Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69
Showing posts with label Imbas kembali. Show all posts
Showing posts with label Imbas kembali. Show all posts

Sunday, 31 July 2011

Imbas Kembali Pt Semarang...


IMBAS KEMBALI
PARIT SEMARANG 25 SEPT 2009 – AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM YANG DI KETUAI OLEH HAJJAH RAHEMAH IDRIS MENYANYIKAN LAGU SELAMAT HARI RAYA BERSAMA YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI KETUA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM SEMASA SAMBUTAN HARI RAYA WANITA BAHAGIAN DI ADAKAN DI DEWAN MUAFAKAT PARIT SEMARANG PADA 25 SEPTEMBER 2009. KINI ADILFITRI 2011 MENGGAMIT SEKALI LAGI PADA AKHIR BULAH OGOA 2011 SETELAH BERPUASA 29 HARI PADA BULAI OGOS / RAMADAN. SELAMAT MENJALANKAN IBADAN PUASA KEPADA YANG MELAYARI BLOG INI DAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA. SEMOGA ALLAH SWT MENYELAMATKAN UMAT ISLAM SELURUHNYA, HIDUP DALAM AMAN DAMAI SERTA MAKMOR DAN HINDARKAN DARI FITNAH SENGKETA SERTA HURUHARA AMIN YA ALLAH. S/U Halid Saat.

Imbas Kembali Pt Tengah Yong Peng


IMBAS KEMBALI
PARIT TENGAH YONG PENG 25 APRIL 2009 – AHLI JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SELEPAS BERGOTONG ROYONG MENUTUP LUBANG DI TENGAH JALAN KAMPUNG PARIT TENGAH MK 7 YONG PENG. KEJADIAN TANAH MENDAP YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA LUBANG DI TENGAH JALAN SANGAT BAHAYA BAGI PENUNGGANG MOTORSIKAL DAN KENDERAAN 4 RODA DAPAT DI ATASI DENGAN SEGERA OLEH TINDAKAN PANTAS PEMUDA UMNO BAHAGAIAN AYER HITAM. Sumber Dan Foto S/U UBAH Halid Saat

Tuesday, 2 February 2010

Mana NegaraKu Tanah Melayu?..(Imbas Kembali)


Orang Lain Ada Negaranya Orang Melayu Mana Negaranya.Pada 26 Febuari 2006 ramailah orang Melayu berhimpun di Bandar Penggaram Batu Pahat. Setiap jalan di banjiri oleh lautan manusia khususnya di jalalan Rahmat, jalan Sultanah dan jalan Stadium. Mereka berhimpun untuk mengenang kembali jasa dan budi pemimpin terdahulu iaitu Dato' Onn bin Jaffar yang berjaya menyatukan orang-orang Melayu dan memusnahkan cita-cita penjajah untuk menegakkan sistem Malayan Union di Tanah Melayu. Semangat perjuangan Dato' Onn masih membara hingga kehari ini tetapi malangnya di kalangan generasi muda ada yang tidak menghayati riwayat ini lantaran mereka buta sejarah dan tidak merasai adanya sejarah yang menghasilkan mereka.Mereka adalah hasil produk sejarah masa lampau. Bersyukurlah, rupa-rupanya sejarah lampau membolehkan kita berada dipuncak sekarang.(Sub_Halid@yahoo.com.my) By Ajey M69

Sunday, 29 November 2009

Teringat Banjir 2007 (Imbas kembali)

Pt Khalid Tg Semberong 12.12.2006
YB Datuk Mustapa Mohamed.Melawat mangsa banjir SK Sri Bandan.

Parit Raja 26 Nov - Assalamualaikum kepada semua warga DUN Semarang khususnya dan warga Parlimen Ayer Hitam amnya. Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita semua dapat hidup aman dan boleh merancang masa hadapan kita dan keluarga dengan teratur.Sekarang ini musim cuti sekolah dan rasanya setiap keluarga ada merancang untuk mengisi musim cuti ini untuk berjalan-jalan atau melawat sanak saudara yang mengadakan kenduri kendara. Tetapi dalam kita bersuka ria tu pada masa yang sama kita juga perlu beringat. Pada masa musim hujan ni rancanganlah perlalanan dengan baik. Periksalah dulu kenderaan sebelum memandu. Sekiranya ada yang perlu dibaiki hantarlah dulu kereta ke bengkel untuk diperbaiki.Semasa memandu pula hendaklah berhati-hati terutama semasa memandu dikala hujan.Teringat saya pada Disember 2006 dan Jan 2007 dimana semua daerah di negeri johor dilanda hujan berterusan dan banjir.Lebih 30 pusat perpindahan banjir diwujudkan. Ramai pemimpin nasional yang hadir menjenguk kita di DUN Semarang dan di antaranya ialah YB Datuk Mustapa Mohamed. Beliau melawat Pusat Perpindahan Mangsa Banjir pada 8 Januari 2007 di SK Seri Bandan Mk 7 Batu Pahat. Disamping menyampaikan sumbangan beliau bermesra dengan rakyat dan adik-adik pelajar sekolah yang menjadi mangsa banjir.Nukilan rasa Halid Saat.(Sumber oleh sub_halid)Post By M69

Saturday, 24 October 2009

IMBAS KEMBALI


YB MENTERI KKLW MELAWAT PEJABAT DUN SEMARANG / UBAH

PADA 16 MEI 2009 YB DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR MELAWAT KAWASAN DUN SEMARANG / UMNO BAHAGIAN AYER HITAM DAN SUDI MENINJAU PERSEKITARAN PEJABAT DUN SEMARANG / UMNO BAHAGIAN AYER HITAM.DALAM LAWATAN TERSEBUT YB MENTERI BERMURAH HATI MELULUSKAN PERUNTUKAN RM 200,000.00 UNTUK MEMBINA SEBUAH BANGUNAN YANG DISEBUT SEBAGAI DEWAN KOMUNIKASI AYER HITAM.kETIKA INI DEWAN TERSEBUT DALAM PROSES PEMBINAAN.TERIMA KASIH BN (Sumber S/U Ubah) ByM

Thursday, 6 August 2009

SEPANJANG JALAN KENANGAN - KHIDMAT MASYARAKAT SEBATI RAKYAT by Halid Saat


Seramai 90 orang belia di DUN Semarang telah bekampung tiga hari dua malam di Permatang Duku, Parit Betak Pontian bagi menjayakan program “Khidmat masyarakat sebati rakyat”. Program ini merupakan agenda perkongsian bijak antara dua parlimen iaitu Parlimen Ayer Hitam dengan Parlimen Pontian. Program yang bermula pada 18 Mei 2008 hingga 20 Mei 2008 di isi dengan pelagai aktiviti antara lain ialah majlis membaca yasin dan ceramah agama, gotong royong, persembahan kebudayaan, motivasi, sukan rakyat, mesra keluarga angkat dan pendidikan keluarga. Program ini juga dihadiri oleh para pemimpin tempatan iaitu YB Hasni in Mohamad Ketua UMNO Bahgian Pontian dan YB Ahmad Maslan Ahli Parlimen Pontian. Program ini ditutp secara rasminya oleh Y Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam merangkap ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapanya, YB Datuk Samsol Bari Jamali merasa sangat gembira kerana hubungan antara dua parlimen ini akan melahirkan belia yang berilmu dan mampu membentuk satu generasi muda yang berdisiplin, menghargai masa, mempunyai nilai ahlak yang tinggi dan mentaati prinsip-prinsip rukun negara.(Sumber S/U UMNO Halid saat) By M

Tuesday, 4 August 2009

Sepanjang Jalan Kenangan By Halid Saat



Tembakan pistol pada 23 disember 2007 pada jam 2.00 petang dilitar Ayer Hitam merupakan satu sejarah di Parlimen Ayer Hitam. Tembakan yang disempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari bin Jamali ADUN Kawasan Semarang itu menandakan bermulanya catatan sejarah kejohanan pertandingan motolsikal lasak peringkat negeri Johor di Pekan Ayer Hitam. Pertandingan ini merangkumi pelbagai kategori antara kejohanan peringkat senior dan junior. Dengan bermulanya kejohahan ini telah merobah suasana Pekan Ayer Hitam apabila ia dihadiri peminat sukan motorsikal lasak dari pelusuk negeri Johor dan dari luar Johor terutamanya dari Singapura, Selangor dan Melaka. Kejohahan ini telah menarik minar ramai golongan muda dan pelajar. Semoga bidang yang menggabungkan kepakaran kejuruteraan mekanikal, kemahiran & kekuatan fizikal serta ketahanan mental ini dimabil iktibar untuk mencapai mercu tanda kejayaan (Sumber S/U UMNO En Halid Saat)By M

Sunday, 26 July 2009

Sepanjang Jalan Kenangan by Halid Saat



Pada 29 Julai 2006 Jam 10.00 pagi YB DSBJ ADUN Semarang, telah menyempurnakan majlis pecah tanah sempena bermulanya pembinaan balairaya Kg Pt Khassan Jegol. Balairaya ini mendapat peruntukan drpd kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM 50,000.00. pembinaannya dilaksanakan dengan kaedah gotong royong. Majlis pecah tanah ini diadakan sempena minggu Gerak Tumpu Dun semarang yang di adakan pada bulan Julai 2006turut hadir pada majlis ini ialah sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Allahyarham Hj Abu bin Maana Naib Ketua Umno Bahagian, sdr Zainal Jalil Ketua UMNO cawangan Pt Khassan Jegol, Puan Kasmirah Tukimin Ahli Majlis Daerah Yong Peng dan pemimpin masyarakat di bahagian ayer hitam. Tapak bangunan balairaya ini didirikan bersebelahan dengan bangunan kelas tabika Kemas Kg Pt Khassan Jegol. Dalam ucapan perasmian, YB DSBJ mengharapkan supaya pembinaan balairaya ini menjadi lambang permuafakatan masyarakat lebih-lebih lagi ia dibina dengan kaedah gotong royong,(Sumber s/u UMNO Halid Saat)by M

Sepanjang Jalan Kenangan by Halid Saat

Majlis dimulakan dengan acara bersiram oleh
YB Datuk Samsol Bari Bin Jamali.
Acara mandi beramai-ramai..
Acara berkhatan.
Tarikh 11 disember 2005
Masa dari jam 8.00 pg hingga 7.00 ptg
Tempat SMK Datuk Menteri Ayer Hitam
Majlis Berkhatan Beramai-ramai
Anjuran
Perg Pemuda UMNO Ayer Hitam.
SMK Datuk Menteri, Hospital Daerah Kluang,
PIBG SMK Datuk Menteri,
Ahli JKKK & Yayasan Pembangunan Keluarga.
penyertaan - 180 orang kanak-kanak
bayaran RM 20.00 sahaja
keutamaan - keluarga yang berpendapan rendah
perasmian oleh - YB Datuk Samsol Bari Bin Jamali Adun Semarang.
setinggi penghargaan dan terima kasih kpd Pihak Pentadbir SMK Datuk Menteri
(Puan Eva Bt Abdullah) , Pengarah Hospital Kluang dan seluruh kakitangannya serta Yayasan Pembangunan Keluarga.
(Sumber s/u UMNO Halid Saat) by M