Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 25 December 2010

PROGRAM MEMBINA TAUTAN MENJALIN UKHWAH

Ayer Hitam Dun Semarang 25 Dis 2010. Seramai 81 orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bertandang ke DUN Semarang selama 3 hari membawa misi dengan tema "Membina Tautan Menjalin Ukhwah". Lokasi yang di pilih ialah kampung Parit Surau Darat Mukim 8 Ayer Hitam, Johor, dengan menempatkan pelajar di rumah keluarga-keluarga angkat. Terdiri dari 43 pelajar perempuan dan 38 pelajar lelaki perbagai pengisian aktiviti telah di atur oleh kepimpinan pelajar bersama JKKK dan Umno Cawangan di Kampung tersebut.

Menurut pelajar Cik Shuhada Aqilah Aulia bt Abd Jalil ( Timbalan Pengarah Projek ), antara lain akitiviti wajib pelajar ialah menyuburkan kembali semangat kerjasama, silaturrahim dan permuafakatan dengan projek gotong royong dan budaya hormat menghormati.Majlis persamian program ini di adakan pada 25hb Disember 2010 jam 10.00 pagi di balaibelia Parit Surau Darat dan disempurnakan bersama oleh YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali ADUN Semarang dan Pegawai Daerah Batu Pahat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Salleh Pandak Penghulu Mukim Seri Gading dan pemimpin masyarakat di DUN Semarang. Sempena dengan majlis perasmian tersebut di adakan juga perjumpaan pemimpin masjid dan surau di seluruh DUN Semarang untuk sama-sama meraikan pelajar / anak-anak angkat tersebut. (Sumber S/U Ayer Hitam Saudara Halid Saat) Edit by M69.

0 comments: