Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 1 December 2009

BTN


Apa salahnya BTN, orang yang tidak Patriotik dan sayangkan negara sahaja yang sentiasa prajudis dan berprasangka nagatif. Kalau kita berfikiran positif tentu hasilnya positif. Adakah kerana se Ekor tikus kita sanggup membocorkan Perahu. Hadirlah dahulu ke Program BTN, jangan setakat mengubah fakta untuk kepentingan diri dan kelompok. Lihat dahulu modul BTN, baca dan teliti. Saya telah hadir Program BTN. Pada tahun 1988 Di IAB dan sekali lagi di BTN Alor Gajah pada 2005. Tiada apa yang janggal seperti yang di uar-uarkan, Kecuali orang yang tidak pernah mengalami kesukaran, tidak pernah berkiamullail,bagun awal pagi dan sebagainya. Bagi saya orang yang sering hidup dalam zaman kesukaran tiada masalah langsung. Saya masih berkesempatan membina Video klip semasa dalam Kursus BTN, balajar bagaimana menghormati orang lain sehingga hari ini...menjadi amalan saya. Dan saya persilakan sesiapa yang sudi menonton video klip saya.
Saya sebagai rakyat Tanah Melayu tetap menyokong BTN. By Ajey

2 comments:

Nashruddin said...

Si Lim Kit Siang dan sekutu2nya tu nak kena haramkan massuk malaysia macam chin peng, baru dia tau.

Kurang ajar tak habis2.

Anonymous said...

Penentang Chin Peng ialah bekas "tentera penjajah"

(dipetik dari Jiwa Yang Tenang, 28 November 2009)



Dari laporan akhbar Utusan Malaysia yang selalu membesar-besarkan berita tentang Chin Peng, nampak benar bahawa yang menentang kuat kepulangan Chin Peng ke negara ini ialah bekas tentera Melayu dan orang Melayu.

Hal ini barangkali tidak menghairankan, kerana pada zaman darurat dahulu merekalah yang berada di barisan hadapan untuk menentang Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) atau pasukan bersenjata PKM yang dipimpin oleh Chin Peng.

Sebahagian daripada tentera Melayu itu ada yang terkorban dan ada juga yang cacat seumur hidup kerana terpijak perangkap samar dan sebagainya. Sekarang bekas tentera yang masih hidup inilah yang begitu beria-ia mengutuk Chin Peng sebagai pengganas yang tidak boleh dimaafkan.

Akan tetapi, bekas tentera ini agaknya lupa bahawa pada zaman darurat dahulu mereka sebenarnya bekerja sebagai "askar penjajah", dan sama ada secara langsung atau tidak mereka telah memainkan peranan mempertahankan rejim penjajah dan memanjangkan hayat pemerintahan penjajah.

Sepatutnya pada zaman penjajahan, "orang jahat" yang mesti diperangi dan mesti dihalau dari negara ini ialah pihak penjajah, kerana merekalah yang menindas dan menghisap darah rakyat (walaupun secara halus).

Akan tetapi, pihak tentera Melayu itu telah berjuang di pihak penjajah dan agaknya tidak sedar mereka telah menjadi tali barut penjajah. Dan ini adalah pilihan mereka sendiri.

Oleh kerana mereka berpihak dan berjuang di pihak penjajah, maka tentu tidak dapat dielakkan mereka terpaksa berhadapan dengan TPNM yang berjuang untuk membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah.

Jadi kalau dalam pertempuran dengan TPNM ada di antara mereka yang terkorban atau terpijak perangkap samar, mereka sepatutnya tidak menyalahkan TPNM kerana mereka bertempur adalah atas pilihan dan kehendak mereka sendiri.

TPNM ialah pejuang kemerdekaan yang mahu menghalau penjajah dari negara ini. Walaupun mereka berjuang secara bersenjata, itu adalah keperluan dan taktik perjuangan yang memang dijalankan oleh pejuang kemerdekaan di negara- negara terjajah yang lain pada masa itu.

Memang penjajah telah melebalkan mereka sebagai pengganas. Tapi pada asasnya mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah dan ini adalah hakikat tidak boleh dinafikan.

Isu sama ada mereka pengganas atau bukan pengganas sepatutnya tidak berbangkit.

Perjuangan secara bersenjata untuk menentang penjajah sudah pun dilakukan oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan para pahlawan Melayu yang lain. Adakah mereka itu pengganas?

Jadi sekiranya tentera Melayu berjuang untuk mempertahankan rejim penjajah dan gugur dalam pertempuran dengan TPNM yang berjuang untuk menghalau penjajah, maka kita sepatutnya tahu siapakah yang benar dan siapakah yang salah.

Pihak tentera Melayu tidak perlu menyalahkan pihak PKM dan Chin Peng dan menganggap Chin Peng sebagai pengganas, kerana pada hakikatnya mereka telah berjuang dipihak yang salah!
Dicatat oleh Mat Amin