Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 31 October 2009

10 Peserta Mini Bike rentap di peringkat akhir.

Datuk Samsolbari Jamali bersama para peserta pelumbaan Mini Bike.

Ayer Hitam 31 Oktober – Adik Nakagawa dari Singapura ( rakyat Jepun ) berjaya dinobatkan sebagai Johan apabila berjaya merebut Piala Pusingan
YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang di Pertandingan Mini Bike Ayer Hitam 2009 di Litar Mini Bike Bandar Baru Ayer Hitam di sini. Naib Johan di sandang oleh adik Mohd Khairul Ikhwan dan ketiga disandang oleh adik Hasfauzan. Selain dari mereka bertiga seramai tujuh lagi berjaya ke peringkat akhir kejohanan ini iaitu adik Fakhrhrusy, adik Amirul, adik Md Yasser, adik Arilrusdy, adik Atsad, adik Md Nur Akma dan adik Nur Hafizah.
(Sumber Oleh sub_halid) By M69

Sepasang bakal haji dan hajjah Kg Pt. Arsad diraikan


Pada 28 Oktober 2009 Penduduk Kg Parit Arsad meraikan sepasang suami isteri yang akan menunaikan fardu haji pada tahun 2009. Majlis ringkas tersebut di hadiri oleh penduduk kampung dan di wakil dari UMNO bahagian iaitu Sdr. Abdull Halid Saat Setiausaha Bahagian dan Sdr. Zainudin Mohidin AJK UMNO Bahagian Ayer Hitam. En. Mohd Aini serta isteri dan En. Samad Anang serta isteri dijangka bertolak pada pertengahan November 2009. Di majlis itu En. Mohd Aini yang juga Bendahari UMNO Cawangan Pt. Arsad secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada En. Mohd Shamsudin Ketua UMNO Cawangan untuk dipangku semasa ketiadaannya.
(Sumber oleh Sub_halid) BY M69

Thursday 29 October 2009

Sambutan Eidulfitri Pergerakan Wanita Bahagian Ayer Hitam meriah


Sambutan eidulfitri Perg Wanita UMNO Bhg Ayer Hitam yang diadakan pada 17 oktober 2009 disambut meriah dengan kehadiran Adun Semarang YB Datuk Samsol Bari bin Jamali. Sambutan di adakan di Dewan Muafakat Semarang, para tetamu di hidangkan dengan pelbagai juadah dari 10 zon Pergerakan Wanita cawangan-cawangan.
(Sumber Oleh sub_halid) ByM69

PT ARSAD SERAH SIJIL AHLI UMNO

Ahli UMNO Baru Cawangan Pt Arsad. Yong Peng. Johor.
Pt Arsad 28 okt – Seramai lapan belas orang penduduk Kg Pt Arsad telah menerima sjil ahli umno dalam satu majlis ringkas yang di adakan di balairaya Parit Arsad. Majlis serah terima sijil tersebut disempurnakan oleh Sdr Abdull Halid bin Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam. Salah seorang penerima sijil keahlian iaitu sdr Ismail bin Dol berkata beliau sangat gembira kerana diterima menjadi ahli umno dan sangat yakin hanya umno sahajalah yang mampu membimbing orang Melayu ke arah satu pentas yang gemilang baik di dunia mahupun di akhirat. ( oleh zainudin mohidin )By M69

Wednesday 28 October 2009

PASAR RABU AYER HITAM (Salah satu Imej baru Dun Semarang)

Tapak PASAR RABU Ayer Hitam














28.October 2009. Ayer Hitam.
PASAR RABU Ayer Hitam menjadi salah satu imej baru di kawasan Dun Semarang.
Pasar Rabu menjadi tumpuan masayrakat sekitar Ayer Hitam dan sentiasa dinantikan oleh setiap pengunjung dari luar daerah terutama para peniaga dan pemborong. Pasar tersebut meyediakan pelbagai jenis barangan kegunaan harian terutama kain dan pakaian dengan harga mampu milik dan sangat berpatutan. Keistimewaan Pasar Rabu ini hampir semua barangan dijual pada harga ”BORONG” yang tidak terdapat di tempat lain.
Operasi Pasar Rabu bermula seawal 6.30 pagi sehingga 12.30 tengahari setiap hari Rabu. Peniaga yang datang dari daerah dan Negeri selain Johor telah mula membanjiri tapak perniagaan Pasar Rabu seawal jam 6.00 petang hari Selasa. Kawasan dan tapak Pasar Rabu amat mudah dikunjungi kerana ianya terletak di persimpangan utama jalan Ayer Hitam ke Johor Bahru, Kluang , Yong Peng dan Batu Pahat.
Kemudahan meletak kenderaan dan tapak perniagaan yang luas menjanjikan urusan jual beli yang selesa dan selamat.
(Sumber M69)

MAJLIS SERAH TERIMA KERETA BOMBA........... (Imbas Kembali)


Tarikh 25 Januari 2008 Merupakan hari bersejarah untuk Pertubuhan Bomba Sukarela Ayer Hitam, Dun Semarang apabila menerima sebuah kereta bomba untuk kegunaan bagi kawasan Ayer Hitam. Majlis serah terima disempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Adun Semarang dan disaksikan oleh semua ahli pasukan bomba sukarela Ayer Hitam yang diketuai oleh Encik Lau Kim Huat. ( drpd sub_halid ) By M69

Kepimpianan Pemuda Umno Ayer Hitam .........(Imbas kembali)


Pada 14 oktober 2009 kepimpinan pemuda umno bahagian ayer hitan berpeluang berdiskusi dengan YB Datuk Saifudin Abdullah timbalan menteri pengajian tinggi malaysia. Diskusi dan makan tengahari diadakan di Legend Hotel kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agong UMNO Malaysia. Di sesi diskusi tersebut YB Datuk Saifudin Abdullah meminta tenaga muda umno untuk sama-sama mengembalikan golongan muda ini kepangkuan kerajaan supaya golongan tersebut dapat maju seiring dengan kaum-kaum lain. ( drpd sub_halid )By M69

Monday 26 October 2009

Tahniah!! Sahabat Haji Sabak Uni.


26.10.09 Ayer Hitam
MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN SAHABAT HAJI SABAK UNI DAN MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI TAHUN 1430 HIJRAH Selasa, 20 October 2009
Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni telah mengadakan majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni dan Meraikan Bakal-Bakal Haji Tahun 1430 Hijrah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, program itu merangkumi berdakwah secara moden bersesuaian dengan perkembangan dan kehendak semasa
''Kita jangan hanya bergerak di sekitar masjid tetapi turut melaksanakan pendekatan lain dalam berdakwah seperti mengedarkan pelbagai risalah yang boleh mengukuhkan perpaduan sesama sendiri'' katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam berkata demikian ketika merasmikan Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni di Masjid Jamek Sabak Uni di sini semalam.
Persatuan itu ditubuhkan pada 8 November tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 ahli.
Sempena majlis tersebut, Samsol turut melancarkan laman web persatuan tersebut www.sahabathaji.blogspot.com yang diwujudkan khusus untuk menyebarkan maklumat mengenai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan.

Yang Berhormat Datuk Samsolbari Bin Jamali
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semarang
(Sumber Utusan Melayu) ByM Ga Plexs/T Wull

Pesta Tanglung Ayer Hitam meriah (Imbas kembali)


Ayer hitam 26 oktober – Kehadiran YB Datuk Samsol Bari Jamali Adun Semarang dan YB Datuk Dr We Kaa Siong Ahli Parlimen Ayer Hitam telah memeriahkan pesta tanglung yang di anjurkan oleh Jkkk Kg Baru Ayer Hitam bersama 15 badan-badan bukan kerajaan pada 25 september 2009 bertempat di SRJK(c) Malayan Ayer Hitam. Pelbagai aktiviti diadakan di pesta tersebut dan antara yang menarik ialah kempen jualan kupon untuk menjana dana untuk sekolah. Dalam ucapan rasmi Adun Semarang, YB Datuk Samsol Bari Jamali bersedia memberikan kerjasama menyediakan sebahagian peruntukan untuk membangunkan aktiviti masyarakat Cina di Kg Baru Ayer Hitam.
(Sumber oleh sub_halid@yahoo.com.my)ByM69

PELAJAR POLY-TECH MARA GIAT LATIHAN KOMUNIKASI


SG. RAMBUT 25 OKTOBER - SERAMAI 25 ORANG PELAJAR POLY TECH MARA KAMPUR CAWANGAN BATU PAHAT BERKAMPUNG DUA HARI SATU MALAM DI KAMPUNG SG RAMBUT BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN KERJA AMAL. PROGRAM INI YANG BERMULA PADA 24 OKTOBER INI DIISI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI ANTARA LAIN IALAH ZIARAH KELUARGA MISKIN, SUKANEKA, BELAJAR ICT UNTUK WARGA KAMPUNG DAN LAIN-LAIN LAGI. TUJUAN UTAMA PROGRAM INI IALAH UNTUK MENGASAH BAKAT BERKOMUNIKASI PELAJAR DAN MEMBERIKAN PENDEDAHKAN KEPADA MEREKA AKAN REALITI SEBENAR MASYARAKAT LUAR BANDAR. PROGRAM INI DITUTUP SECARA RASMI OLEH YB DATUK SAMSOL BARI BIN JAMALI ADUN SEMARANG MERANGKAP KETUA UMNO BHG AYER HITAM. TURUT HADIR DIUPACARA PENUTUP INI IALAH ENCIK NIK ZAMHURI PENGARAH POLY TECH MARA BATU PAHAT DAN HJ ABD RAHMAN ZAINUDIN KETUA KAMPUNG SG RAMBUT.
(Sumber oleh sub_halid@yahoo.com.my)ByM69

Sunday 25 October 2009

Tahniah!! Pemuda UMNO BHG AYER HITAM


22Oct2009. Ayer Hitam. Diucapkan Tahniah dan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bhg Ayer Hitam, yang telah membina Blog dan Laman Web nya sendiri. Segala aktiviti dan program dapat dipaparkan untuk maklumat umum selaras dengan kemajuan ICT dewasa ini.
Semuga dengan adanya Blog ini, pemilik Blogger dapat membantu memberi maklumat yang jujur dan telus demi kebaikan Melayu dan UMNO serta dapat menangkis segala thomahan dan fitnah yang tidak berasas dari blog-blog pinggiran lain.
By M69.

KUMPULAN ZAPIN TAMAN SURIA DIDIK AHLI GUNA MASA LAPANG.


AYER HITAM 23 OKTOBER - GOLONGAN REMAJA SEKITAR TAMAN SURIA DAN TAMAN ROS AYER HITAM BERPELUANG UNTUK MENGGUNAKAN MASA LAPANG DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH APABILA KELAS BELAJAR ZAPIN DIBUKA SEMINGGU SEKALI DI BALORA ( BALAI ORANG RAMAI ) TAMAN SURIA. MENURUT PUAN ROHANI PENGAJAR ZAPIN TAMAN SURIA, KELAS ZAPIN DIBUKA SEMINGGU SEKALI DAN MASA PEMBELAJARANNYA SEKITAR 2 HINGGA 3 JAM.KATANYA LAGI, RAMAI IBU BAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGHANTAR ANAK MEREKA BELAJAR ZAPIN KERANA AKTIVITI INI BOLEH MENGALIH ARAH KEGIATAN REMAJA DARIPADA KEGIATAN YANG SIA-SIA KEPADA KEGIATAN YANG BERFAEDAH DAN BERSASKAN ILMU.
(Sumnber SUB_HALID@YAHOO.COM.MY) By M

Saturday 24 October 2009

IMBAS KEMBALI


YB MENTERI KKLW MELAWAT PEJABAT DUN SEMARANG / UBAH

PADA 16 MEI 2009 YB DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR MELAWAT KAWASAN DUN SEMARANG / UMNO BAHAGIAN AYER HITAM DAN SUDI MENINJAU PERSEKITARAN PEJABAT DUN SEMARANG / UMNO BAHAGIAN AYER HITAM.DALAM LAWATAN TERSEBUT YB MENTERI BERMURAH HATI MELULUSKAN PERUNTUKAN RM 200,000.00 UNTUK MEMBINA SEBUAH BANGUNAN YANG DISEBUT SEBAGAI DEWAN KOMUNIKASI AYER HITAM.kETIKA INI DEWAN TERSEBUT DALAM PROSES PEMBINAAN.TERIMA KASIH BN (Sumber S/U Ubah) ByM

Wednesday 21 October 2009

Bakal Haji Diraikan.


Sabak Uni 20 Oktober - Seramai 29 bakal haji dan hajjah dari kawasan sabak Uni diraikan oleh penduduk kawasan sabak Uni dengan mangadakan satu majlis di masjid jamek Sabak Uni, Parit Raja. Majlis bermula dengan solat magrib, tahlil dan doa selamat, diikuti dengan solat Isyak serta upacara keraian yang disempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Wakil bakal haji dan hajjah Sdr. Mohd Junaidi Kamari berkata pihaknya amat terharu dengan daya usaha penduduk untuk meraikannya dan berdoa semoga jejak langkah mereka ke baitullah akan dituruti oleh mereka yang belum menunaikan haji, Insya Allah.
(Sumber sub_halid@yahoo.com.my) By M

Doa Eidulfitri DUN Semarang


Taman Suria Ayer Hitam 18 Okt - Sempena berakhirnya bulan syawal 1430 hijrah semua warga Dun semarang menadah tangan memohon kepada Allah SWT semoga negara kita di selamatkan dari bencana dan huru hara serta berharap dapat bertemu lagi pada bulan Ramadan dan bulan Syawal tahun hadapan. Siri sambutan Eidul fitri terakhir di laksanakan di rumah kediaman YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dengan meriahya.
(Sumber sub_halid@yahoo.com.my)By M

Tuesday 13 October 2009

UMNO...


PARTI PILIHAN MELAYU : UMNO mesti memperbetulkan semula visi, hala tuju dan dasar perjuangannya, agar ia terus menjadi parti pilihan dan sandaran orang Melayu.

Tahniah UMNO BAGAN PINANG


13.10.09 Ayer Hitam Batu Pahat.
TAHNIAH!! kami warga UMNO Bahagian Ayer Hitam mengucapkan syabas dan tahniah kepada UMNO Bagan Pinang di atas kejayaan Tuan Puan. Semuga kemenangan ini akan terus melenyapkan keceluparan manusia yang sering menghina bangsa seAgama sendiri.


Semuga kita warga UMNO sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada semua,hindarkanlah sikap yang mencemarkan imej Agama, Bangsa dan Parti.
Pepatah jawa "Moyok mondok" (suka mengata orang lain akan terkena diri sendiri..siapa yang akan berkubur dan jadi kuda tunggangan...fikirlah sendiri).

Semuga Cemerlang PMR'09

Datuk Samsolbari Bin Jamali
07.10.09 Ayer Hitam. Datuk Samsolbari Bin Jamali mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan PMR2009 kepada anak-anak warga UMNO BHG Ayer Hitam. Mendoakan agar semuanya akan berjaya dengan CEMERLANG.
"kita doakan adik-adik dan anak-anak kita cemerlang dlm PMR...amin" Datuk Samsolbari Bin Jamali.