Kemusnahan besar harta benda atau kehilangan nyawa akibat kebakaran dapat dielakkan melalui tindakan segera ahli masyarakat yang memiliki kemahiran mengawal bencana itu daripada merebak, sementara menanti kehadiran anggota bomba.
meningkatkan pengetahuan ahli masyarakat untuk mengawal kebakaran, usaha harus dilaksanakan bagi menubuhkan pasukan bomba sukarela terutama di kawasan perumahan atau kampung kerana pasukan seperti itu dapat memberi bantuan segera sebelum kehadiran anggota bomba.
Menyedari perlunya tindakan awal ketika kebakaran dan bantuan segera kepada mangsa, sekumpulan penduduk Ayer Hitam di sini, menubuhkan pasukan bomba sukarela sendiri yang bertindak sebagai pasukan pertama untuk memberi bantuan jika berlaku sebarang kejadian kerana ketiadaan balai bomba di pekan berkenaan.
Pasukan itu yang ditubuhkan pada 1989 dengan keahlian seramai 34 orang, mendapat latihan keselamatan kebakaran daripada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat serta Yong Peng.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ithnin Osman, berkata, penubuhan Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam oleh penduduk itu, satu langkah tepat kerana peningkatan jumlah penduduk di sekitar pekan berkenaan
Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam, Ong See Tiam, pula berkata pada awal penubuhannya 20 tahun lalu, pasukan itu hanya menggunakan sebuah kenderaan pick-up untuk melakukan tugas menyelamat.
Kini, pasukan itu yang memiliki ahli lebih 70 orang sudah memiliki sebuah kenderaan yang dilengkapi peralatan memadam kebakaran terkini yang disumbangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
"Kami sudah bergerak selama 20 tahun dan dalam tempoh itu, kami sudah berjaya membantu meringankan tugas anggota bomba.
"Dengan adanya lebih banyak pasukan bomba sukarela, saya percaya banyak kebakaran dapat dikawal daripada merebak, sebelum kehadiran anggota bomba," katanya
BY M69
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment