Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 17 January 2010

Medan Bahagia Ayer Hitam VS BB Ayer Hitam.

Beberapa kekeliruan timbul sejak terlaksananya PROJEK BB Ayer Hitam dan para Peniaga Medan Bahagia Ayer Hitam. Segala kemelut ini dapat diselesaikan dengan kemaufakatan dan akal fikiran yang waras tanpa menuduh pihak-pihak tertentu kurang adil dan tiada membantu, Saya telah mendapat penerangan yang jelas tentang isue ini. Berikut adalah sebahagian butiran yang di terima, fikirlah dengan rasional dan penuh kesabaran. UMNO Jelas Juara Rakyat bukan seperti sesetengah pihak hanya "Juara Orak Arik"
Berikut ulasan Datuk Samsol Bari Bin Jamali. Adun Semarang.
"Kita tidak boleh memperjuangkan sesuatu dgn mewujudkan konflik, apatah lagi apabila apa yang kita perjuangkan itu memerlukan kerjasama, pertimbangan dan simpati serta budi bicara pelbagai pihak"
"kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain, jika apa yg kita mahukan tidak tercapai sedangkan peraturan tidak dipatuhi dgn sempurna"
"Ada perkara yg kita mohon hanya memerlukan kelayakan dan syarat mudah, tetapi adakalanya kita hanya memerlukan simpati dan budi bicara sesetengah pihak"
"Permohonan Syarikat Tenaga Profesional pada 2006 untuk mengambil alih Gerai dan pengurusan Gerai dan arahan pindah ke LOT 12&14 pada 2006/2007 tidak di patuhi oleh Para Peniaga"dan "Pihak Syarikat juga tidak menepati perjanjian yang dipersetujui"
"Saudara-saudara rujuklah surat di atas dan buat lah penilaian yang sewajarnya siapa saya dan siapa peniaga"
"Saya di MAKI Pemaju dan Saya di Maki Peniaga, mana satu pihak yang saya bantu dan sokong? Pemaju tuduh saya di pihak Peniaga sementara Peniaga tuduh saya di pihak Pemaju.....kewajaran saya, saya ingin membantu semua pihak mengikut lunas dan undang-undang yang tertera dgn ikhlas dan jujur" DSBJ.Post BY 69.
Saya juga mendapat satu salinan tentang KRONOLOGI Pemindahan Gerai, boleh lah rujuk pada saya dan boleh saya e-mail untuk lebih jelas dan telus dari M69.
Cerita lanjut link http://umnocahayaputera.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Begitulah adanya segelintir manusia yang sentiasa mencari kelemahan orang lain tetapi malangnya gulungan ini hanyalah suku yang suka berbohong dan mengelirukan fakta. Puak ni yang dilihat baik dia takkan berbunyi tetapi yang dilhat pada pandangan mata kasarnya tak baik, dengan pantas akan menghentam sembrono tanpa mencari fakta sebenar. Nah..sekarang faktanya dah depan mata.. Jadi sepatuntnya puak-puak yang melemparkan segala dusta kepada UMNO dan pimpinan UMNO bahagian merasa malu dengan kata nista dan tohmahan yang telah dibuat. Tapi, adakah puak ni sanggup menerima dan mengakui kesilapan mereka? Sudah pasti tidak, sebabnya mereka ni adalh kalangan orang yang telah diracuni pemikiran ekstrim untuk melihat bangsanya sendiri hancur dan kecundang..puak ni sudah dipengaruhi racun iri dan kesumat Parti berAkidah Songsang ..PAS..

messi1234 said...

ini kronologi hantar satu salinan kepada SPRM untuk disiasat, betul ke? tidak? sebab kalau nak lepas tengkok macam2 alasan bolih buat...dol...samdol