Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 27 December 2009

GERAKAN BELIA 4B KAWASAN AYER HITAM ZIARAH ANAK YATIM.


Ayer Hitam 27 Disember – Pertubuhan Gerakan Belia 4B kawasan Ayer Hitam yang diketuai oleh sdr Rosli bin Abd Zanggi menganjurkan program ziarah kasih pada 20 Disember 2009 yang lalu di sekitar kawasan Pekan Ayer Hitam. Antara yang di lawati ialah empat orang anak yatim yang masih bersekolah dan tinggal bersama ibu mereka yang masih belum berkerja. Anak-anak yatim tersebut ialah cahaya mata kepada Allahyarham Zaidi bin Mohd Isa bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8 Ayer Hitam. Sempena ziarah tersebut Gerakan Belia 4B Kawasan Ayer Hitam menghulurkan sumbangan kewangan dan bahan-bahan makanan kepada Puan Idah, balu Allahyarham yang menetap di Taman Suria Ayer Hitam. Proram ziarah kasih tersebut lebih ceria dengan kehadiran Ybhg Ustaz Mohd Shahren Jamaludin Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor merangkap Ahli EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau bersama rombongan turut serta berkonvoi untuk menjayakan program ziarah kasih ke Kg Baru dan lorong telekom Ayer Hitam.(Sumber oleh sub_halid)N ByM69

0 comments: