Ketibaan YAB Menteri Besar Johor.
Peserta Kursus.
7 Feb 2010. Kayu Ara Pasong Pontian– Seramai 92 orang Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan dalam UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Seri Gading telah berjaya menamatkan kursus pengukuhan akar umbi selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian. Kursus yang bermula pada 5hb Feb hingga 7hb Feb berjaya meningkatkan kefahaman isu semasa dan sekali gus membangkitkan kesedaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus berdaulat dengan menjunjung perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri. Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi paksi segala tindakan untuk memastikan semua rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmor. Perasmian penutup kursus ini disempurnakan oleh YAB dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua Penerangan UMNO Johor ( Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Mohamad Aziz Ketua UMNO Bhg Seri Gading, Datuk Mohd Ali Hassan Bendahari UMNO Johor, Sdr. Ramli Bohani Setiausaha Kerja UMNO Johor, YB Hj Aziz Kaprawi Timbalan Ketua UMNO Bhg Sri Gading dan Puan Rozlin Mohamad Timbalan Pengarah BTN Johor.Oleh Abdull Halid Saat(Sub_halid@yahoo.com.my)ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment