AYER HITAM: Kira-kira 200 jemaah dari sekitar Parit Nipah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, menghadiri majlis berbuka puasa DUN itu dan program Semarak Ramadan Berita Harian di Masjid Sabak Uni, di sini, malam tadi.
SAMSOL Bari (empat dari kiri) bersama Mior Kamarul (empat dari kanan) dan Ketua Bank Islam Wilayah Selatan, Faisal (lima dari kanan) pada majlis program Semarak Ramadan Berita Harian di Masjid Sabak Uni 30.08.09
Majlis yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali itu, juga bertujuan menyampaikan sumbangan oleh beberapa syarikat kepada Samsol untuk diagihkan kepada masjid dan surau kariah itu.
Samsol Bari dalam ucapannya berkata, Masjid Sabak Uni mengadakan majlis berbuka puasa seperti itu setiap tahun, dan pembabitan beberapa syarikat korporat dalam majlis tahun ini adalah baik kerana melaluinya syarikat berkenaan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Katanya, sumbangan itu juga terbit daripada nikmat yang diperoleh daripada kemerdekaan negara yang dikecapi.
Beliau berkata, rakyat harus mensyukuri nikmat kemerdekaan kerana melaluinya rakyat dapat menjalankan amalan agama masing-masing, dan orang Islam juga dapat mengembangkan syiar Islam.
Sehubungan itu katanya, sejarah kemerdekaan negara harus dipelajari dan diketahui oleh rakyat, terutama di kalangan generasi muda untuk seterusnya disampaikan dan diwarisi generasi akan datang.
"Tidak ada orang yang terkecuali dalam hal ini, masing-masing punya peranan... orang kaya melalui sumbangan mereka, ulama dengan menyampaikan ilmu dan orang miskin dengan apa yang boleh dilakukan mereka termasuk doa," katanya
(BH on-line)By M69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
1 comments:
Mampukah Dato'Sri Najib Memimpin Malaysia ke arah yang lebih gemilang?Nyatakan pandangan anda..
http://kakipolitik.blogspot.com/
Post a Comment