Masyarakat Bertanggung Jawab Menjaga Anak-anak.
Pekan Ayer Hitam 27 Feb – Ahli masyarakat diingatkan bertanggung jawab menjaga anak-anak dalam kawasan tempat mereka bermastautin kerana budaya menjaga anak-anak masyarakat ini merupakan satu tuntutan. “Anggaplah anak-anak kita juga anak kepada ahli masyarakat dan izinkan mereka mengawal dan mendidik anak-anak kita” kata Ustaz Mahyudin bin Sharif ketika menyampaikan ceramah Maulidurrasul di masjid Jamek sultan Ibrahim Ayer Hitam. Katanya lagi masyarakat hendaklah mengembalikan budaya murni masyarakat dahulu iaitu menjadikan institusi masyarakat sebagai tempat mendidik dan melatih ahli-ahli masyarakat untuk bersopan santun, berahlak mulia, hormat menghormati dan saling berkerjasama. Merujuk kepada sejarah silam, beliau menceritakan bagaimana ahak-anak zaman dahulu tidak dimanjakan malah akan mendapat hukuman berat oleh ibu bapa sekiranya anak mereka didapati bersalah oleh pihak guru atau masyarakat. Ustaz Mahyudin bin sharif merupakan Pegawai pendidikan dan dakwah di Pusat Islam UTM Skudai dan sebelum ini bertugas di Jabatan Agama Islam Johor selama lapan tahun. Majlis sambutan Maulidurrasul kali ini di rasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN kawasan Semarang / Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam dan dihadiri sama oleh Sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO hg Ayer Hitam, Tuan Hj Mohd Junaidi Kamari Naib Ketua UMNO Bhg ayer Hitam, Encik Selamat Mohamed Penghulu Mukim Tg Semberong dan Tuan Hj Salleh Rahman Penghulu Mukim Chaah Baru. Dalam ucapan perasmian YB Datuk Samsol Bari Jamali mengumumkan iaitu Kerajaan Barisan Nasional telah pun memperuntukan 1.7 juta untuk projek pembesaran masjid jamek Sultan Ibrahim dan insyaAllah akan dilaksanakan pada tahun 2010. Katanya lagi, dengan terlaksanakanya projek tersebut mudah-mudahan masjid ini dapat dijadikan pusat untuk membina persatuan dan kesatuan umat Islam serta sebagai pusat pembangunan ummah dan tamadun Islam.(Sumber Oleh Sub_halid) ByM69
MARI SYAHADAH
Saturday, 27 February 2010
SAMBUTAN MAULIDURRASUL JPMM DUN SEMARANG & MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM AYER HITAM.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Saturday, February 27, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Friday, 26 February 2010
LAU SHANG BERSAMA RAKYAT SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010
24 HB FEB 2010 JAM 7.00 PETANG Ayer Hitam.
JPMM DUN SEMARANG BERSAMA JKKK KG BARU AYER HITAM menganjurkan LAU SHANG BERSAMA RAKYAT SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010
bertempat SJK ( C ) MALAYAN, KG BARU AYER HITAM. Majlis tersebut turut dihadiri YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG / PENGERUSI JPMM DUN SEMARANG. YB PUAN LIM KEE MOI ADUN KAWASAN YONG PENG. MOHD KAMAL HARUN KETUA WHIP MAJLIS DAERAH YONG PENG.
LAU KIM HUAT PENGERUSI JKKK KG BARU dan semua ahli masyarakat kaum China.
YB Datuk Samsolbari dalam ucapannya, mengharapan supaya tahun harimau pada kali ini memberikan tuah yang lebih kepada semua masyarakat di ayer Hitam. seterusnya menyeru kpd semua ahli masyarakat menyumbang tenaga untuk menjadikan Pekan Ayer hitam sebuah penempatan yang aman, makmor dan menguntungkan. Meminta semua ahli masyarakat meningkatkan kerjasama untuk memastikan keamanan dan keselamatan sentiasa dinikmati.
Menyeru semua ahli masyarakat mengamalkan budaya kerja inovatif supaya Pekan Ayer Hitam sentiasa dikunjungi oleh orang ramai dari seluruh Negara. Kehadiran pelancung bererti membawa kehadiran transaski jual beli yang menguntungkan masyarakat Ayer Hitam. (Sumber SU Halid)BYm69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, February 26, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Tahniah! Wanita UMNO Ayer Hitam..Sambutan maulidurasul paling awal.
Pt Hamid Ayer Hitam. 25.02.2010. TAHNIAH!,Sambutan Maulidurasul paling awal dan pertama telah berjaya diraikan dengan kerjasama Wanita UMNO Bhg Ayer Hitam, Jemaah Suarau At-Tawakkal dan penduduk Pt Hamid,Bertempat di Dataran R&R Dato' Sukiman Sahlan.
Seramai 600 hadirin telah hadir pada majlis ini terdiri dari penduduk persekitaran serta YB Dato' Samsolbari Bin Jamali Adun Semarang. Dalam ucapan alu-aluan YB Dato' Samsolbari, mengucapkan tahniah serta bangga di atas kerjasama jitu para Jemaah Surau At-Tawakkal,Pergerakkan Wanita UMNO bhg Ayer Hitam menjayakan majlis maulidurasul. ByM69.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, February 26, 2010 0 comments
Labels: Wanita UBAH
Wednesday, 24 February 2010
BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN. Terima Kasih UMNO & BN
GEMBIRA Para peneroka penerima SIJIL HAK MILIK TANAH bersama YB Datuk Samsolbari Bin Jamali Adun Semarang/UMNO Bhg Ayer Hitam.
BATU 6 YONG PENG24 FEB 201010.30 PAGIKOMPLEKS PENGHULU MUKIM 7 ( TG SEMBERONG )MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL HAK MILIK TANAH KAWASAN BUKIT JINTAN, KG HJ GHAFFAR MK 7 BATU PAHAT.Seramai 232 orang peneroka tanah di kawasan Bukit Jintan telah menerima hak milik tanah. Drpd jumlah tersebut seramai 67 orang dari kaum cina dan 165 ialah kaum Melayu. Peneroka tanah ini menunggu 21 tahun untuk mendapatkan sijil hak milik.
Majlis penyerahan sijil hak milik disempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kaw Semarang dan YB Lim Kee Moi ADUN Kawasan Yong Peng. Kang See Hoi
Umnur 62 th / Pekan kangkar Baru Yong Peng
Luas tanah 3 ekar
Tanaman Sawit.
Koh Bee Hong
Umur 46 th / taman Wangi Yong Peng
Luas tanah 3 ekar
Tanaman : Getah
Puan Miskinem bt Mangon
Umnur 54 th / Kg Jalan Lama, Yong Peng
Luas tanah 4.5 ekar
Tanaman Sawit.
(Sumber S/U Halid)
Tahniah diucapkan kepada para penerima Sijil Hak Milik Tanah dan Syabas kepada YB Datuk Samsolbari Bin Jamali yang sentiasa membantu dan berusaha keras menjayakan permohonan tersebut. Orang berbudi kita Berbahasa. Orang Memberi kita Merasa, oleh itu kenanglah Jasa. Kami hanya tumpang gembira. ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, February 24, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Tuesday, 23 February 2010
FORUM PERDANA
Program Menyuburkan Kasih, Menyemarakan Sayang,
Sempena Majlis Maulidurasul 1431H.
Tempat
R&R Dato' Sukiman Sahlan. Parit Hj. Abd Hamid.
Tarikh
25.02,2010 (11 Rabiulawal 1431H)
Masa
7.45- 8.30 mlm Jamuan.
9.30-11.30 mlm Forum (Khamis malam Jumaat)
Anjuran
Pejabat Agama Batu Pahat.
Surau At-Tawakal Pt Hamid.
Wanita Umno Bhhg Ayer hitam.
UMNO zon Kota Dalam.
Ahli Panel
Pegawai Kaunseling
Ustazah Norhidayah Bt. Ahmad (UTM).
Ustaz Hamizan Bin Sayuti (Pejabat Agama Kluang).
Semua kaum muslimin di jemput hadir.
(Sumber dari :En Sabaruddin A. Khair Naib Pengerusi Surau At-Tawakal)
By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, February 23, 2010 0 comments
Labels: Wanita UBAH
Sunday, 21 February 2010
“Perkukuhkan Perpaduan Melayu Johor”
Pontian 21Febuari – Orang Melayu di Negeri Johr diseru supaya memperkukuhkan perpaduan kerana telah terbukti iaitu faktor perpaduanlah yang dapat membebaskan kita dari belenggu penjajah dan dapat memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang berdaulat. Seruan ini dilaungkan oleh YAB Menteri Besar Johor ketika menyampaikan ceramahnya di sesi “Bicara Tokoh” di kursus jatidiri kepimpinan akar umbi bertempat di kpmpleks Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010. Katanya lagi, faktor perpaduan terus menjadi penting pada ketika ini bilamana ada golongan yang menjadikan pepecahan orang Melayu sebagai senjata mereka untuk meruntuhkan Negara Malaysia. Menteri Besar, YAB Dato Hj Abd Ghani Othman berharap usaha menambahkan bilangan ahli-ahli UMNO dilipat gandakan khususnya di kalangan generasi muda. Kursus yang berjalan selama tiga hari dua malam ini dihadiri oleh 81orang ketua dan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam. Sebelum ini pada sesi pertama seramai 50 orang kepimpinan cawangan – cawangan telah berkursus yang sama dan ditutup secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Johor pada 7 Feb 2010. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah berkursus seramai 131 orang. Bagi sesi pemuda pula, kursus akan di adakan pada 12 Mac hinggá 14 Mac 2010 dan 27 Mac hingga 29 Mac 2010 pula ialah untuk ketua-ketua wanita Cawangan.(sumber oleh sub_halid) ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, February 21, 2010 0 comments
Labels: Kursus
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah, yang meniru umpama SAMPAH
Guan Eng dalam ucapannya kepada rakyat JELATA berkata "ingin jadi macam Umar Ibnu Aziz/Umar Abdul Aziz" Sebagai Khalifah
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah,Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.SEKALANG..SCAN dulu sapa mahu jumpa saya?
Larang Masuk Pejabat Ketua Menteri PP
TETAPI apa Guan Eng, buat.. sama kah. Jangan memperlekehkan Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah dan setaraf dengan kAMu. Saya tidak akan pernah mengiktiraf kamu seumpama itu. Bagaimana ada sekatan Kepejabat Ketua Menteri, semua sedia maklum..jamgam mempermainkan kami MELAYU dan Islam.
Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."
Untuk pengetahuan, kataNYA Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Ini Banglo sapa duduk..
Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 100,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri.... Betul ker. Sekarang dia tinggal kat mana? Wahai rakan taulan semua cuba selidiki di mana dia tinggal sekarang...berapa sewa..berapa nilai.. BYm69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, February 21, 2010 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Friday, 19 February 2010
..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…
...” You don’t worry I’ll teach you step by step”…..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…
Sungguh jelas.."STEP" itu telah di "STEP" by "STEP" KAN...dan STEP itu kita, sebagai insan MELAYU ISLAM ini, jangan lupa mengumpulkan bersama dan saling ingat-mengingati dan kita mesti "STEPLER" kan apa yang mereka buat terhadap kita.
Terbaru, Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Cuba kita lihat Apa yang BOLEH dan Apa yang TIDAK BOLEH walaupun MALAYSIA BOLEH.
"Cubaan Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kepimpinan Khalifah Cina Melaka ini adalah bersikap cauvinis , rasis dan berfikiran bahaya" ."tindakan Nik Aziz Nik Mat membatalkan sambutan Maulidur Rasul negeri Kelantan sangat mengejutkan". (Sumber MyKMU.net>Penghinaan dan cacian Adun PAS Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu bila ingin mengadakan Perarakan Maulidur Rasul.. dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban“Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.(Sumber,Versi lanjut rujuk http://parpukari.blogspot.com/)Kalau anak JAntan DAN tidak DAYUS..mengapa hanya sentuh MELAYU dan UMNO sahaja,kenapa hormat sangat pada yang lain CINA. India. Mca. Mic. Gerkan. PPP. Apa Melayu dan UMNO ini terlalu HINA..siapa yang lebih HINA di TANAH MELAYU INI?..Inikah MIDDLE MALAYSIA...Bekicot..Genjek.. (ByM69)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, February 19, 2010 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Malaysia BOLEH !!!
Cuba kita lihat Apa yang BOLEH dan Apa yang TIDAK BOLEH walaupun MALAYSIA BOLEH.(sambungan tajuk ..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…..”).BOLEH..BOLEH TELAN...kenyang Se Malaysia bila boleh telan bulanKOK BOLEH..makan gaul bersama..oh! boleh bergaul rupanya..
MALAYSIA BOLEH...tak membazir pulakMALAYSIA BOLEH..sebagai tanda hormat..boleh ikut sama..>MALAYSIA BOLEH..boleh jolok Bulan..MALAYSIA BOLEH...boley..boley..
TAK BOLEH..tak boleh laaa banyak soal pulak..MIDDLE MALAYSIA
Renugkanlah..wahai anak Bangsa KU..ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, February 19, 2010 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Thursday, 18 February 2010
TEKUN BERI PINJAMAN RM 138,000.00 UNTUK 18 USAHAWAN
Penyerahan Cek Tekun
Ayer Hitam 18 Febuari – Yayasan TEKUN Nasional memperuntukkan RM 138,000.00 berbentuk pinjaman lepada 18 usahawan di Parlimen Ayer Hitam bagi membantu mereka meningkatkan keupayaan perniagaan. Antara jenis perniagaan yang dijalankan ialah perusahaan makanan ringan, kedai makan, minuman, jahitan, bengkel, kedai runcit, kraftangan, Andaman, pertanian, ternakan, pengangkutan, dan fetigasi. Majlis penyerahan cek di sempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari bin Jamali ADUN Kawasan Semarang merangkap Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam bersama pegawai TEKUN Negeri Johor. Selaku wakil rakyat YB Datuk samsol Bari Jamali menyeru semua usahawan yang terlibat supaya mengamalkan budaya kerja produktif agar prestasi perniagaan bertambah baik dan menguntungkan.oleh sub_halid By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Thursday, February 18, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Wednesday, 17 February 2010
"Baru TERKEJUT...."
"....tERkEJUT.... dengan lambakan warga asing..."
Adakah baru sekarang baru TERkEJUT...selama ini apakah yang ... nampak. Haruskah kita akan memberi aMARAn demi aMARAn. Fenomena ini, kita semua sedia maklum bukan bermula Semalam..tetapi sejak Zaman penjajah, warga Asing telah berduyun-duyun di Tanah Melayu ini. Pada waktu itu ada juga di beri AmaraN...sampai bila akan bertindak. beraMARan dan berperang dengan lambakan e-Warga asing ini.(ByM69)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, February 17, 2010 0 comments
Labels: Isue
YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, ADUN Semarang rasmikan Pusat Bantuan Bulanan JKM
Ahli Briged Kebajikan Perdana N20.
10 Feb Pt. Lapis Khalid – Seramai 70 Orang telah menerima cek bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sempena pengistiharan Balairaya Pt Lapis Khalid Mk 7 Batu Pahat sebagai Pusat bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mukim 7 Batu Pahat. Penerima Bantuan JKM MK 7 Pt Khalid.
Penerima bantuan terdiri dari pelbagai kategori antaranya ialah bantuan untuk orang-orang tua, orang-orang cacat, bantuan anak-anak ( Ibu Tunggal ) dan bantuan am. YB Datuk Samsol Bari Adun Kawasan Semarang melahirkan perasaan terimakasih kepada JKM kerana bersusah payah untuk membuka pusat ini demi memberikan kemudahan kepada rakyat di luar Bandar.Beliau menasihatkan semua penerima bantuan supaya jangan menyimpan wang bantuan di bawah bantal tetapi hendaklah dibelanjakan sepertimana yang dikehendaki oleh JKM. YB DSBJ Menyampaikan Bantuan bersana Pegawai JKM.
Pada majlis tersebut YB Datuk mengambil kesempatan beramah mesra dengan Ahli Briged Kebajikan Perdana bagi zon mukim VII Dun Semarang. Beliau berjanji akan memberikan kemudahan kepada pasukan briged kebajikan bagi menyemarakkan lagi semangat sukarela yang ada di kalangan ahli. Turut hadir dimajalis tersebut ialah Puan Fatimah mewakili Pegawai JKM Batu Pahat serta Saudara Azhar aktivis briged kebajikan perdana daerah Batu Pahat.(Oleh Abdull Halid SaatbSub_halid@yahoo.com.my)ByM69 Ajey
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, February 17, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
RM 2 Juta Untuk Bina SJK (T) di Yong Peng.
Yong Peng 12 Feb – Kaum India di Pekan Yong Peng berasa lega apabila YB Datuk Dr S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia mengumumkan iaitu Kerajaan BN telah meluluskan peruntukan RM 2 Juta untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Pekan Yong Peng. Pengumuman itu dibuat semasa diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan untuk membina Sekolah tersebut di Dewan Orang Ramai Yong Peng pada 12 Febuari 2010 jam 9.00 malam. Sebelum ini kaum India terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Ladang A Kangkar Baru yang jauhnya lebih kurang 25 kilometer lantaran tiada sekolah jenis tersebut di Pekan Yong Peng. Hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Pegerusi BN Bahagian Ayer Hitam, Datuk K. Balakrisnan Pengerusi MIC Negeri Johor, Encik Batumalai Pengerusi MIC Bahagian Ayer Hitam dan ahli jawatankuasa pembanguanan SJK ( T ) serta para pemimpin MIC Bahagian Ayer Hitam dan negeri.
Menurut YB Datuk Samsol Bari Jamali, pihaknya berharap agar kerjasama erat antara MIC dan Jawatan Kuasa Pembangunan SJKT sentiasa terjalin untuk menentukan proses pelaksaan pembinaan sekolah tersebut tidak terganggu dan berjalan mengikut jadual yang di rancang.(Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my) By M69 Ajey
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, February 17, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Monday, 15 February 2010
Anak Melayu Vs Anak Komunis (Versi01)
Tun M,"jika kita bercakap atau mempertahankan hak kita akan dituduh perkauman.Inilah sifat sebenar ultra kiasu dan chauvanist yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng"
Semua Melayu dan Peribumi Tanah Melayu tahu..SIAPA Komunis...Siapa yang ingin menjunjung perjuangan nenek moyangNya dan ingin kembali ke Tanah Melayu ini.
Lihat lah KOMUNIS dengan Mata Terbuka...Melayu tidak berani bersuara bila bangsanya sendiri di ganyang Komunis Cina..adakah sekarang akan berulang lagi.
RenungkanLAH...luahan rasa yang saya petik dari kiriman rakan-rakan.
1. Anda *(Komunis)* mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas
untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan.
Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lainyang putus kakinya,patahlehernya,pecah dadahnya dan yang mati di atas
taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.
2. Hari ini,kamu mahu kami mengiktiraf kamu,bagaimana pula dengan bapa
saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah
di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis
dan kakitangan kerajaan.
3. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh
najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai* Komunis Melayu* ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu
menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan
mengikuti perjuangan kamu.
4. Bagaimana rasanya Imam surau kami ditangkap komunis dan digantung pada jambatan PT Raja Darat, setiap yang lalu perlu menghiris dan meletakan garam...angkara siapa itu..Melayukah..sudah pasti komunis.
Renungkanlah..buka mata, jangan mencela Bangsa seAgama sendiri.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, February 15, 2010 0 comments
Labels: Komunis
ZIARAH KASIH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010 ADUN Semarang.
Ayer Hitam 13.02.10 Aktiviti ziarah kasih sempena Tahun Baru Cina 2010, Jam 10.00 pagi hingga 1.30 petang dikawasan Dun Semarang Kg Baru Ayer Hitam.
Aktiviti ini disertai seramai 50 peserta terdiri dari AJK Umno Dun Semarang dan JKK Kg Baru. Seramai 14 keluarga telah d ziarahi dalam aktiviti tersebut dengan pelbagai sumbangan diberi. Mereka yang di ziarahi terdiri dari Pesakit Kronik, Orang tua, anak yatim dan OKU.
Aktiviti ini telah di Ketuai oleh YB Datuk Samsolbari Bin Jamali,Adun Semarang, Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam dan En. Lau Kim Huat Timbalan Pengerusi MCA Bhg Ayer Hitam dan Pengerusi JKK kg Baru. YB Datuk Samsobari Bin Jamali Adun Semarang bersama JKK Kg Baru sempena aktiviti Ziarah Kasih.
(Sumber Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my)Post ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, February 15, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang