Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 10 May 2012

Sejahtera UMNO ke 66 tahun

Selamat Ulang Tahun UMNO ke66. Kami mewakili warga UMNO DunSemarang mengucapkan sybas dan Tahniah kepada semua peneraju UMNO. Menyelamatkan Agama Bangsa dan Negara. Parti yang membangunkan Tanah Melayu dan Malaysia. Sumbangan amat berjasa pada umat melayu dan Malaysia, pembela umat lain yang bertandang di Tanah melayu. Bersykurlah wahai Melayu dan kaum lain di Malaysia ini. Kami akan kibarkan Bendera UMNO di ruangangkasa DunSemarang sekali lagi (Padang SMK Datuk Menteri). Hidup Islam. Hidup UMNO..Hidup melayu.Kami sedia membuat pertunjukan percuma jika ada permintaan. By Ajey Group.

Tuesday 8 May 2012

Songkok...

Songkok Pemberian Kami

Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu

lantas

kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut

membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa
meluluhkan Agama

ingatlah
songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang

jangan kau kotori
dengan najis taulamu yang semakin biaDAP.
.by Ajey on Tuesday,

ByM69

Monday 7 May 2012

Terima Kasih YB.

.

Ucapan terima kasih kepada YB Dr Ir Wee Ka Siong dan YB Dato Haji Samsolbari bin Jamali, yang prihatin dan sudi membuat lawatan ke rumah saya. Terima kasih kepada Timbalan Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, Tuan Haji Junaidi bin Haji Kamari, S/u UBAH Tuan Haji Halid Saat dan Pengurusi Taman-taman Pt Raja Tuan Harom bin Haji Ihsan. Semuga keprihatinan tuan-tuan semua menjadi iktibar kepada semua. Kunjungan ini telah memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang bersama UMNO dan Melayu Islam. InsaAllah saya akan mula meng "UP-GRADE" blog DunSemarang secara beransur-ansur dan sentiasa mengharaf bantuan dari rakan-rakan AJK UMNO dan Ahli UMNO DunSemarang.Alhamdulillah saya telah selamat menjalani pembedahan mata Kiri dan Kanan. BY Ajey