Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 17 February 2010

YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, ADUN Semarang rasmikan Pusat Bantuan Bulanan JKM

Ahli Briged Kebajikan Perdana N20.

10 Feb Pt. Lapis Khalid – Seramai 70 Orang telah menerima cek bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sempena pengistiharan Balairaya Pt Lapis Khalid Mk 7 Batu Pahat sebagai Pusat bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mukim 7 Batu Pahat. Penerima Bantuan JKM MK 7 Pt Khalid.
Penerima bantuan terdiri dari pelbagai kategori antaranya ialah bantuan untuk orang-orang tua, orang-orang cacat, bantuan anak-anak ( Ibu Tunggal ) dan bantuan am. YB Datuk Samsol Bari Adun Kawasan Semarang melahirkan perasaan terimakasih kepada JKM kerana bersusah payah untuk membuka pusat ini demi memberikan kemudahan kepada rakyat di luar Bandar.Beliau menasihatkan semua penerima bantuan supaya jangan menyimpan wang bantuan di bawah bantal tetapi hendaklah dibelanjakan sepertimana yang dikehendaki oleh JKM. YB DSBJ Menyampaikan Bantuan bersana Pegawai JKM.
Pada majlis tersebut YB Datuk mengambil kesempatan beramah mesra dengan Ahli Briged Kebajikan Perdana bagi zon mukim VII Dun Semarang. Beliau berjanji akan memberikan kemudahan kepada pasukan briged kebajikan bagi menyemarakkan lagi semangat sukarela yang ada di kalangan ahli. Turut hadir dimajalis tersebut ialah Puan Fatimah mewakili Pegawai JKM Batu Pahat serta Saudara Azhar aktivis briged kebajikan perdana daerah Batu Pahat.(Oleh Abdull Halid SaatbSub_halid@yahoo.com.my)ByM69 Ajey

0 comments: