Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 7 December 2009

UMNO Bahagian Ayer Hitam akan raikan pelajar cemerlang UPSR 28.12.2009


Ayer Keroh 5 Dis – Seramai135 orang pelajar cemerlang ( 5A ) akan diraikan di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam pada 28 Disember 2009 mulai jam 9.00 pagi.Program ini akan dikelolakan oleh Biro Pendidikan UMNO Bahagian Ayer Hitam dan para jemputannya termasuklah ibu bapa pelajar, guru-guru dan pemimpin PIBG. Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Samsol Barij Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam ketika membuat pertemuan singkat dengan Ybhg Encik Aminuddin Hanafiah Setiausaha Politik kepada YB Menteri Kewangan II di ruang pameran Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam diMITC Ayer Keroh.Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut terdiri dari pelajar yang berada dalam kawasan Parlimen Ayer Hitam dan bersekolah di dalam Parlimen Ayer Hitam. Dalam pertemuan itu YB Datuk SamsolBari Jamali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepad YB Menteri Kewangan II kerana prihatin dengan aktiviti memangunkan bidang pendidikan di kawasan Ayer Hitam.(Sumber Oleh sub_halid@yahoo.com.my) By M69

0 comments: