Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 17 February 2010

RM 2 Juta Untuk Bina SJK (T) di Yong Peng.

Yong Peng 12 Feb – Kaum India di Pekan Yong Peng berasa lega apabila YB Datuk Dr S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia mengumumkan iaitu Kerajaan BN telah meluluskan peruntukan RM 2 Juta untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pekan Yong Peng. Pengumuman itu dibuat semasa diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk membina Sekolah tersebut di Dewan Orang Ramai Yong Peng pada 12 Febuari 2010 jam 9.00 malam. Sebelum ini kaum India terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Ladang A Kangkar Baru yang jauhnya lebih kurang 25 kilometer lantaran tiada sekolah jenis tersebut di Pekan Yong Peng. Hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Pegerusi BN Bahagian Ayer Hitam, Datuk K. Balakrisnan Pengerusi MIC Negeri Johor, Encik Batumalai Pengerusi MIC Bahagian Ayer Hitam dan ahli jawatankuasa pembanguanan SJK ( T ) serta para pemimpin MIC Bahagian Ayer Hitam dan negeri.
Menurut YB Datuk Samsol Bari Jamali, pihaknya berharap agar kerjasama erat antara MIC dan Jawatan Kuasa Pembangunan SJKT sentiasa terjalin untuk menentukan proses pelaksaan pembinaan sekolah tersebut tidak terganggu dan berjalan mengikut jadual yang di rancang.(Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my) By M69 Ajey

0 comments: