Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday 18 December 2009

Siapa LEBIH RACIST..Jangan ungkit.


Mereka Mahu "Kaum" Mengekang Mereka ?

Adakah suatu hari nanti akan ada Liga Peguam Tamil di negara ini bagi mengukuhkan pepecahan kaum yang mula disemarakkan oleh kaum Tamil di Malaysia?

Tidak dapat ditolak dari fakta bahawa keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf pengganas Tamil Eelam di Sri Lanka telah memberi bekas kepada negara ini. Sejak dari itu, golongan Tamil berpendidikan tinggi di negara ini yang menyertai DAP untuk berpolitik, semakin vokal 'membalas' layanan negara terhadap suku sakat mereka di Sri Lanka.

Lebih-lebih lagi apabila Malaysia memuji usaha Sri Lanka menghapuskan kumpulan gerila yang diisytiharkan lebih berbahaya dari Al-Qaeda.

Fakta tidak dapat disangkal dengan dakwaan ramai veteran dalam masyarakat bahawa kebanyakan pekerja Tamil yang masuk melalui Sistem Kangany yang diurus British, akan pulang ke Tamil Nadu setelah tamat kontrak di Malaya. KECUALI TAMIL SRI LANKA.

Hari ini, 'kudis lapuk Malaya' ini telah menjangkiti Australia dengan sentimen anti Tamil semakin berleluasa di negara tersebut sejak pelarian Tamil dari Sri Lanka )pasca kemusnahan LTTE) sanggup menaiki bot untuk meyertai saudara-mara mereka yang telah mendapat manfaat dari sistem negara kebajikan Australia.

Malaya adalah sebuah negara 'baik hati' dengan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak radikal dan hanya sesuai dengan zaman tersebut.

Akibatnya hari ini, pihak fundamentalis Tamil memutar perlembagaan dengan menggunakan kesusahan dan kemurungan rakyat 'sebangsa' mereka atas nama hak, untuk menghentam kerajaan yang memerintah hanya kerana ia bertunjangkan sebuah parti Melayu.

Malah, fundamentalis Tamil dengan berbangga menyebut mereka berjuang menentang Melayu di negara ini yang disifatkan tidak adil kerana mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan justeru, mempertahankan sebarang perlaksanaan hukum yang mementingkan Islam.
(Sumber IHSAN dan Terima Kasih http://ipohmalay.blogspot.com/2009/11/mereka-mahu-kaum-mengekang-mereka_23.html) BYM69.

0 comments: