Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday, 14 December 2010

Projek..Pondok...Meng Aib Kan.. UMNO Lapis Semarang


14 Dec 2010 Lapis Semarang.
Projek membina Pondok Bas di kampung lapis Semarang. telah mendapat kelulusan, peruntukan telah di keluarkan oleh UMNO Dun Semarang. Namun sehingga kini hampir 3 tahun masa berlalu, pondok ini hanya setakat tiang sahaja dan belum dapat di manfaatkan oleh penduduk kampung, khas anak-anak sekolah yang sering menunggu bas. Pondok Bas yang lama telah di robohkan dan anak-anak terpaksa berpanas menanti bas. Penduduk kampung sering merungut dan menyalahkan UMNO. Seorang penduduk Lapis Semarang Mantan Ketua UMNO Cawangan Lapis Semarang En Shariff Bin Hashim, memberitahu, "projek ini SEPATUTNYA sudah siap lama, waktu saya menjadi Ketua Cawangan banyak kemudahan saya dapat, tiada satu pun yang terbengkalai seperti ini. Perbuatan tidak bertanggung jawab seperti ini memalukan dan menjatuhkan Martabat UMNO, peruntukan datang dari UMNO, tetapi pelaksana yang tidak prihatin dan memalukan UMNO. UMNO tidak salah, yang salah AJK UMNO Cawangan yang kurang peka dan tidak memantau. Projek seperti ini pun terbengkalai apatah lagi projek juta-juta.Saya tidak mahu ianya menjadi isu besar,saya sayangkan UMNO, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat, telah beberapa kali yang suarakan dalam beberapa perjumpaan dengan AJK UMNO dan JKKK namum tiada tindakan. jangan fikir kami semua ini tidak berpelajaran, bukalah mata wahai Ketua Cawangan, Ketua Pemuda jangan memalukan Parti dan orang kampung" ujarnya lagi " Kita tidak boleh salahkan UMNO Bhg,YB Datuk Samsol, kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin..saya temui saudara Blogger untuk membuat aduan ini...dan menantikan tindakan selanjutnya..ingat projek ini telah hampir 3 tahun tidak siap..kontraktor yang mendapat projek ini sila ambil perhatian..jangan membuta mata dan mem pekak telinga..saya sebagai penduduk yang prihatin akan sentiasa memantau demi kemajuan kampung dan UMNO Lapis Semarang".
Di ucapkan terima kasih kepada Wak Sariff kerana sudi meluahkan perasaan dan membuat aduan, semuga mendapat perhatian pihak yang terlibat. By M69.

0 comments: