setuju dalam hal ini: Perbuatan membakar gereja di Kuala Lumpur adalah satu perbuatan bodoh". Boleh pula bersatu? Jelaslah sudah, kalau Islam, Melayu dan UMNO, mereka tidak akan bersatu untuk menunjukan setiakawan, malahan kita pula yang perlu bertoleransi dan berlembut, menyembah dan membuat perundingan. Sampai bila perkara seperti ini akan terus berlanjutan. Biarlah MELAYU BERSATU untuk anak cucu kita. Kasihanilah mereka.
By69.

Thursday 7 January 2010

Mengapa ALLAH?


Kita semua sedia maklum bahawa Allah SWT, mempunyai 99 nama lain (Rujuk Asmaul Husna)."Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." Surah Al-A'raf, ayat 180.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar-Ra'd, ayat 28.

Demikianlah...kalau benar ikhlas, mengapa guna kan nama ALLAH..kenapa tidak pilih yang lain. Ikhlaskah, jujurkah, setiakah. Kami juga ada perasaan dan emosi yang perlu sama dijagai. Janganlah sentiasa ugut untuk membawa kami ke Mahkamah..kami juga ada mahkamah lebih hebat lagi. Jangan anggap lembut kami ini TAKUT, LEMAH, LAYU. Berpada-padalah...ALLAHUAKHBAR. By M69

Wednesday 6 January 2010

Lupa SEJARAH. Tawarikh. Tarikh..


Cuba perhatikan diwaktu ini, siapakah jenis orangnya yang tidak suka belajar Sejarah. Saya cadangkan agar pihak-pihak yang selalu LUPA SEJARAH, pihak yang berkaitan Pendidikan, NGO yang sering mempertikaikan Hak KeTuanan Melayu, Yang mencadang, menyokong Kepulangan Komunis, pergi ke Sekolah-sekolah dan buat statistik berapa ramai pelajar yang tidak hadir dalam peperiksaan SPM untuk matapelajaran SEJARAH, kelompok kan mengikut RAS. Buat Conclusion dan penambahbaikan. Justru genarasi yang akan datang tidak lupa SEJARAH, saling HORMAT dan Menghormati hak orang lain dan sedar tentang diri dan berterima kasih Tinggal di Bumi Tanah Melayu ini. Malukah belajar sejarah atau Sejarah Tanah Melayu tidak menguntungkan dan tiada nilai komersial atau sengaja tidak mahu, takut memalukan diri sendiri dan cuba untuk mengubah fakta sejarah. Turun padanglah perhatikan para pelajar yang tidak sudi hadir pepriksaan SPM untuk matapelajaran sejarah. Siapa orangnya, jangan bila menguntungkan dan ada untung, baru sebut SATU MALAYSIA, bila sudah senang GOOD BY MALAYSIA. Lihatlah SEJARAH, kalau tak mahu mengingat sejarah kenapa ada orang tuntut Pulau Batu Putih..Wahai anak bangsaKu..bangkitlah, cukup hanya Pulau Batu Putih dan jangan sampai mata kita PUTIH!. Jangan hanya ingat Sejarah Pejuangan Chin Ping, ingatlah Sejarah Bukit Kepong,,siapa yang mati, siapa yang rentung dan siapa untung mendapat tanah di Kampung-kampung Baru...Catatan ikhlas M69.

Sengaja TIDAK Faham...atau Mencabar Kami?..


Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.
Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.

Bagi saya secara rasionalnya Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama tersebut?
Apa kehendak dan AgendaNYA..Pastinya ada TENTATIF PROGRAM yang terselindung. JANGAN JUAL INJIN JET!.............(Bahan rujukan dan sumber http://ipohmalay.blogspot.com/) Bym69.

Tuesday 5 January 2010

Kalimah "ALLAH", Liaht SIAPA SebenarNya meREKA?

Hakim Lau Bee Lan Pakiam Lihat Siapa Mereka....
Rupa-rupanya ramai bangsa kita (Melayu) yang tidak tahu akan isu ini, dan tak faham kesan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Mereka tidak membaca berita, tidak mendengar berita atau menonton berita tv,tak ambil tahu. Ini lah masalah anak-anak Melayu hari ini yang hanya tahu senang, bergembira, sms sana sini, joli sana sini tapi tak ambil tahu masalah negara. Yang Dewasa dengan mudah dan selamba..menuding jari Pada UMNO dan itu bukan salah mereka, itu kesilapan dan kelemahan UMNO. Adakah di LUar UMNO itu sentiasa betul, jujur. ikhlas....????
Lihatlah sebenarnya siapa disebalik ISUE ini. Telitilah dan insaflah wahai anak-anak bangsa dan Agama IslamKU.
Jika kita LIHAT Dalam majlis peguam pun Melayu tidak ramai dalam Jawatankuasanya. Jika ada Melayu pun mereka tiada suara dan tidak berupaya lansung membela kes-kes yang bersabit dengan syiar Islam.Ramai dalam AJK majlis tersebut adalah orang kuat dalam PKR dan lain-lain parti pembangkang.

Perlembagaan persekutuan juga dilihat ada lopehole dan kaum lain mengkaji setiap baris yang ada dan lompang yang ada akan diisi dengan agenda mereka. Ke Mana pergi kita Melayu pada 2020 adakah kita kita hanya akan dapat kedua-duanya kosong. Politik. Ekonomi. Agama..adakah semua kosong...LOPEHOLE.....
LIHATLAH siapa mereka..siapa mereka..siapa mereka. BYm69.

Comment 01.
"Apabila kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu...maka kita akan terus bangga dgn apa yg kita tahu walau pun ianya salah... " DSBJ 5.01.2010

Monday 4 January 2010

Bunyie LOCENG..

Loceng telah berbunyie...bagaiman bunyie Nya... kli*# Kli*#..Kli*#Kl*#* ..Kl*#***...jangan lah kita leka mendengar bunyinya. Semuanya bunyieNya tidak memihak kepada kita Orang Melayu Dan Orang Islam.
Lihat siapa pembawa loceng..bergitulah bunyieNya. Jika kedengaran Loceng..itu bukan loceng ICE CREAM..tapi loceng menyeru mambang dan segala kuncu-kuncu mambang untuk menumbangkan KITA. ByM69.

REGU JAJAI BERI TENTANGAN HEBAT

Aksi Regu JAJAI....Lipat maut.
Pt Hj Siraj 3 Jan 2010 – Pertandingan GP sepak takraw di kampung Parit Siraj menjadi meriah apabila regu sepak takraw junior memberi tentangan hebat kepada regu senior yang jauh lebih matang dan berpengalaman. Pasangan Mohd jajai ( tekong ) Mohd Razi ( feeder ) dan Mohd Nik ( killer ) meraih tempat naib juara di pertandingan sirkit ketiga GP sepak takraw yang di anjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Ayer Hitam bersama Pemuda UMNO Cawangan Pt. Hj Siraj. Walau pun tewas kepada regu senior Haziq, Din dan Johar, regu Jajai telah memaparkan skill yang menarik dan penuh bergaya. Sementara itu regu veteran juga mampu mencuit hati para peminat sepak takraw bila mampu melangkah ke separuh akhir dan menyandang tempat ke empat. Regu Abang Zali, Baharudin dan Jalal sepan dilihat masih bertenaga dan mampu meneruskan perjuangan menyemarakkan sukan sepak takraw di kawasan Ayer Hitam. Pertandingan ditutup dengan upacara penyampaian hadiah-hadiah oleh Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama Ketua UMNO Cawangan dan Ketua kampung.(Sumber oleh sub_halid)ByM69

Sunday 3 January 2010


KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP ByM69

Saturday 2 January 2010

ALLAH Peliharakan SULTAN


Allah peliharakan Sultan.
Anugerahkan dia segala kehormatan.
sihat dan ria
kekal dan makmur
.....
Lagu Bangsa JOHOR
Risik dan perhatikan wahai rakan taulanKu, apabila lagu ini dinyanyikan di satu perhimpunan dan tediri dari pelbagai etnik dan kepercayaan. Perhatikan pada permulaan sebutan..ramai (JUGA) yang tidak sudi menyebutnya kerana sebutannya mungkin ALLAH dan ada unsur Islam dan tidak bergitu selesa dan tidak SUKA. Tetapi selepas ISUE ******* mungkin ramai yang akan menyebutnya dengan lebih KUAT dengan pelbagai tafsiran dan agenda tersendiri. Semuga ianya tidak mempersendakan agama islam yang suci dan nama ALLAH S.W.T. Biarlah kita semua selamat di dunia dan akhirat dan tidak CELAKO?.....
DAULAT TUAN KU.
By M69

KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH SWT.


Apakah?..kata mereka jika Kalimah ALLAH diserapkan namaNya dan mesti d gunakan kepada Tuhan Hindu, Buddha dan lainnya dan dicadangkan oleh orang MELAYU, UMNO. atau lainnya. Anda boleh fikir dengan waras..sudahg pasti kita semua akan di heret ke Mahkamah dan mendapat tentangan yang hebat, tetapi apabila Nama ALLAH ini di utarakan oleh orang lain bukan kelompok MElayu UMNO...???????????....
Apa kata kalau RUKUN NEGARA di ubah seperti yang di cadangkan dalam berita TV3, saya ingin juga lihat apakah respon mereka. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH SWT..

Don't?


"Semua tentang keistimewaan kaum Melayu mereka bangkitkan dan sekarang semua tentang agama Islam sebagai agama rasmi kita pun mereka bangkitkan mereka ini sudah bermain api dari itu bersatu dan bertindak dengan sebijak mungkin wahai Melayu Islam"

Lihatlah..apa kata mEREKA. Adakah kita Melayu UMNO Islam di pihak yang sentisa dipersalahkan....

Blog ini berkata"15. Insyaallah , bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama . Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan UMNO dan BN yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes - kes yang mempersendakan Islam dan ummatnya"http://episodeperjuangan.blogspot.com/.

AKU kasihan dengan penulis BLOG ini, Kalau salah tunjukkan kebenaran dan "berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama" tapi kenapa lain bunyinya bila dengan Bangsa seagama dan serumpun. Mengapa bergitu hormat pada orang lain dan sanggup berdialog tapi mengapa benci sangat pada UMNO dan Melayu yang beragama Islam. Dan sentiasa dalam persimpangan yang SALAH. Apakah selama ini ini UMNO dan Melayu sentiasa Salah..
Wahai anak BangsaKu bersatulah kita agar kita tidak terus dipersendakan. ByM69

138 PELAJAR CEMERLANG UPSR DIRAIKAN. UMNO Bhg Ayer Hitam

SK SERI DANDAN PENCAPAIAN TERBAIK UPSR2009
SK SABAK UNI
SK YONG PENG
SJKC.
Ayer Hitam 1 JAN 2010 – UMNO Bahagian Ayer Hitam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Batu Pahat memberikan pengiktirafan kepada 138 pelajar cemerlang apabila mereka diraikan dalam satu majlis penganugerahan pelajar cemerlang UPSR yang diadakan pada 28 Disember 2009 yang lalu bertempat di dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. Kesemua mereka mencapai keputusan 5A yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan, SJK ( Cina ) dan SJK ( Tamil ). Penyampain anugerah ini di sempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam yang juga ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang juga menjadi lambang kepada kejayaan sekolah dan ibu bapa. Dimajlis tersebut di umumkan sekolah terbaik dalam Bahagian Ayer Hitam iaitu SK Seri Bandan dan mendapat peruntukan RM 2500.00 dari Yang Berhormat untuk keselesaan bilik guru. Majlis yang ringkas tapi bermakna ini di hadiri juga wakil Rasmi dari PPD ( Encik Azman ), guru-guru besar, pemimpin PIBG, ibu bapa serta pemimpin masyarakat.(Sumber oleh sub_halid)ByM69