KEPALA BATAS 19 DIS : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.
Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.
Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.
Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.(Sumber Tranungkite online)
.
Apa yang di ungkap Oleh Kapal Sink itu benar, Apa yang di Kata itu benar, Apa yang tertulis dalam Perlembagaan itu benar..Islam adalah Agama Rasmi.
Namun yang benar ialah..adakah Kapal Sink ada menyatakan akan menerima Negara Islam..cuma sekadar batuk di ESKALATOR sambil duduk di kerusi roda.Apa yang tersirat dalam ayat ini "saya yakin kita boleh mencapai konsensus". Wahai Melayu Islam..kita kena lah berwaspada dengan kata seperti ini, jangan taksub dan terlalu gembira..menang sorak..Agama tergadai..nanti jalan ke Neraka berangkai-rangkai.
Rujuk kata-kata berikut"Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.
Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.
"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.
Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.
Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.
Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita." foto dari http://4.bp.blogspot.com/
***Kita sebagai rakyat Melayu UMNO Islam, boleh berfikiran lebih matang dari Tuan Ibrahim Tuan Man. Adakah mereka tidak fikir apa yang di tulis dalam Perlembagaan..adalah jelas Islam agama rasmi dan Kapal Sink berhujah dalam landasan undang-undang jangan sampai terpintal lidah dan terbelit akidah dan badan dengan hujahnya..Siapa mengkelirukan siapa...berHubaya-Hubaya lah wahai Tuan...yang bukan Tuan di Tanah Melayu ini.
ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment