Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday, 18 February 2010

TEKUN BERI PINJAMAN RM 138,000.00 UNTUK 18 USAHAWAN

Penyerahan Cek Tekun
Ayer Hitam 18 Febuari – Yayasan TEKUN Nasional memperuntukkan RM 138,000.00 berbentuk pinjaman lepada 18 usahawan di Parlimen Ayer Hitam bagi membantu mereka meningkatkan keupayaan perniagaan. Antara jenis perniagaan yang dijalankan ialah perusahaan makanan ringan, kedai makan, minuman, jahitan, bengkel, kedai runcit, kraftangan, Andaman, pertanian, ternakan, pengangkutan, dan fetigasi. Majlis penyerahan cek di sempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari bin Jamali ADUN Kawasan Semarang merangkap Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam bersama pegawai TEKUN Negeri Johor. Selaku wakil rakyat YB Datuk samsol Bari Jamali menyeru semua usahawan yang terlibat supaya mengamalkan budaya kerja produktif agar prestasi perniagaan bertambah baik dan menguntungkan.oleh sub_halid By M69

0 comments: