Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut “kedaulatan Melayu” kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara “tuan” dan “hamba”, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.
“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan kerajaan Melayu yang telah wujud ratusan tahun dahulu tidak pernah putus malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.(Ihsan Berita dari GAP.
http://malaysianewsnetwork.net/portal/2010/12/istilah-ketuanan-wajar-ditukar-kepada-kedaulatan-melayu/)
Wahai anak-anak BangsaKu..ingatlah..seruan Tuanku. Bersatulah kita semua dibawah satu payung yang menjamin masa depan kita dengan restu Allah SWT. Semuga kita menjadi Melayu yang Berdaulat. bukan Melayu yang Berkulat. ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment