Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 29 December 2010

144 Pelajar Cemerlang UPSR diraikan Parlimen Ayer Hitam


OLEH ABDULL HALID SAAT
Sub_halid@yahoo.com.my

Ayer Hitam 28 Disember 2010 – Seramai 144 orang pelajar cemerlang dari 24 sekolah rendah dalam Parlimen Ayer Hitam diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna di Dewan Umno Bahagian Ayer Hitam. Mereka di raikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong ( Ahli Parlimen Ayer Hitam merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam ) dan YB Lim Kee Moi ADUN Kawasan Yong Peng. Turut hadir di majlis tersebut ialah pemimpin masyarakat, guru-guru besar dan ibu bapa pelajar tersebut. Kesemua pelajar tersebut mendapat hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan buku kerja sebagai menghargai pencapaian cemerlangan mereka dalam bidang akedamik.
YB Ir. Dr Wee Ka Siong yang juga merupakakan Timbalan Menteri Pelajaran menegaskan kementeriannya akan memperkenalkan konsep bai’ah / ganjaran kepada warga kerja pelajaran supaya satu pengiktirafan dan mengujudkan daya saing yang sehat bagi meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang tinggi. Katanya lagi, agenda memperkasa sekolah teknik dan vokesyenal akan ditingkatkan supaya mutu kemahiran rakyat Malaysia berada ditahap yang tinggi setaraf dengan negara maju.
Sementara itu YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali dalam ucapannya mahukan kerajaan membina sebuah sekolah menengah berasrama di kawasan Ayer Hitam bagi menampung kemasukan pelajar luar Bandar yang makin bertambah serta memenuhi keperluan semasa masyarakat luar Bandar. Beliau menyeru Biro Pelajaran UMNO Bahagian supaya jangan tertumpu kepada aktiviti majlis anugerah semata-mata tetapi selepas ini hendaklah memberi tumpuan kepada usaha pencapaian pelajar seperti kursus dan kem motivasi serta latihan menjawab soalan.YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali bersama pelajar kembar 5A.
1. Nurul Atiqah bt Mohd Borham
2. Nurul Atifah bt. Mohd Borham
Mereka berdua pelajar dari sekolah kebangsaan Seri Bulan, Kg Hj Ghaffar Mk 7 Batu pahat.(Sumber berita dan foto dari UMNO Ayer Hitam. Edit By M69)

0 comments: