Pontian 21Febuari – Orang Melayu di Negeri Johr diseru supaya memperkukuhkan perpaduan kerana telah terbukti iaitu faktor perpaduanlah yang dapat membebaskan kita dari belenggu penjajah dan dapat memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang berdaulat. Seruan ini dilaungkan oleh YAB Menteri Besar Johor ketika menyampaikan ceramahnya di sesi “Bicara Tokoh” di kursus jatidiri kepimpinan akar umbi bertempat di kpmpleks Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010. Katanya lagi, faktor perpaduan terus menjadi penting pada ketika ini bilamana ada golongan yang menjadikan pepecahan orang Melayu sebagai senjata mereka untuk meruntuhkan Negara Malaysia. Menteri Besar, YAB Dato Hj Abd Ghani Othman berharap usaha menambahkan bilangan ahli-ahli UMNO dilipat gandakan khususnya di kalangan generasi muda. Kursus yang berjalan selama tiga hari dua malam ini dihadiri oleh 81orang ketua dan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Ayer Hitam. Sebelum ini pada sesi pertama seramai 50 orang kepimpinan cawangan – cawangan telah berkursus yang sama dan ditutup secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Johor pada 7 Feb 2010. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah berkursus seramai 131 orang.
Bagi sesi pemuda pula, kursus akan di adakan pada 12 Mac hinggá 14 Mac 2010 dan 27 Mac hingga 29 Mac 2010 pula ialah untuk ketua-ketua wanita Cawangan.(sumber oleh sub_halid) ByM69
MARI SYAHADAH
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Sunday, 21 February 2010
“Perkukuhkan Perpaduan Melayu Johor”
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Sunday, February 21, 2010
0
comments
Labels: Kursus
Thursday, 11 February 2010
Kursus Akar Umbi di KUP Pontian Johor.
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor.
Peserta Kursus.
7 Feb 2010. Kayu Ara Pasong Pontian– Seramai 92 orang Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan dalam UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Seri Gading telah berjaya menamatkan kursus pengukuhan akar umbi selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian. Kursus yang bermula pada 5hb Feb hingga 7hb Feb berjaya meningkatkan kefahaman isu semasa dan sekali gus membangkitkan kesedaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus berdaulat dengan menjunjung perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri. Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi paksi segala tindakan untuk memastikan semua rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmor. Perasmian penutup kursus ini disempurnakan oleh YAB dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua Penerangan UMNO Johor ( Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Mohamad Aziz Ketua UMNO Bhg Seri Gading, Datuk Mohd Ali Hassan Bendahari UMNO Johor, Sdr. Ramli Bohani Setiausaha Kerja UMNO Johor, YB Hj Aziz Kaprawi Timbalan Ketua UMNO Bhg Sri Gading dan Puan Rozlin Mohamad Timbalan Pengarah BTN Johor.Oleh Abdull Halid Saat(Sub_halid@yahoo.com.my)ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, February 11, 2010
0
comments
Labels: Kursus





















