Pelajar Sek Men Arab Pt Raja, ikut program tadarus.
Penuntut UTHM manjamu selera secara"Ambengan"
Ayer Hitam 13 September – Seramai empat puluh orang pelajar dari asrama kediaman Taman Kelisa Universiti Tun Hussein Onn Pt. Raja ikut serta dalam program tadarus, khatam Al Quran serta berbuka puasa di Masjid Kg Hj Ghaffar Batu 6 Ayer Hitam.Tadarus yang bermula pada jam 2.30 petang itu di anjurkan secara bersama oleh JPMM DUN Semarang, UMNO Bahagian Ayer Hitam, Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Gerakan Belia 4B ( M ) Kawasan Ayer Hitam, Pejabat Belia Dan Sukan Batu Pahat, MBD Batu Pahat serta Badan Masjid dan penduduk Kg. Hj Ghaffar. Menurut jurucakap UTHM, kehadiran pelajar tersebut bemula dari jam 10.00 pagi bagi membantu Jawatankuasa Masjid Hj Ghaffar menyediakan persiapan untuk menjayakan program tersebut. Mereka bergotong royong dan bersama penduduk kampung membersihkan masjid Kg Hj Ghaffar. Program yang disusun secara bersepadu ini juga akan menampilkan para pelajar Sekolah Arab Parit Raja seramai lima puluh orang bagi bersama-sama bertadarus dan khatam Al Quran. Menurut penyelaras program sdr. A Rashid A Hamid, program ini merupakan satu platform untuk menyatukan pemikiran umat Islam dan sebagai medan pertemuan antara golongan muda dengan golongan dewasa. Program yang dihadiri lebih tiga ratus orang ini di rasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang juga ADUN Semarang. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa gembira kerana program tadarus kali ini sangat tersusun dan melibatkan semua peringkat daripada anak-anak, remaja, pemuda, ibu bapa hinggalah kepada imam-imam dan guru-guru.
(Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment