Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 27 December 2009

Belia Wawasan Sg Rambut anjur Festival Sukan

Perasmian Fastival Sukan Belia Sg. Rambut.
Pasukan Futsal Belia Sg. Rambut.

Sg Rambut 26 Dis – Seramai 120 buah keluarga di Kg Sg Rambut bergotong royong menjayakan Festival Sukan yang di anjurkan oleh Persatuan Belia Wawasan Sg Rambut bermula pada 26 Dis hingga 27 Dis 2009. Seluruh penduduk kampung di Sg Rambut menghulurkan kerja sama bagi menjayakan festival tersebut yang melibatkan semua lapisan umur ahli masyarakat. Persiapan bermula seminggu lebih awal dengan memaparkan pelbagai acara antara lain ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan gubahan dan masakan, ceramah agama hari asyura, pertandingan memancing, sukan rakyat, pertandingan futsal, indoor game : pertandingan karom, dam aji dan dart. Dalam ucapan alu-aluan, Sdr Mohd Faidzal Pengerusi Persatuan Belia Wawasan Sungai Rambut berkata, pihak mengamalkan motto progresif, inovatif dan agresif untuk memacu gerakan belia di Kampung Sg Rambut supaya lebih dinamik dan boleh bersaing dengan pertubuhan belia yang lain. Tuan haji Abd Rahman Zainudin Ketua Kampung Kawasan Sg Rambut pula melahirkan rasa gembira kerana kewujudan Persatuan Belia Wawasan di Sungai Rambut boleh membantu menjayakan wawasan jkkk untuk menjadikan Kg Sungai Rambut sebagai satu distinasi yang akan dikunjungi oleh manusia dari seluruh dunia pada satu hari kelak. Festival sukan tersebut dibuka dengan rasminya oleh Wakil Rasmi YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang iaitu Sdr. Abdull Halid bin Saat.(sumber Oleh sub_halid) ByM

0 comments: