Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday, 2 December 2010

Kebakaran Tragis di Kg Sri Paya Darat.


BATU PAHAT: Seorang ibu tunggal dan anaknya berusia tiga tahun, rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lenny Mariyana Daud, 29, serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan ketika cuba menyelamatkan diri, sebelum maut dalam kebakaran berkenaan.

Lebih menyayat hati, anggota keluarga termasuk ibunya, Saringatin Jalal, 65 serta adik-beradiknya yang lain hanya mampu menangis melihat tragedi itu tanpa mampu berbuat apa-apa, berikutan api terlalu marak. Mayat Lenny Mariyana ditemui dalam keadaan membongkok seperti bersujud sambil memeluk erat anaknya untuk memberi perlindungan daripada api, di sudut tepi katil kira-kira jam 3 pagi, selepas anggota bomba berjaya memadam kebakaran. Menurut cerita kakak mangsa, Arwah baru pulang dari menghantar ibu berurut "Arwah terus membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya kira-kira jam 1 pagi dan saya pula melakukan kerja di dapur sehingga kira-kira jam 1.30 pagi, sebelum berehat di ruang tamu. "Ketika berehat, saya terdengar bunyi hentakan lantai dari bilik arwah tetapi tidak mengendahkannya kerana mungkin arwah atau anaknya mengigau, tetapi bunyi lantai itu semakin kuat diikuti jeritan Lenny Mariyana meminta tolong serta tangisan anaknya, membuatkan saya tersentak dan terkejut. "Saya dan ibu bergegas ke biliknya dan membuka pintu, tetapi api marak menyebabkan kami tidak mampu mengeluarkan mereka dari situ," katanya. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robia Kosai, yang turut melawat keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan iaitu wang, pakaian serta makanan. Jenazah dua beranak itu dikafankan bersama dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Seri Paya dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam. (Sumber Berita Harian Oleh Mohamed Farid Noh)Foto ihsan dari Pejabat UMNO UBAH ByM69

0 comments: