Pada 15 Januari 2010, Malaysia akan menikmati satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana matahari..
Kali ini Malaysia akan menikmati gerhana matahari separa, dimana matahari akan ditutup oleh bulan sebanyak 43% sahaja.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari.. ini membuatkan kawasan bumi yang mengalami siang akan mengalami gerhana kerana bulan telah menghalang atau melintasi depan matahari, sesetengah kawasan akan mengalami gerhana separa dan sesetengah lagi akan mengalami gerhana penuh..
Gerhana kali ini akan berlaku pada hari jumaat kira-kira jam 3 petang hingga 5.37 petang. Gerhana kali ini digelar sebagai "Annular" atau "gerhana cincin"...Hal ini kerana bulan lebih kecil sedikit berbanding matahari, apabila bulan melintasi depan matahari secara fasa annularity, matahari akan membentuk seolah-olah sebentuk cincin.
Kita berdoa agar kita semua akan sentiasa dirahmati ALLAH. Marilah kita sembahyang Sunat/Solat Gerhana Matahari : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana matahari. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.Waktu melakukan solat gerhana matahari ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga matahari nampak sempurna kembali.
Cara melakukannya
Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.
Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.
Dengan demikian, solat gerhana matahari itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.
Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana matahari tidak dinyaringkan, ini brbeza dengan solat gerhana bulan dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang. AMIN ByM69.
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment