Pontian 21Febuari – Orang Melayu di Negeri Johr diseru supaya memperkukuhkan perpaduan kerana telah terbukti iaitu faktor perpaduanlah yang dapat membebaskan kita dari belenggu penjajah dan dapat memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang berdaulat. Seruan ini dilaungkan oleh YAB Menteri Besar Johor ketika menyampaikan ceramahnya di sesi “Bicara Tokoh” di kursus jatidiri kepimpinan akar umbi bertempat di kpmpleks Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010. Katanya lagi, faktor perpaduan terus menjadi penting pada ketika ini bilamana ada golongan yang menjadikan pepecahan orang Melayu sebagai senjata mereka untuk meruntuhkan Negara Malaysia. Menteri Besar, YAB Dato Hj Abd Ghani Othman berharap usaha menambahkan bilangan ahli-ahli UMNO dilipat gandakan khususnya di kalangan generasi muda. Kursus yang berjalan selama tiga hari dua malam ini dihadiri oleh 81orang ketua dan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam. Sebelum ini pada sesi pertama seramai 50 orang kepimpinan cawangan – cawangan telah berkursus yang sama dan ditutup secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Johor pada 7 Feb 2010. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah berkursus seramai 131 orang. Bagi sesi pemuda pula, kursus akan di adakan pada 12 Mac hinggá 14 Mac 2010 dan 27 Mac hingga 29 Mac 2010 pula ialah untuk ketua-ketua wanita Cawangan.(sumber oleh sub_halid) ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment