Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 19 December 2009

HIDUP UTUSAN MELAYU/MALAYSIA.

Tuduhan Setiausaha Agung DAP,Guan Eng semalam mendakwa akhbar ini bersikap perkauman, menyebarkan fitnah dan mempengaruhi media massa lain, Lim Guan Eng mendakwa bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi, menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpura-pura tidak tahu peranan akhbar vernakular di negara ini

"Apa yang peliknya apabila Utusan perjuangkan kepentingan Melayu seperti China Press memperjuangkan nasib Cina manakala Tamil Nesan mengutarakan isu-isu kaum Tamil?

Profesor Dr. Teo Kok Seong "Tapi persoalannya mengapa Guan Eng hanya memfokus kepada Utusan Malaysia? Dia pasti sedar peranan akhbar lain yang berasaskan kaum. Ini yang dikatakan ahli politik, pura-pura tak tahu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Lagipun, mengapa Utusan digelar sebegitu (penjahat) sedangkan semua orang yang banyak membaca tahu peranan akhbar itu memperjuangkan nasib kaum Melayu sejak sebelum merdeka lagi, ia bukan perkauman," tegasnya

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, Guan Eng patut mencermin diri dahulu sebelum melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif seperti penjahat.

"Guan Eng merupakan Ketua Menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang memijak atau melangkah gambar pemimpin Melayu baru-baru ini, jadi tanya dia siapa lagi jahat dan perkauman," soalnya.(Sumber utusan Malaysia/MELAYU/Poloitik)

Apa Kata Ku.
Apakah yang sebenarnya tersirat pada hati beliau, benci akhbar berbahasa Melayu atau Racist dan tidak gemar akan Melayu hidup sempurna di Bumi bertuah bernama Tanah Melayu. Hanya inilah akhbar yang di panggil Utusan Melayu/Malaysia. Ini sahaja bahagian yang tinggal untuk Melayu..yang lain mana ada. Berfikiran waras lah sebagai Rakyat dan warganegara di Tanah Melayu ini. Aku ingin bertanya siapakah kaum paling Malang dan Rugi di Tanah Melayu ini?...kaum aku tidak silap tapi banyak diekaploitasi dan di putar belit. Aku tetap sokong UTUSAN MELAYU/Malaysia. Aku tetap sokong tulisan CUIT di Utusan. ByM69.

0 comments: