Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 2 January 2010

138 PELAJAR CEMERLANG UPSR DIRAIKAN. UMNO Bhg Ayer Hitam

SK SERI DANDAN PENCAPAIAN TERBAIK UPSR2009
SK SABAK UNI
SK YONG PENG
SJKC.
Ayer Hitam 1 JAN 2010 – UMNO Bahagian Ayer Hitam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Batu Pahat memberikan pengiktirafan kepada 138 pelajar cemerlang apabila mereka diraikan dalam satu majlis penganugerahan pelajar cemerlang UPSR yang diadakan pada 28 Disember 2009 yang lalu bertempat di dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. Kesemua mereka mencapai keputusan 5A yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan, SJK ( Cina ) dan SJK ( Tamil ). Penyampain anugerah ini di sempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam yang juga ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang juga menjadi lambang kepada kejayaan sekolah dan ibu bapa. Dimajlis tersebut di umumkan sekolah terbaik dalam Bahagian Ayer Hitam iaitu SK Seri Bandan dan mendapat peruntukan RM 2500.00 dari Yang Berhormat untuk keselesaan bilik guru. Majlis yang ringkas tapi bermakna ini di hadiri juga wakil Rasmi dari PPD ( Encik Azman ), guru-guru besar, pemimpin PIBG, ibu bapa serta pemimpin masyarakat.(Sumber oleh sub_halid)ByM69

0 comments: