Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 7 December 2009

Tahniah YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dari YB Datuk Samsolbari Jamali.


YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam mengucapkan tahniah kepada YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas majlis perasmian DMDI.

Ayer Keroh Melaka 5 Dis – UMNO Bahagian Ayer Hitam mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan II, YB Dato Seri Ahmad Husni Hanazlah kerana dikurniakan Pingat Tun Perak oleh Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam ( DMDI ) sempena persidangan tahunannya kali ke 10 di MITC Ayer Keroh. Kurniaan tersebut disampaikan oleh YAB Dato Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi DMDI selepas YB Menteri Kewangan II itu menyempurnakan upacara perasmiannya.Kurniaan tersebut ialah sebagai mengenang jasa YB Dato Seri Ahmad Husni Hanazlah yang secara berterusan memberikan sumbangannya kepada kecemerlangan dunia Melayu. Dalam ucapan rasmi, YB Menteri bersetuju menerima kertas kerja dari DMDI untuk memajukan umat Melayu dipentas yang lebih luas dan bersedia membantu menjadikan finance house yang di anjurkan oleh DMDI menjadi satu kenyataan.(Sumber Drpd Sub_halid) By M69

0 comments: