Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 4 January 2010

REGU JAJAI BERI TENTANGAN HEBAT

Aksi Regu JAJAI....Lipat maut.
Pt Hj Siraj 3 Jan 2010 – Pertandingan GP sepak takraw di kampung Parit Siraj menjadi meriah apabila regu sepak takraw junior memberi tentangan hebat kepada regu senior yang jauh lebih matang dan berpengalaman. Pasangan Mohd jajai ( tekong ) Mohd Razi ( feeder ) dan Mohd Nik ( killer ) meraih tempat naib juara di pertandingan sirkit ketiga GP sepak takraw yang di anjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Ayer Hitam bersama Pemuda UMNO Cawangan Pt. Hj Siraj. Walau pun tewas kepada regu senior Haziq, Din dan Johar, regu Jajai telah memaparkan skill yang menarik dan penuh bergaya. Sementara itu regu veteran juga mampu mencuit hati para peminat sepak takraw bila mampu melangkah ke separuh akhir dan menyandang tempat ke empat. Regu Abang Zali, Baharudin dan Jalal sepan dilihat masih bertenaga dan mampu meneruskan perjuangan menyemarakkan sukan sepak takraw di kawasan Ayer Hitam. Pertandingan ditutup dengan upacara penyampaian hadiah-hadiah oleh Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama Ketua UMNO Cawangan dan Ketua kampung.(Sumber oleh sub_halid)ByM69

0 comments: