Adalah disunatkan bagi kita untuk berpuasa pada dua hari iaitu samada 10 & 11 Muharram atau 9 & 10 Muharram .Pada tahun 2010, 10 Muharram adalah pada hari Khamis, 16 Disember 2010. Disunatkan berpuasa selama dua hari? Ini kerana orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram bagi memperingati atau meraikan kemenangan Nabi Musa a.s ke atas Firaun. Rasulullah s.a.w menyatakan kita (umat Islam) lebih layak meraikannya. Maka berpuasa dua hari membezakan kita dengan amalan yang dilakukan oleh golongan yahudi, tetapi tidak di larang jika berpuasa pada 10 Muharram sahaja, yang paling utama niat kita berpuasa kerana Allah SWT.
Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa 'Asyura boleh dilakukan:
- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)
- pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)
- pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)
- pada 10 haribulan sahaja (sehari)
Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya berpuasa pada 10 Muharram boleh mengkaffarahkan dosa setahun sebelumnya. MasyaAllah, banyak tu. Dikaffarahkan dosa kita setahun yang lalu. Jadi adalah sebaiknya kita cuba merebut peluang ini untuk sama-sama berpuasa. Alhamdulillah, penduduk Taman Intan, Pt Raja. akan menganjurkan majlis berbuka dan membuat juadah Bubur Asyura secara bergotong royong. Asal bubur Asyura, ceritanya kurang pasti akan kebenaran kisah di zaman Nabi Nuh a.s yang diceritakan dari turun-temurun,Ini kerana Asyura bermaksud “Hari ke 10″ jadi kalau bubur Asyura maksudnya” bubur pada hari yang ke 10″. Tapi tidaklah menjadi salah sekiranya nak dibuat bubur ini kerana dapat mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam serta menggalakkan kita untuk bersedekah. Boleh mengacau bubur tetapi yang penting adalah puasanya… Jangan dilupa juga untuk melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka. Orang yahudi berpuasa dengan mempercepatkan sahur (bersahur awal) dan melambatkan berbuka kerana ingin menunjuk-nunjuk bahawa diri mereka hebat dan mampu menahan lapar pada masa yang lama. Ini bukan fitrah manusia dan kerana itulah Islam tidak menganjurkannya. Malahan makhruh untuk bersolat sekiranya makanan sudah terhidang. By m69.
(Rujukan sebaikbaikcahaya.wordpress.com/)
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment