Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 30 August 2009

Kg PT SEMO. Patriotik Tulin....By M/Ga Plex






30.08.09 Ahad. Ayer Hitam. Kampung Pt Semo menjadi teladan dan contoh untuk kita semua, penduduk dan masyarakatnya yang guyup bersemangat PATRIOTIK. Lihat sahaja pada kain rentang, bendera dan daya kreativitinya menjelang 52 tahun kemerdekaan. Tanpa ada ganjaran, pertandingan dan seruan dari pihat tertentu, masyarakatnya tetap dengan semangatnya mengibarkan jalur gemilang. Pasti niatnya IKHLAS. Janganlah setakat untuk pertandingan sahaja baru ada sepanduk dan kain rentang berjela-jela. Sedih dalam pemerhatian saya,terdapat kampung yang langsung tiada sejalur pun jalur Gemilang di kibarkan. Apakah perlu subsidi untuk mengibarkan jalur gemilang....
TAHNIAH PT SEMO Dunia Melihat anda.

Bubur Lambuk Masjid Sabak Uni,



30.08.09 Sabak Uni. Sepanjang Bulan Ramadhan, setiap hari Ahad mulai jam 9.00 beberapa ahli qariah Masjid telah mulai menyediakan bahan bubur lambuk dan seterusnya memasak dijangka siap jam 1.30 ptg dan akan disgih-agihkan kepada para jemaah dan penduduk sekitar selepas solat Zuhur dan Asar. Jemputlah..sama menikmatinya. By Ga Plex/M69

Tingkatkan kualiti bacaan…… saranan Cikgu Mus @ Mohsin bin Ibrahim



Tingkatkan kualiti bacaan……Sabak Uni 29 Ogos - Semua ahli masyarakat di Sabak Uni diseru supaya membudayakan Al Quraan pada sepanjang masa dan bukan pada bulan Ramadan sahaja. Disamping itu iltizam meningkatkan kualiti bacaan mesti diterjemahkan dengan belajar secara berterusan dan berguru. Demikian saranan Cikgu Mus @ Mohsin bin Ibrahim Pengerusi Masjid Sabak Uni ketika menyampaikan ucapan di majlis penutup Tadarus Dan Khatam Al Quran anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Zon Sabak Uni di Masjid Sabak Uni. Sementara itu Puan Hjh Rahemah binti Idris Ketua Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam berkata, beliau menyambut baik saranan Cikgu Mus dan pada program tadarus wanita seterusnya akan dipastikan ada penglibatan seorang guru Al-Quran bagi setiap kumpulan yang memaca dengan menggunakan teknik baca dan semak.”Janganlah kita berkecil hati jika ditegur kerana teguran itu menjadikan kita lebih berkualiti dalam pembelajaran” katanya lagi ketika menutup rasmi program tersebut. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Parlimen Ayer Hitam menjemput semua wanita di Bahagian Ayer Hitam hadir bertadarus di Masjid Ayer Hitam pada 6 September bermula jam 8.30 pagi.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

Friday 28 August 2009

ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52..MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!



Demi darah dan airmata PAHLAWAN MELAYU yang telah gugur mempertahankan negara…..

Pertahankan kemerdekaan TANAH MELAYU! TANAH INI TANAH MELAYU!!!

Pertahanan hak dan keistimewaan pribumi ORANG MELAYU!(http://pembelamelayu2009.wordpress.com/)By M69

Program Tahlil,Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Kg OLAK BATU

Kampung Olak Batu 28 Ogos 2009,Jumaat - UMNO Cawangan Olak Batu bersama Masjid dan Surau Kampung Olak Batu,akan menganjurkan Majlis Bacaan Tahlil,Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Ogos 2009 / Isnin
Tempat : Masjid Jamek Kampung Olak Batu
Majlis : 6.00 petang

Sebelum itu,pada sebelah pagi Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Olak Batu dan Masjid dan Surau Kampung Olak Batu mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk dan akan mengagihkan kepada semua penduduk Kampung Olak Batu dan menghantar ke Rumah Anak-Anak Yatim di Batu Pahat.

( Sumber oleh Ejat )By M69

Thursday 27 August 2009

Siapakah yang suka mencetuskan SENTIMEN PERKAUMAN? UMNO kah atau SIAPA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Puteri tidak faham, kenapa UMNO pula yang disalahkan atas kekalahan di dalam Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir? Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ni kata, UMNO mesti hentikan mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan menerusi media iaitu Utusan Malaysia .. apa kejadah nya pulak.. dia kata ia membuatkan rakyat jijik di kalangan rakyat.. MCA sendiri memainkan peranan dan menggerakkan jenteranya dengan semaksimum mungkin kah?? berjayakah MCA menarik kembali sokongan pengundi Cina terhadap BN?? Jangan la nak menuding jari sesuka hati..sebaik-baiknya renung sendiri peranan masing-masing as parti komponen di dalam BN..UMNO merupakan teras utama dalam Barisan Nasional..Jangan nak berdolak-dalik la.. semua parti memperjuangkan bangsa masing-masing..Kawan-kawan tolong teliti kenyataan di BLOG GENERASI WANITA PRIHATN(Link dari Blog ini) yang saya petik dari http://merdekareview.com

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng membidas Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman, sehingga menimbulkan rasa jijik di kalangan rakyat. Chiew menggesa agar semua parti komponen melihat ini sebagai "loceng amaran" kepada BN, dan menuntut agar UMNO berhenti mengapi-apikan sentimen perkauman.

Pemuda MCA Wilayah:
Jangan gali kubur sendiri
(Di petik dari Blog Generasi Wanita Prihatin/PU3 UBAH)

AJEY..Syabas dan tahniah di atas keberanian TUAN PU3.Saya menyokong pendapat PU3 UBAH,kita tidak buta mata dan hati seperti mereka yang berkepentingan, menyokong bila ada untung, menentang kalau tiada peluang, Manusia jenis seperti ini tidak perlu disokong dan dijadikan kawan seperti gunting dalam lipatan. Kesimpulannya kita tahu hati budi mereka,bukan dari saat ini malahan dari sebelum merdeka lagi kita semua sudah tahu.
Saya masih luka di hati hingga saat ini bila Datuk Hisammudin THO dipaksa memohon maaf kerana menjulang KRIS.(Mungkin berjuta lagi di luar sana)
Ingatlah....
Saya menggesa agar semua ORANG MELAYU melihat ini sebagai "loceng amaran" kepada MELAYU,JAWA, BANJAR,BUMIPUTERA dan menuntut agar JANGAN HINA UMNO DAN BERTERIMA KASIH KERANA MEMBERI LALUAN KEWARGANEGARAAN DAN TINGGAL SAMA RATA DI TANAH MELAYU INI berhenti mengapi-apikan sentimen KAMI. Oleh itu sedarlah kita wahai anak Melayu...

Zaman Jepun ada yang terpaksa gali kubur sendiri.By M69/Ga-Plex

Wednesday 26 August 2009

29 Masjid, 80 Surau dapat bahan moreh. UMNO BHG AYER HITAM


Ayer Hitam 24 Ogos – Ahli Parlimen Ayer Hitam dengan kerjasama penggerak masjid dan surau telah menagih-agihkan bahan moreh untuk masjid dan surau dalam kawasan DUN Semarang dan DUN Yong Peng pada 1 Ramadan yang lalu di surau Parit Surau Darat Mk 8 Batu Pahat. Majlis ringkas penyampaian bahan moreh itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam bersama Tuan Hj Mohd Taib Hj Abd Malik Penyelaras Masjid/Surau Daerah Batu Pahat. Upacara agihan yang dihadiri oleh pengerusi dan imam masjid/surau dalam parlimen Ayer Hitam ini melibatkan 29 buah masjid dan 80 surau. Ustaz Mohd Taib bin Hj Abd Malik yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Ayer Hitam berkata, semua masjid dan surau diminta menggandakan aktiviti mereka sempena memuliakan bulan Ramadan al mubarak.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

YAYASAN BASMI KEMISKINAN BERKUNJUNG KE PARIT SIRAJ


Tuan Haji Bing Selamat sedang menyampaikan sumbangan YBK kepada penerima

Ayer Hitam 25 Ogos - Seramai 20 oarang fakir miskin / ibu tunggal dari kawasan kampung Parit Sonto berpeluang beramah mesra dengan pegawai dari Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) Selangor sempena lawatan mesra Yayasan tersebut ke Parit Siraj Ayer Hitam pada 17 Ogos 2009 yang lalu. Rombongan pegawai YBK yang diketuai Tuan Haji Bing Selamat sempat meluangkan masa bermesra dengan golongan tidak bernasib baik ini dan menyampaikan sumbangan khas untuk menyambut ramadan/hari raya 1430 hijrah. Menurut Ketua Kampung kawasan Pt. Sonto, Encik Sujot Merakom, semua penerima sumbangan ini terdiri dari empat kampung iaitu Kg. Hj Siraj, Kampung Salleh Khairon, Kampung Sonto dan kampung Pt. Semo.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

Tuesday 25 August 2009

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52


Ayer Hitam 24 Ogos - JPMM DUN Semarang bersama UMNO Bahagian Ayer Hitam akan mengajurkan majlis bacaan tahlil dan doa selamat sempena menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke 52
Tarikh :30 Ogos 2009
Tempat : Masjid Sabak Uni Mukim 8 Parit Raja Batu Pahat.
Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang.
Program Majlis : Bacaan tahlil dan dituruti oleh doa selamat, tazkirah, ucapan pemimpin dan seterusnya berbuka puasa serta solat magrib.
Sebelum itu pada sebelah paginya, Pergerakan Wanita UMNO Zon Sabak Uni akan mengadakan majlis tadarus Al-Quran dan dituruti oleh jemaah masjid Sabak Uni dengan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada waktu asar. Majlis ini akan dihadiri oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang serta pemimpin masyarakat di seluruh Parlimen Ayer Hitam. Tuan / puan dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini. “Semoga Malaysia terus aman, damai dan makmur di bawah pimpinan yang ada sekarang. Marilah kita bersyukur dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT atas nikmat yang kita kecapi selama ini” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi di pejabatnya.
(Sumber S/U UBAH Abdull Halid Saat) By M69

Monday 24 August 2009

The Lallang...


"Dulu susah nak tengok orang Cina bawa bendera PAS. Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin. Kita nak bawa politik baru dalam masyarakat," katanya sambil menambah, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng turut membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu dengan memberi bantuan kepada SAR.
AJK PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata.Sumber Malaysiakini.

Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin.,ya..saya setuju pendapat AJK PKR uersebut, bagaimana rakan pembaca dari UBAH,
Dulu mereka takut nak hina Islam, tapi sekarang mereka sudah yakin untuk menghina Islam, nak bawa politik baru dalam masyarakat, politik menghina bangsa dan agama dalam masyarakat , adakah bergitu,seperti pendapat saya.
Ingatlah anak bangsaKu, Sayangi Agama, Sayangi Bangsa, Sayangi UMNO.
Ingatlah ungkapan ini.
Untung sekarung, rugi seguni.
Untung se Kampung, rugi se Negeri.
By M.69

Isu Arak dan Pemimpin UMNO tak Boleh Dipisahkan???....Nurrie78


Assalamualaikum, selamat berpuasa kepada rakan-rakan.. sekadar berkongsi isu yang diutarakan oleh Bloggers PAS.. bagaimana nak menjawab isu ini(Sumber : http://passembrong.blogspot.com)Post by Nurrie78 Publish by M69

Adalah tidak wajar apa yang di utarakan oleh Blogger Pas Semberong. Apa bezanya orang yang bersekongkol, sekelambu dan berpadu tenaga untuk memfitnah agama dan bangsanya sendiri. Orang yang minum, membuat dan jutawan Arak itulah yang menjadi rakan karib P@$..., fikirlah sendiri.
"Banyak lagi pelaburan yang halal kenapa pilih juga yang HARAM!" itu ungkapan..(rujuk blog...smbrong)
"Banyak rakan kongsi politik yang memperjuangkan islam kenapa pilih yang suka memperjuangkan yang haram"
Rujuklah dahulu siapakah Majoriti ALP dan Majoriti Saham dalam syarikat tersebut.(Kirin Brewery of Japan) Janganlah kita mabuk hanya setakat melihat tin nya...sebenarnya mereka (*%$$*#p@$$) lebih mabuk dengan tindak tanduknya..dan pemegang saham majoriti untuk menjatuhkan bangsa dan agamanya sendiri. By M69.

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOBERA DUN SEMARANG

AHLI LEMBAGA KOBERA BERGAMBAR DENGAN YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG DAN KETUA KAMPUNG

AKTIVITI : MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOBERA DUN SEMARANG
TARIKH : 9 OGOS 2009
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN UMNO BAHAGIAN AYER HITAM

Sunday 23 August 2009

Aku anak Tanah Melayu?...

"Dulu susah nak tengok orang Cina bawa bendera PAS. Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin. Kita nak bawa politik baru dalam masyarakat," katanya sambil menambah, kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng turut membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu dengan memberi bantuan kepada SAR.AJK PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata.Malaysiakini.
strong>Mereka takut. Sekarang mereka sudah yakin., apakah yang tersirat...dulu takut Hina Islam,sekarang sudah yakin untuk hina Islam...bergitukah.... kalau kita perhatikan siapa yang menghormati siapa, sedarlah wahai anak muda MELAYU, kita teruskan perjuangan membela Agama dan Bangsa melalui UMNO, Hindarkan konsep untung sekarung rugi seguni. Untung sekampung rugi seNegeri.
By M. dulu kecik kecik makan Ga-Plex.

Saturday 22 August 2009

INGATLAH..UMNO dan Melayu..undimu menjamin kesejahteraan..By M

N Gobalakrishnan
"Tindakan Ahli Parlimen itu seakan-akan samseng apabila menyerang penjawat awam di pejabat kerajaan hanya kerana sesuatu isu yang boleh dibincangkan secara berhemah.

Iktibar dari peristiwa ini...jangan lah kita menghianati Agama dan Bangsa sendiri.Selama ini kita TIDAK pernah tonton ke BIADABan pemimpin UMNO. Inilah kalau Kadok dah naik junjung...ingatlah wahai anak muda KITA RUMPUN MELAYU. By M

Friday 21 August 2009

JANGAN SEDIAKAN PELUANG............................. YB Datuk Samsol Bari Jamali


19 Ogos Pt. Semarang - Sebanyak tiga puluh tiga pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS)berhimpun di Dewan Muafakat Semarang Parit Semarang Ayer Hitam untuk meraikan penubuhan rasmi SRS bagi kawasan kampung Semerik. Kawasan Kg. Semerik mengandung empat kampung rangkaian dan masing-masing menubuhkan SRS mereka sendiri iaitu SRS Kg. Pt. Semarang, SRS Kg. Pt. Hj Hamid, SRS Kg. Pt. Lapis Semarang dan SRS Kg. Pt. Kuari.Upacara perasmian penubuhan SRS ini disempurnakan oleh YB ADUN Semarang, Datuk Samsol bari Jamali dan dihadiri sama oleh DSP Ahmad Asmadi bin Muhamat Salim Wakil Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Chief Inspector Maimunah binti Sujak Pegawai Hal Ehwal Awam, Ketua Polis Balai Ayer Hitam Sarjan Mejar Zainudin bin Hashim serta pemimpim masyarakat di dalam Kawasan DUN Semarang.Upacara perasmian yang dihadiri oleh 400 anggota SRS ini telah bersetuju meningkatkan iltizam mereka khasnya untuk memantapkan khidmat bakti keselamatan ketika suasana menjelang bulan ramadan dan menyambut aidil fitri.Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Samsol Bari Jamali meminta orang ramai supaya jangan menyediakan peluang kepada sesiapa melakukan jenayah."Kecuaian, sikap tidak kisah dan tidak utamakan keselamatan adalah antara faktor yang menyediakan peluang kepada penjenayah" katanya ketika diminta mengulas gejala jenayah.Ketua Kampung Semerik, Encik Mohd Kamal Harun pula berkata pihaknya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa keselamatan untuk menjaga dan mengawal kawasan kampung supaya nikmat keamanan dan kedamaian ini dapat dikecap sentiasa.Sementara itu DSP Ahmad Asmadi bin Muhamat Salim berkata, pihaknya sentiasa memberikan kerjasama kepada pasukan SRS untuk menganjurkan kursus-kursus keselamatan bagi memberikan kefahaman kepada anggota SRS khususnya dari aspek undang-undang.(Sumber S/U UMNO Halid Saat) By Ga Plexs M

Puteri Yang Prihatin


Kebajikan merupakan salah satu aspek yang diberi tumpuan oleh UMNO Bahagian Ayer Hitam.Justeru, pada 10 Mei 2009 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama-sama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam telah mengadakan program Ziarah Kasih sempena ulang tahun UMNO pada 11 Mei. Sedikit sumbangan telah dihulurkan sebagai tanda ingatan dan salam ukhwah kepada mereka yang memerlukan. Ia telah menimbulkan seribu keinsafan kepada Pergerakan Puteri bahawa di sebalik pembangunan yang berlaku di P.148 Ayer Hitam, masih lagi terdapat golongan yang susah seperti Ibu Tunggal, Warga Tua dan yang menghadapi masalah kesihatan. Mereka memerlukan bantuan kita. Insaflah rakan-rakan Puteri bahawa jika kita berada dalam kesukaran, ada lagi orang lain yang lebih susah daripada kita.(Sumber Puteri UMNO Ayer Hitam/Nurrie78)By M

Wednesday 19 August 2009

AMALAN GOTONG ROYONG TETAP SEGAR


YB Datuk Samsol Bari Jamali sedang menyiapkan kerja mengecat sementara encik Mohd Fitri dari PPNJ membantu menyediakan bahan.

15 Ogos Pt. Surau -" Amalan berkerja sama dan dilahirkan dalam bentuk bergotong royong masih segar dalam masyarakat Melayu" kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kaw. Semarang ketika diminta mengulas kualiti amalan ini. Katanya lagi, amalan ini segar kerana iltizam kepimpinan yang berterusan supaya warisan ini terus kekal dari gegnerasi ke generasi. "Walau pun masyarakat hari ini dilanda cabaran kesibukan dan mengejar material, namun amalan ini tetap masih bertahan dan semakin subur dalam bentuk yang baru. Dulu kita bergotong royong menggunakan parang dan cangkul tetapi hari ini kita menggunakan pelbagai mesin yang memberikan banyak kemudahan kepada kerja kita" katanya di rumah encik Hanzah Jumak, Parit Surau Mk 8 Batu Pahat. Rumah encik Hamzah Jumak merupakan sebuah rumah yang terpilih untuk di baik pulih sempena projek perkongsian bijak JPMM DUN Semarang dengan Pejabat Pembangunan Negeri Johor ( PPNJ ) di Parit Surau Mukim 8 Batu Pahat.
(Sumber S/U UMNO Halid Saat) By Ga Plexs M

GURU IKUT TUNJUK KEMAHIRAN

Cikgu Rahemah Idris dari SK Kota Dalam sedang menunjukkan bakat memancing botol di upacara pelancaran kempen Jalur Gemilang di Taman Suria ayer Hitam baru-baru ini.

16 Ogos Ayer Hitam -Kumpulan elit Pendidk merupakan salah satu komuniti penting di DUN Semarang. mereka terlibat dalam masyarakat dan sekali gus menjadi pemangkin kepada kemajuan kampung. Khidmat bakti mereka tidak terbatas di sekolah sahaja malah menjalar ke peringkat akar umbi masyarakat khususnya di bidang pendidikan dan kemajuan masyarakat. kemahiran mereka dalam bidang "pengurusan acara" banyak membantu masyarakat menjadi aktif dan dinamik. " Guru beginilah yang rakyat dan kerajaan mahukan" kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan semarang ketika mengulas kegiatan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.(Sumber S/U UMNO Abdull Halid Saat)By Ga Plex/m

Tuesday 18 August 2009

Puteri Dan Palestine


Pada 29 Jan 2009 Pergerakan Puteri UMNO Bahg. Ayer Hitam bersama Biro Kebajikan UMNO Bahg. Ayer Hitam telah menjalankan program Kutipan Dana Kemanusiaan Palestin di Pasar-Pasar Malam di seluruh Parlimen Ayer Hitam. Terima kasih diucapkan kepada semua insan-insan mulia tanpa mengira kaum yang telah menghulurkan sumbangan. Sesungguhnya, rakyat Parlimen Ayer Hitam turut merasai penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kekejaman Rejim Zionis..(Sumber Ketua Puteri UMNO Ayer Hitam NI)By Ga Plex/m

Monday 17 August 2009

YB DSBJ LANCAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PKT DUN SEMARANG By Abdull Halid Saat



16 Ogos Tmn Suria Ayer Hitam
Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Taman Suria mengambil inisiatif berkerja sama dengan JPMM DUN Semarang menganjurkan kempen jalur gemilang bertempat di Gelanggang Terbuka Taman Suria Ayer Hitam. Banyak acara disediakan sempena kempen tersebut antara lain ialah sukan rakyat pelbagai kategori. Dikesempatan tersebut, YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang menyepurnakan upacara naik bendera dan seterusnya menlancarkan sambutan ini di peringkat DUN. Encik Ishak Abu Bakar Pengerusi KRT berkata,sambutan pada kali ini sangat bermakna kerana rakyat sedang menghayati slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."Semoga Malaysia terus maju dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak" katanya lagi. (Sumber S/U UMNO Halid Saat) By Ga Plexs M

Sunday 16 August 2009

Kreativiti Global


Anda tahu dan ingin tahu, di manakah Papan Tanda Gerbang yang menarik ini terletak.
Ianya terdapat di DUN SEMARANG. Tahniah kepada penduduk yang bersatu padu menjayakan projek ini. By Ga Plex/M

PPNJ Jayakan Program Semarak Merdeka ...........By Abdull Halid Saat

Pasukan Futsal Dun Semarang
Pengarah PPNJ memerhatikan YB Datuk Samsol Bari Jamali membetulkan kain pelekat sebelum sepak mula dilakukan
Pengarah PPNJ memberikan kata-kata semangat kepada anak buahnya

Parit Surau 15 Ogos 2009 – Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Johor berkunjung ke Kampung Parit Surau Mk. 8 Batu Pahat bagi menjayakan program Semarak Merdeka bersama warga DUN Semarang dan pendudk kampung Parit Surau. Program ini direka khas dengan pengisian yang boleh memberikan kesedaran kepada setiap peserta iaitu ‘kehidupan tetap diteruskan walaupun badai cabaran datang bersilih ganti’. “Dengan usia kemerdekaan ke 52 tahun rupa-rupanya masih ada saudara kita yang masih daif dan memerlukan bantuan” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang ketika ditemui semasa gotong royong Semarak Merdeka di sini. Program Semarak Merdeka ini dianjurkan secara bersama antara Pejabat Pembangunan Negeri Johor dan JPMM DUN Semarang serta kerjasama penduduk Kg. Parit Surau. Pengisian utama dalam program ini ialah gotong royong semarak merdeka, sukan rakyat, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan tarik tali. Peserta dari Pejabat Pembangunan Negeri Johor diketuai oleh Encik Mohd Hatta bin Nordin yang juga Pengarah PPNJ dan dibantu oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Tuan Haji Kamsani bin Sumadi. Pada majlis tersebut Tuan Pengarah PPNJ memberikan peruntukan untuk menaik taraf gelangang Pusat Rekreasi Parit Surau dan mengkaji semula keperluan untuk melebarkan jalan kampung khususnya menaik taraf bahu-bahu jalan yang sedia ada. Bagi acara sukan pihak PPNJ telah memenangi pertandingan futsal dan tarik tali sementara pertandingan bola jaring dimenangi oleh wanita Parit Surau. (Sumber Halid Saat) By Ga Plex / M

HAYATI KEHADIRAN RAMADAN.......................... Oleh Abdull Halid bin Saat


13 Ogos 2009 Ayer Hitam JPMM DUN Semarang bersama JASA Daerah Batu Pahat serta UMNO Bahagian Ayer Hitam akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak 1430 Hijrah. Forum yang menampilkan tiga penceramah ini akan di adakan
Pada 20 Ogos 2009
Jam 9.00 malam
Perkarangan Masjid Parit Seri Mendapat Mukim 7 Batu Pahat.
Pada kali ini JPMM DUN Semarang menampilkan dua orang penceramah utama iaitu Ustaz Mohd Said Sarjo dan Ustaz Kasbolah bin Kosni Pegawai Dakwah Pejabat Agama Batu Pahat. Menurut YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang, forum ini bertujuan khusus untuk masyarakat membuat persiapan rohaniah bagi menghadapi cabaran semasa berpuasa. Katanya lagi, panduan yang akan diberikan oleh penceramah sekiranya di hayati dan diamalkan secara istiqamah akan membentuk jiwa yang bersih dan dapat menghapuskan dosa. “Ada empat faktor yang dapat menjana kecemerlangan umat Islam iaitu kepatuhan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat, tabah dalam menghadapi ujian dan tekun dalam mengerjakan ibadah” kata beliau semasa ditemui di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Semarang di sini.(Sumber Halid Saat) By Ga Plex / M

Thursday 13 August 2009

Melayu..kau memang MULIA


Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November

1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang

(benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Tapi saya masih ingat..semasa saya menuntut di Penang Tahun 80an, bila seorang pensyarah mengatakan islam bukan agama rasmi..saya cuba bangun menjelaskan..namun secara sepontan rakan sekuliah dari kaum lain berpadu tenaga membela pensyarah tersebut sebab dari kaum yang sama..dan pensyarah tersebut hanya tersenyum sinis..hingga hari ini masih terasa sakitnya dalam hati ini...banyak iktibar saya dapati dari peristiwa tersebut. Itu hanya segelintir peristiwa..By Ga Plexs/M

Wasiat Untuk Melayu


TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN.

INILAH TANAH MELAYU
Ganti sahaja Malaysia kepada Negara Tanah Melayu...setuju, selama ini kita diam sahaja, mangkin melampau pulak dia orang.(By Ga Plex /M)

Sunday 9 August 2009

Jangan jadi orang pandai tapi tidak boleh diikut……….By Abdull Halid Saat



Ayer Hitam 9 Ogos
“Jangan jadi orang pandai tapi tidak boleh diikut dan jangan jadi orang bodoh tapi tidak boleh diajar” kata YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO bhg Ayer Hitam ketika berucap merasmikan mesyuarat agong permulaan Koperasi Bela Rakyat ( KOBERA ) kawasan Semarang di Dewan Pejabat UMNO Bhg Ayer Hitam. Beliau menasihatkan semua ahli KOBERA supaya jangan menjadi orang yang bodoh sombong kerana sikap tersebut boleh menghalang kemajuan diri dan tersekatnya ilmu mengalir. Setiap ahli koperasi digalakkan menambah ilmu pengetahuan dengan mengamalkan sikap ingin belajar, suka bertanya dan rajin mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh agensi yang menyelia KOBERA. Beliau yang juga ADUN bagi kawasan semarang merasa kecewa pada zaman ini bila ramai orang yang pandai tetapi tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat. Mereka hanya bijak memberi komen dan kritik tetapi tidak ada sumbangan yang diberikan dari segi idea dan komitmen untuk sama membina satu masyarakat yang lebih maju. Lebih buruk lagi bila mereka menganggap hanya idea mereka sahaja yang terbaik sedangkan idea secara kolektif adalah lebih sesuai untuk membangunkan masyarakat dan Negara. “Mereka pandai tapi sayang tidak boleh diikut……….” katanya ketika berucap dihadapan 103 ahli KOBERA kawasan Semarang yang menjayakan mesyuarat agung permulaan KOBERA. Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap ramainya orang pandai tetapi bila semakin pandai masyarakat jadi huru hara dan menghakis budaya muafakat. Oleh itu beliau meminta semua masyarakat di DUN Semarang supaya memperkukuhkan pegangan agama dengan mengamalkan secara bersungguh nilai-nilai murni seperti kasihkan sesama mahluk Allah, mencintai orang miskin dan anak yatim, budaya tolong menolong di samping mengamalkan amalan rutin. Turut hadir di majlis tersebut ialah En. Mohd Fahruzrazi Mohamed Nor Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia daerah Batu Pahat dan Ketua-Ketua Kampung dalam kawasan DUN Semarang.(Sumber S/U UMNO Abdull Halid Saat) by M

Saturday 8 August 2009

RM 200,000.00 Untuk Dewan Komunikasi Oleh Abdull Halid Saat

Photo di atas hanyalah gambaran pelukis sahaja.

Ayer Hitam 7 Julai – Sebuah dewan yang diberi nama “Dewan Komunikasi” akan dibina di DUN Semarang dengan menelan belanja seanyak RM 200,000.00. Dewan ini akan dibina bersebelahan dengan Pusat Khidmat wakil Rakyat DUN Semarang / Pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam akan menempatkan sebuah ruang untuk untuk masyarakat berkomunikasi dalam pelbagai bentuk dan cara. Bangunan tersebut juga akan menempatkan sebuah ruang untuk kemudahan computer dan internet disamping terdapat dua buah bilik utuk pentadbiran Rakan Muda dan Persatuan Bulan Sabit Merah. ADUN Kawasan Semarang, YB Datuk Samsol Bari Jamali berkata, dewan komunikasi ini akan memberi peluang dan faedah kepada golongan muda untuk mengasah bakat dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang teknologi maklumat, kebudayaan dan pengurusan pengajuran acara. “Pada ketika ini kerja reka bentuk sedang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Batu Pahat sebagai agensi pelaksana” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah selepas menghadiri mesyuarat tindakan daerah. Katanya lagi peruntukan ini diperolehi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah melalui Menterinya YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Hj Apdal ketika merasmikan persidangan UMNO Cawangan-Cawangan secara berkelumpuk pada 16 Mei 2009 yang lalu. Menurut YB, UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menjaga kepentingan generasi muda dan masa hadapan mereka dengan menyediakan kemudahan seluas-luasnya untuk mereka menimba ilmu. Beliau yang juga Ahli Majlis Perunding Belia mengharapkan agar golongan muda menggunakan kesempatan ini untuk berlumba atau bersaing memajukan diri masing-masing supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain yang maju.(By M)

Thursday 6 August 2009

YB MENTERI KEWANGAN II LULUS RM 50,000.00 UNTUK TABUNG PENDIDKAN BHG AYER HITAM....... by Halid Saat




2 OGOS 2009 AYER HITAM - "UMNO DAN BARISAN NASIONAL AKAN BANGKIT SEMULA DENGAN PENCAPAIAN YANG LEBIH CEMERLANG" KATA YB DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH MENTERI KEWANGAN II SEMASA MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN DI PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN AYER HITAM DI DEWAN MUAFAKAT SEMARANG PARIT SEMARANG, AYER HITAM.BELIAU YANG JUGA BENDAHARI UMNO MALAYSIA MENYATAKAN BAHAWA PERKEMBANGAN TERKINI MENUNJUKKAN PENGARUH PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN MEROSOT. UMNO DAN BARISAN NASIONAL AKAN BANGKIT SEMULA DENGAN ADANYA FAKTOR PENGHARAPAN.DIKALA KEMELUT MELANDA MAKA MENJELMALAH TOKOH "YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD RAZAK" SEBAGAI PENGHARAPAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN MENJADI PENGHARAPAN YANG BERMAKNA UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA.DI MAJLIS PERASMIAN TERSEBUT, BELIAU JUGA MENGUMUMKAN KELULUSAN RM 50,000.00 UNTUK TABUNG PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN AYER HITAM.
(Sumber S/U UMNO Halid Saat)By M

SEPANJANG JALAN KENANGAN - KHIDMAT MASYARAKAT SEBATI RAKYAT by Halid Saat


Seramai 90 orang belia di DUN Semarang telah bekampung tiga hari dua malam di Permatang Duku, Parit Betak Pontian bagi menjayakan program “Khidmat masyarakat sebati rakyat”. Program ini merupakan agenda perkongsian bijak antara dua parlimen iaitu Parlimen Ayer Hitam dengan Parlimen Pontian. Program yang bermula pada 18 Mei 2008 hingga 20 Mei 2008 di isi dengan pelagai aktiviti antara lain ialah majlis membaca yasin dan ceramah agama, gotong royong, persembahan kebudayaan, motivasi, sukan rakyat, mesra keluarga angkat dan pendidikan keluarga. Program ini juga dihadiri oleh para pemimpin tempatan iaitu YB Hasni in Mohamad Ketua UMNO Bahgian Pontian dan YB Ahmad Maslan Ahli Parlimen Pontian. Program ini ditutp secara rasminya oleh Y Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam merangkap ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapanya, YB Datuk Samsol Bari Jamali merasa sangat gembira kerana hubungan antara dua parlimen ini akan melahirkan belia yang berilmu dan mampu membentuk satu generasi muda yang berdisiplin, menghargai masa, mempunyai nilai ahlak yang tinggi dan mentaati prinsip-prinsip rukun negara.(Sumber S/U UMNO Halid saat) By M

Wednesday 5 August 2009

PUTERI DAN PENDIDIKAN by Saaodah S


"Pendidikan adalah asas kejayaan" kata Cik Nuriyati Ithnin Ketua Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam. Justru itu katanya lagi Puteri UMNO akan berkerja keras untuk menambah ahli supaya pengalaman dan ilmu yang ada dikalangan ajk Puteri bahagian dapat dikongsi bersama dan disalurkan kepada adik-adik yang sedang bertarung untuk meraih ilmu.Ajk Puteri UMNO Bahagian yang terdiri dari 25 orang mempunyai latar belakang profesyen kerjaya yang pelagai dan banyak ilmu serta manfaat yang boleh diperolehi dari mereka. Beliau berkata demikian semasa berucap di persidangan perwakilan Puteri UMNO bahagian Ayer Hitam di Dewan Muafakat Parit Semarang pada 26 Julai yang lalu. Merasmikan persidangan tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam / ADUN Kawasan Semarang.(Sumber Saaodah S odah_85@yahoo.com) by M

Tuesday 4 August 2009

FORUM


Ikut langkah di atas untuk menyertai Forum ini, semuga berjaya By M

Sepanjang Jalan Kenangan By Halid Saat



Tembakan pistol pada 23 disember 2007 pada jam 2.00 petang dilitar Ayer Hitam merupakan satu sejarah di Parlimen Ayer Hitam. Tembakan yang disempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari bin Jamali ADUN Kawasan Semarang itu menandakan bermulanya catatan sejarah kejohanan pertandingan motolsikal lasak peringkat negeri Johor di Pekan Ayer Hitam. Pertandingan ini merangkumi pelbagai kategori antara kejohanan peringkat senior dan junior. Dengan bermulanya kejohahan ini telah merobah suasana Pekan Ayer Hitam apabila ia dihadiri peminat sukan motorsikal lasak dari pelusuk negeri Johor dan dari luar Johor terutamanya dari Singapura, Selangor dan Melaka. Kejohahan ini telah menarik minar ramai golongan muda dan pelajar. Semoga bidang yang menggabungkan kepakaran kejuruteraan mekanikal, kemahiran & kekuatan fizikal serta ketahanan mental ini dimabil iktibar untuk mencapai mercu tanda kejayaan (Sumber S/U UMNO En Halid Saat)By M

Sunday 2 August 2009

Malam Nisfu Sya'ban.5.08.09 Rabu malam Khamis


Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya'
Berita lanjut http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Syaaban.html ByM

Masih kah Kau ingat......


"Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur".
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html by M

Saturday 1 August 2009

Kenapa UMNO Melayu sahaja jadi sasaran...




Apa kata mereka HINDRAF"%@#%$@## ... 51 tahun UMNO telah menghianati rakyat Malaysia....".. kenapa UMNO, besar sangat ke Dosa Orang UMNO Melayu..yang telah banyak berkorban....cuba anda lihat PHOTO pada baju mereka..siapa yang mereka agung kan...sedarlah wahai anak bangsaKu. Jangan lupa jasa UMNO pada anda walaupun ada sebahagiannya mengecewakan anda, itu bukan salah UMNO tetapi segelintir kecil para pelaksananya sahaja yang tidak bermoral..ingatlah. Jadikan teladan... Cuba fikirkan..jika BUKAN UMNO..adakah ia lebih baik..lihatla sekitar anda waktu ini...
(Sumber Youtube http://www.youtube.com/watch?v=6xOqpijdp78)
By M

Syabas Pahlawan..


31 Julai. Hari ini Hari Pahlawan, mungkin ramai yg terlupa atau dah tak ingat hari ini. Hari Pahlawan di Sambut 31 Julai setiap tahun, sebelum 31 Ogos. BY M