Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 23 December 2009

UMNO sila undur diri dari Pulau Pinang? Siapa patut undur...


GEORGETOWN- UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini


Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.


“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

Rujuk Apa kata Orang Lain.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini berbeza dengan PP daripada DAP dan UMNO yang begitu agresif dalam urusan berkenaan.

‘‘Di Pulau Pinang, UMNO berjaya mendaftarkan 80 pengundi baru, DAP (60), Pas (30), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan MCA masing-masing 20 manakala Gerakan dan MIC kosong.

‘‘Di Selangor pada Oktober lalu juga, UMNO dan DAP masing-masing berjaya mendaftarkan 5,000 pengundi baru, Pas (1,000), PKR (300), MCA (250) sementara Gerakan hanya 40 orang dan MIC kosong.


Apa KataKu.
Eh!..Siapa yang patut,Sesuai. bertanggungjawab berundur. Kita semua tahu UMNO masih Kukuh dan terlalu akrif di P.Pinang(PP), masih boleh mempertahankan PP. Tapi mana Gerakan, dan yang lain-lain. Mana KPI anda.Lagi sekali MANA KPI ANDA? Kalau betul berwibawa kenapa satu Kerusi pun tak dapat. Syabas UMNO PP dan Melayu PP. Siapa lebih rakus dan ingin mengekalkan kuasa, tiada semangat setiakawan. Siapa yang tidak aktif dan hanya menanti keuntungan dari titik peluh orang lain, mungkin Gerkan hanya rasa hormat Pada DAP dan rakan SEKUPUNYA sahaja, dan tidak sanggup untuk mencari para pendaftar baru dan pengundi Baru. Jika telah boleh mentadbir 35 tahun , mana bukti, kesan positif dari Gerakan, malahan terus kecundang dan kehilangan PP. Apakah Agenda sebenar GERAKAN, kita tidak perlu tunggu dan lihat, kita sudah tahu dan jelas.
Kalau di Negara lain terutama Melayu..kita boleh fikir sendiri. Ini di Tanah Melayu pun ada manusia yang tidak mengenang Budi dan tak tahu di untung. Jadikan lah iktibar wahai anak-anak Melayu, jika orang lain mendapat sedikit Kuasa..apatah lagi kalau terus berkuasa, itulah keadaan gambaran yang akan dan pasti terjadi. Bersatulah kita, teguhkan iman, teguhkan ekonomi, teguhkan ilmu supaya Melayu terus hidup. By M69.

0 comments: