Jangan jadi penghalang
Ayer Hitam 12 September – Semua pepimpin masyarakat diingatkan supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kerja-kerja amal jariah kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka yang berhak menjadi terpinggir dan terpisah. Kegagalan pemimpin masyarakat mengenal pasti dan mengemas kini rekod golongan miskin biasanya menjadi batu penghalang kepada usaha kerajaan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang tertinggal atau terlepas pandang untuk dibantu. Ingatan demikian disampaikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ketika menyampaikan sumbangan untuk menyambut aidul fitri kepada golongan fakir miskin di Bahagian Ayer Hitam. Majlis penyampaian sumbangan ini di hadiri oleh para amil, ketua-ketua UMNO Cawangan, Ahli JKKK dan seluruh kepimpinan masyarakat di Bahagian Ayer Hitam. Seramai 700 orang fakir miskin menerima sumbangan tersebut yang keseluruhannya bernilai lebih RM 50,000.00. Sumbangan berupa barangan bahan makanan kering seperti beras, gula, garam, bahan minuman dan lain-lain. Dalam majlis ringkas tersebut YB Datuk ir. Wee Ka Siong Ahli Parlimen Ayer HItam menyumbang RM 10,000.00, Mohd. Kamal Harun melalui syarikatnya TRSB menyumbang RM 10,000.00, dan Umno cawangan-cawangan RM 3500.00 bagi tujuan membiayai kos barangan tersebut. Menurut Yb lagi, peluang untuk menyumbang masih terbuka dan sesiapa yang berhajat untuk bersedekah bolehlah menyalurkannya melalui Biro Kebajikan yang dipengerusikan oleh Hj Ismail bin Khairon.(Oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment