LIHAT...LIHAT...LIHAT..Buka Mata Mu Wahai Rakan-Rakan KU.
Sementara Malaysia heboh dengan kontroversi sokongan dan bantahan untuk kepulangan semula Setiausaha Agung PKM Chin Peng tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Kuan Yew sehingga kini tidak membenarkan seorang anggota PKM yang pernah menjadi pembantu khasnya yang diketahui ramai sebagai anak emasnya untuk masuk ke Singapura bagi menemui keluarganya.
Beliau ialah Chan Sun Wing bekas wartawan Sin Pao ( sebuah akhbar Cina di Singapura yang telah ditutup) yang telah lari dari tangkapan polis ke Indonesia pada tahun 1963 dan kemudiannya menyertai perjuangan PKM di hutan sempadan Malaysia Thailand.
Setelah penandatanganan Perjanjian Perdamaian PKM dengan Malaysia dan Thailand, Sun Wing menetap di Ban Lang, sebuah perkampongan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia Thai. Dia masih mempunyai seorang adik lelaki dan tiga perempuan di Singapura yang hanya dapat ditemuinya di Johor Baharu. Sun Wing yang sudah berusia lebih 70 tahun masih tidak dibenarkan masuk ke Singapura.
Buku The Communist Party Of Malaya The Inside Story yang ditulis oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Operasi) SACP Aloysius Chin jelas menunjukan PKM bersifat perkauman China berasaskan kepada Chin Peng memberitahu suatu mesyuarat jawatankuasa Pusat PKM di Beijing pada akhir 1963 bahawa sokongan PKM kepada Konfrontasi Indonesia hanya sebagai “janji mulut” sahaja (lip service) kepada Parti Komunis Indonesia (PKI) dan juga kerana menghormati permintaan Menteri Luar Indonesia Subandrio yang juga anggota PKI.
Buku ini juga menyebut PKM masa itu berkeyakinan masalah kurang sokongan dari orang Melayu dan India adalah sementara yang kelak akan dapat diatasi dengan bertambahnya populasi orang Cina di Malaya yang akan meluaskan lagi sokongan kepada PKM.
kelahiran
Keyakinan ini berasaskan kepada kepada fakta bahawa kadar kelahiran di kalangan orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu pada masa itu. Malah, dengan bersatunya Malaya dan Singapura maka dalam jangka masa tertentu orang Cina akan mengambil tempat orang Melayu sebagai bangsa yang dominan dan ini akan menghasilkan bertambah meluasnya pengaruh PKM. Sumber http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=329.
Apa kataKU.
Jelas dan nyata..PKM masih lagi bertapak di Tanah Melayu ini. Banyak bukti dan tingkah laku yang jelas nyata. Suara sumbang dan Badan NGO (NGOK) yang PRO dan Parti yang jelas CONDONG kenytaannya tanpa segan silu mahukan cHIN pENG pulang menjadikan kita lebih tahu siapa mereka sebenarnya. Siapa Musang. siapa berbulu Ayam. Maka berhati-hatilah wahai anak bangsa Ku. Bersatulah demi Agama dan Bangsa. Segala fakta yang lalu jelas di ulangi kembali. Selamat Tahun Baru 2010.BY69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment