Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 25 August 2009

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52


Ayer Hitam 24 Ogos - JPMM DUN Semarang bersama UMNO Bahagian Ayer Hitam akan mengajurkan majlis bacaan tahlil dan doa selamat sempena menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke 52
Tarikh :30 Ogos 2009
Tempat : Masjid Sabak Uni Mukim 8 Parit Raja Batu Pahat.
Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang.
Program Majlis : Bacaan tahlil dan dituruti oleh doa selamat, tazkirah, ucapan pemimpin dan seterusnya berbuka puasa serta solat magrib.
Sebelum itu pada sebelah paginya, Pergerakan Wanita UMNO Zon Sabak Uni akan mengadakan majlis tadarus Al-Quran dan dituruti oleh jemaah masjid Sabak Uni dengan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada waktu asar. Majlis ini akan dihadiri oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang serta pemimpin masyarakat di seluruh Parlimen Ayer Hitam. Tuan / puan dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini. “Semoga Malaysia terus aman, damai dan makmur di bawah pimpinan yang ada sekarang. Marilah kita bersyukur dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT atas nikmat yang kita kecapi selama ini” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi di pejabatnya.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

0 comments: